Hadith Meets Hazard Analysis and Critical Control Point: A Path to Sustainable Food Safety Practice for SMEs

Mohd Farhan Md Ariffin, Wan Siti Norjannah W Sulong, Fadlan Mohd Othman, H.Hamdi Abdillah, Kawthar Abdalla Mohammedahmed Bayoumi

Abstract


Food is a product prone to contamination from various sources, including pathogens, dirt and foreign substances. Food safety is now recognised as a global issue, with foodborne diseases worldwide reaching alarming levels. This issue occurred despite extensive research having been conducted in food safety, encompassing preventive and control techniques for implementation in the food-based industry, catering, and food service sectors. The objective of this study is to analyse hadiths from Kutub Tis‘ah and adapt them into an instrument that can serve as either an alternative or an added value. This qualitative study employed content and thematic analysis. The findings demonstrated the development of a Hadith Analysis Tool (HAT) as an alternative to mitigate food contamination and promote compliance with halalan tayyiban principles in food production among SMEs. This work aims to serve as a reference for enhancing the awareness and responsibility of food producers and providers regarding hygiene, safety, and adherence to Sharia principles. Thus, this study contributed to the integration of religious knowledge and food science in addressing the global issue of food safety, while also enhancing consumer trust in food products.


Keywords: Food safety; hadith; Hazard Analysis and Critical Control Point; Hadith Analysis Tool; Food Service

 

ABSTRAK

Makanan adalah produk yang terdedah kepada pencemaran sama ada daripada serangan patogen, kotoran dan bendasing. Keselamatan makanan pada masa kini diiktiraf sebagai isu global. Malah, jumlah penyakit bawaan makanan di seluruh dunia berada pada tahap tertinggi walaupun pelbagai kajian telah dijalankan dalam bidang keselamatan makanan meliputi teknik pencegahan dan kawalan untuk dilaksanakan ke dalam industri berasaskan makanan, katering dan sektor perkhidmatan makanan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hadith-hadith dari Kutub Tis‘ah serta mengadaptasi hadith tersebut ke dalam satu bentuk instrumen yang boleh dimanfaatkan sama ada sebagai alternatif ataupun nilai tambah semasa. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menggunakan analisis kandungan dan tematik. Hasilnya, kajian berhasil membangunkan instrumen analisis berasaskan hadith selaku alternatif mengekang pencemaran terhadap makanan dan memacu pematuhan halalan tayyiban dalam penghasilan produk makanan di PKS. Instrumen ini berpotensi untuk dijadikan rujukan utama dalam meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pengeluar serta penyedia makanan terhadap aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan syariah. Dengan demikian, kajian ini memberikan sumbangan yang signifikan kepada integrasi ilmu agama dan sains makanan dalam menyelesaikan isu global keselamatan makanan, di samping memperkukuhkan lagi kepercayaan pengguna terhadap produk makanan
yang dihasilkan.


Kata kunci: Keselamatan makanan; hadith; Hazard Analysis and Critical Control Point; Hadith Analysis Tool; Perkhidmatan Makanan


Keywords


Food safety; hadith; Hazard Analysis and Critical Control Point; Hadith Analysis Tool; Food Service

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia