Kritikan Qiraat Mawdu‘ah dalam Kitab Tafsir al-Quran

MUHAMMAD ZAID HARITHAH AZEMAN, MOHD FAIZULAMRI MOHD SAAD, SABRI MOHAMAD, MOHD NAZIR KADIR, ZAYD THABIT ABDULRAHMMAN

Abstract


ABSTRAK


Qiraat mawdu‘ah adalah bacaan al-Quran yang tidak mempunyai asal sandaran sanad ataupun palsu. Periwayatan qiraat mawdu‘ah ini dapat ditemukan dalam kitab-kitab tafsir al-Quran. Sebahagian pentafsir menukilkan riwayat qiraat mawdu‘ah serta mendatangkan pentafsiran tanpa menjelaskan status riwayat tersebut. Sebahagian pentafsir yang lain pula menolak serta mendatangkan kritikan terhadap riwayat tersebut. Artikel ini memberi fokus kepada penganalisisan kritikan sarjana terhadap riwayat qiraat mawdu‘ah serta pentafsirannya yang terdapat dalam karya-karya tafsir al-Quran. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes secara kolektif. Data kajian dikumpulkan menerusi analisis dokumen terhadap kitab-kitab tafsir yang menukilkan qiraat mawdu‘ah dan kitab-kitab qiraat yang membicarakan berkenaan qiraat tersebut. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian ini mendapati bahawa kritikan-kritikan para sarjana menzahirkan dua tema utama iaitu sebab pemalsuan riwayat qiraat mawdu‘ah adalah untuk mendukung aliran kefahaman akidah yang batil manakala kesan pemalsuannya membawa kepada pencemaran nama baik perawi yang dinisbahkan kepada qiraat tersebut. Implikasi kajian ini menekankan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati apabila berinteraksi dengan riwayat-riwayat qiraat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir agar ketepatan maklumat dapat dicapai dan sebarang pemahaman serta tafsiran yang batil dapat dielakkan. Tambahan lagi, dicadangkan kajian-kajian berkenaan riwayat qiraat mawdu‘ah dapat diperkasa sama ada dalam karya tafsir klasik ataupun kontemporari agar kesucian periwayatan qiraat dapat terus dipelihara sehingga ke akhirnya.


Kata kunci: Kritikan; mawdu‘ah; palsu; qiraat; tafsir

ABSTRACT

Qira’at Mawdu‘ah are readings that lack an authentic chain of transmission (sanad) or are considered spurious. These readings can be found in works of Quranic exegesis (tafsir al-Quran). Some interpreters (mufassirun) cite Qira’at Mawdu‘ah and offer interpretations without clarifying the status of their transmission, while others reject these readings and provide critical evaluations. This article focuses on analysing scholarly criticism of Qira’at Mawdu‘ah and their interpretations as found in tafsir works. This qualitative study employs a collective case study design. Data were collected through document analysis of tafsir works that cite Qira’at Mawdu‘ah, as well as Qira’at literature that discusses these readings. The data were then analysed using descriptive and thematic approaches. The findings reveal two main themes highlighted in scholarly critiques: first, that the fabrication of Qira’at Mawdu‘ah was intended to support erroneous theological beliefs (aqidah); and second, that such fabrications have tarnished the reputation of the narrators (rawi) associated with these readings. The implications of this study emphasise the need for caution when engaging with Qira’at narratives in tafsir works to ensure accuracy and to avoid misunderstanding and misinterpretation. Furthermore, it is suggested that research on Qira’at Mawdu‘ah be further strengthened in both classical and contemporary tafsir works to preserve the authenticity of Qira’at transmission.

Keywords: Criticism; mawdu’ah; qira’at; spurious; tafsir


Keywords


Kritikan; mawdu‘ah; palsu; qiraat; tafsir

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia