Etika Kerja Wanita Dalam Mendepani Cabaran Di Era Pandemik: Adaptasi Kisah Dua Orang Gadis Madyan

Khairulnazrin Nasir, Rahim Kamarul Zaman, Muhammad Adam Abd. Azid, Abdul Azib Hussain

Abstract


Coronavirus disease 2019  (Covid-19) telah menular dan diisytiharkan sebagai pandemik pada awal suku pertama tahun 2020. Impak daripada jangkitan yang pantas menyebabkan pihak kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ini. Setelah setahun berlalu, kondisi mutakhir meninggalkan impak negatif kepada rakyat khususnya melibatkan sektor ekonomi, sehingga ada yang kehilangan mata pencarian. Keadaan ini mendorong segelintir kaum wanita untuk membantu dalam mencari rezeki bagi meringankan bebanan keluarga. Selain itu, masalah gangguan seksual, depresi, bebanan kerja melampau, masalah penjagaan anak semakin serius dalam kalangan pekerja wanita ekoran budaya kerja norma baharu. Persoalannya, apakah solusi yang mampu diketengahkan untuk membendung krisis tersebut? Maka,  kajian ini berusaha untuk mengenal pasti dan menonjolkan etika-etika kerja wanita yang diadaptasi daripada kisah dua orang gadis Madyan yang dirakamkan dalam surah al-Qasas (28: 23-25). Berdasarkan analisis kisah tersebut, kajian ini mendapati bahawa etika wanita dalam kerjaya dan kegiatan ekonomi dirumuskan kepada (8M) iaitu; mas'uliah (tanggungjawab); muru'ah (menjaga kehormatan diri); ma'rifah (memiliki pengetahuan); maharah (memiliki kemahiran); ma'manah (menjaga keselamatan); muhadathah (Komunikasi), mu’āwanah (kerja berpasukan); dan mushawarah (konsultasi). Etika-etika yang digariskan ini mampu memberikan impak positif dalam memenuhi sebahagian kriteria dan amalan baik dalam dunia pekerjaan.

Keywords


Wanita; kisah al-Quran; ekonomi; pandemik; Covid-19

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia