Elemen Spiritual bagi Pembinaan Modul Terapi Digital Psikospiritual Islam (E-RUHI) dalam menangani Tekanan dan Kecelaruan Kebimbangan

SHARIFAH BASIRAH SYED MUHSIN, MUHAMAD ZARIFF ILIAS, CHE ZARRINA SA’ARI, DHEEN MOHAMED

Abstract


ABSTRAK
Isu tekanan dan kecelaruan kebimbangan bukanlah isu baru dalam kesihatan mental. Namun masalah ini dilihat semakin meningkat dalam kalangan masyarakat pascapandemik. Walaupun pelbagai pendekatan rawatan moden diperkenalkan, penerokaan rawatan psikospiritual Islam masih terhad dan kurang dibangunkan secara sistematik khususnya dalam bentuk intervensi terapi digital. Dari sudut psikospiritual Islam, kesejahteraan jiwa berkait rapat dengan keseimbangan hubungan manusia dengan Allah SWT, diri dan persekitaran yang menyumbang kepada sakinah al-Qalb. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen psikospiritual Islam yang sesuai untuk pembinaan Modul Terapi Digital Psikospiritual Islam (E-Ruhi) serta menganalisis sorotan literatur berkaitan pembangunan modul psikospiritual Islam dalam menangani tekanan dan kecelaruan kebimbangan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap sumber klasik dan kontemporari seperti kitab turath, artikel jurnal dan kajian ilmiah yang relevan. Data dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif bagi mengenal pasti tema utama psikospiritual Islam. Hasil kajian mendapati empat elemen utama yang menjadi asas pembinaan modul ini, iaitu: (1) elemen berpaksikan al-Quran dan al-Hadith; (2) elemen maqamat wal ahwal; (3) elemen amalan zikir; dan (4) elemen psikoterapi Islam. Dapatan ini menunjukkan kesesuaian dan potensi elemen-elemen psikospiritual Islam untuk diaplikasikan dalam pembangunan modul terapi digital bagi menangani tekanan dan kecelaruan kebimbangan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan kerangka psikospiritual Islam dalam rawatan kesihatan mental serta menyediakan asas konseptual bagi pembangunan intervensi digital Islamik (E-Ruhi) yang berteraskan nilai spiritual, bersifat holistik dan mudah diakses oleh masyarakat moden.


Kata kunci: E-Ruhi; kecelaruan kebimbangan; modul digital; psikospiritual Islam; tekanan

ABSTRACT


Stress and anxiety disorders are long-standing mental health issues that have become increasingly prevalent in post-pandemic society. Although various modern therapeutic approaches exist, the Islamic psychospiritual dimension remains underexplored, particularly through accessible digital therapy platforms. This study addresses the need for a spiritually grounded approach aligned with contemporary mental health needs. The objective is to identify relevant Islamic psychospiritual elements for the development of the Digital Islamic Psychospiritual Therapy Module (E-Ruhi) and to analyse existing literature on Islamic psychospiritual module construction in managing stress and anxiety disorders. Employing a qualitative content analysis of classical and contemporary sources, including turath texts, journal articles, and scholarly studies, data were analysed using inductive, deductive, and comparative methods to identify core psychospiritual themes. Findings revealed four key elements forming the foundation of the module: (1) Qur’anic and Hadith-based elements; (2) maqamat wal ahwal (spiritual states and stations); (3) dhikr practices; and (4) Islamic psychotherapy principles. The study highlights the relevance and potential of Islamic psychospiritual elements for digital therapeutic applications. Overall, it contributes to integrating Islamic psychospiritual principles into mental health treatment and establishes a foundation for developing holistic, spiritually based, and digitally accessible Islamic therapeutic interventions through E-Ruhi.

Keywords: Anxiety disorder; digital module; E-Ruhi; Islamic psychospiritual; stress


Keywords


E-Ruhi; kecelaruan kebimbangan; modul digital; psikospiritual Islam; tekanan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia