Spiritual Journeys of Hajj Pilgrims Amid Pandemic in Safarnamah-ʼi Mirza Husayn Farahani: Qasqazih, ʻUthmani, Makkah, 1302-1303 Hijiri Qamari

FIRUZ AKHTAR LUBIS, NUR ASYIQIN ZOHKARNAIN, ZULKARNAIN MOHAMED, ABDUL HALIM HAJI MOHAMAD BOHARI

Abstract


ABSTRACT


Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani was a Persian literary figure renowned for his contributions to literature and Persian folklore. His distinguished travelogue, Safarnamah-i, holds significant value in offering insights into the sociological, political, and economic conditions of the Middle East, including the pandemic situation in Mecca during the early nineteenth century. This study therefore aims to examine al-Farahani’s perspective on Hajj pilgrims during their quarantine in Mecca. The experiences encountered by these pilgrims not only affected their physical well-being but also shaped their spiritual journeys amid the pandemic. This research adopts a qualitative approach by analysing the content of Safarnamah-i through Imam al-Ghazali’s Spiritual Theory (IGST). The study further emphasises spiritual values such as patience, resilience, obedience, and acceptance as guiding principles for Hajj pilgrims facing pandemic-related challenges. By applying IGST, the research highlights the significance of literary works in shaping societal identity and in offering strategies to address life’s challenges, particularly during times of crisis. In addition, the study contributes to a deeper understanding of how spiritual elements support the development of mental and spiritual resilience within society, thereby positioning literature as a medium for self-reflection. It is hoped that future research will further explore the interaction between literature and spirituality in other Middle Eastern societies, particularly in relation to community experiences during crises such as pandemics.


Keywords: al-Farahani; Hajj pilgrims; pandemic; spiritual journeys; Safarnamah-ʼi

ABSTRAK

Mirza Mohammad Hosayn al-Farahani merupakan sasterawan Parsi yang berkemahiran dalam bidang kesusasteraan dan cerita rakyat Parsi. Karya kembara unggulnya iaitu Safarnamah-ʼi sangat bernilai dalam memberi pengetahuan terhadap sosiologi masyarakat, politik dan ekonomi di Timur Tengah termasuk situasi pandemik di Mekah pada awal abad ke-19. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membahaskan perspektif al-Farahani terhadap para jemaah haji ketika berkuarantin di Mekah. Pengalaman yang dilalui oleh para jemaah haji ini bukan sahaja mempengaruhi aspek
fizikal mereka, bahkan juga memberi kesan terhadap perjalanan kerohanian semasa menghadapi situasi pandemik. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan teks kajian iaitu Safarnamah-ʼi
menggunakan Teori Spiritual Imam al-Ghazali (TSIG). Selain itu, kajian ini turut menekankan nilai-nilai kerohanian seperti prinsip sabar, tabah, taat dan reda sebagai panduan bagi para jemaah haji dalam menghadapi situasi pandemik. Dengan mengaplikasikan Teori Spiritual Imam al-Ghazali (TSIG), kajian ini memperlihatkan kepentingan karya sastera dalam membentuk jati diri masyarakat serta pendekatan yang boleh digunakan dalam mengatasi cabaran hidup khususnya semasa pandemik. Bukan setakat itu sahaja, kajian ini memberi sumbangan dalam memahami bagaimana elemen kerohanian membantu membina kekuatan mental dan rohani masyarakat sekaligus menjadikan sastera sebagai medium untuk refleksi diri. Diharapkan agar kajian lanjutan dapat dipergiatkan dalam meneroka interaksi antara sastera dan kerohanian dalam masyarakat lain di Timur Tengah terutama dalam konteks pengalaman masyarakat ketika menghadapi situasi krisis seperti pandemik.


Kata kunci: al-Farahani; Jemaah Haji; pandemik; perjalanan kerohanian pandemik; Safarnamah-ʼi


Keywords


al-Farahani; Hajj pilgrims; pandemic; spiritual journeys; Safarnamah-ʼi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia