The Challenges of Enforcement for Syariah Criminal Offences Pertaining to Aqidah on Social Media

Suhaizad Saifuddin, Hanifah Haydar Ali Tajuddin, Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Fatima Abdul Rahim Ali Al-Maslmawi, Sefriani Sefriani

Abstract


Nowadays, the dissemination of propaganda that undermines the Aqidah or beliefs of Muslims through social media in Malaysia is increasingly concerning. Although social media platforms offer extensive opportunities for communication and information sharing, they have also emerged as channels that distribute content that may undermine Islamic values and beliefs. Enforcement of Syariah criminal law is one mechanism to control the spread of such propaganda. However, implementing Syariah criminal law in today’s borderless technological era presents numerous challenges and hurdles. These challenges encompass issues related to jurisdiction, investigations, and the collection and presentation of evidence. As a result, many such offences remain unaddressed. This paper aims to identify Syariah criminal offences related to Aqidah in Malaysia. It also analyses the challenges in enforcing Syariah criminal law against aqidah-related offences committed on social media. The study used a qualitative method. Data were obtained through semi-structured interviews with several legal practitioners and from library research, legal documents, online newspapers, reported cases, and unreported cases. The data were then analysed using content and descriptive methods. The study identified the challenges of applying Syariah criminal law to aqidah-related offenses committed on social media, focusing on aspects such as jurisdiction, punishment, investigations, fatwa issuance, and evidence collection within the country. Consequently, this paper offers several recommendations for enhancing the enforcement of Syariah criminal law for aqidah offences on social media, to achieve more effective implementation that aligns with modern technological advancements.

Keywords: Syariah Court; Syariah criminal; enforcement; aqidah offences; social media

 

ABSTRAK

 

Dewasa ini, penyebaran dakyah yang menggugat akidah atau kepercayaan umat Islam melalui media sosial di Malaysia semakin membimbangkan. Platform media sosial, walaupun menawarkan peluang yang luas untuk komunikasi dan perkongsian maklumat, juga telah menjadi saluran untuk penyebaran kandungan yang boleh mencabar dan melemahkan kepercayaan Islam. Penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah merupakan salah satu mekanisme bagi mengawal penyebaran dakyah tersebut. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dalam era teknologi tanpa sempadan adalah sukar dan menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran tersebut, antaranya, berkaitan dengan bidang kuasa, penyiasatan dan pembuktian. Kesannya, banyak kesalahan seperti ini tidak dapat diambil tindakan. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan jenayah Syariah yang berkaitan dengan akidah di Malaysia. Kemudian, ia juga menganalisis cabaran dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah ke atas kesalahan berkaitan akidah yang dilakukan di media sosial. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif. Data diperoleh dengan menggunakan temu bual separa berstruktur yang melibatkan beberapa pengamal undang-undang dan daripada dokumen kajian perpustakaan, undang-undang, akhbar dalam talian, kes yang dilaporkan dan tidak dilaporkan. Data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan deskriptif. Penulisan ini mendapati terdapat cabaran yang wujud dari segi bidang kuasa, hukuman, penyiasatan, fatwa dan keterangan dalam menguatkuasakan kesalahan jenayah syariah terhadap jenayah berkaitan akidah yang berlaku dalam media sosial di negara ini. Justeru, penulisan ini mengemukakan beberapa cadangan berkaitan penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah berkaitan akidah yang berlaku dalam media sosial bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan selaras dengan kemajuan teknologi kontemporari.

Kata kunci: Mahkamah Syariah; jenayah Syariah; penguatkuasaan; kesalahan akidah; media sosial


Keywords


Syariah Court; Syariah criminal; enforcement; aqidah offences; social media

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia