The Nuances of ‘Holy Ignorance’ and Its Variants in Enabling Extremism: A Systematic Analysis
Abstract
ABSTRACT
This study presents a systematic literature review on the role of ignorance as a facilitating factor in enabling extremism across diverse global contexts. The issue of extremism remains a critical global concern and recent scholarship has increasingly examined non-violent roots, including cognitive and epistemic dimensions such as ignorance. Drawing on the PRISMA methodology, relevant literature published between 2020 and 2025 was identified through structured searches in the Web of Science (WoS) and Scopus databases. From an initial pool of 201 articles, 10 met the inclusion criteria for in-depth analysis. A conceptual framework was developed to map the different dimensions of ignorance ranging from deliberate to structural that intersect with ideological, cultural and political factors in fostering extremism. The study synthesises multidisciplinary perspectives to offer a nuanced understanding of ignorance not as a uniform concept but as a phenomenon with varied manifestations. Key findings highlight the need to reconceptualise ignorance as a dynamic enabler of extremism. This review concludes by recommending that future research and interventions address extremism through early identification of ignorance-related behaviours within specific sociocultural settings.
Keywords: Extremism; ignorance; PRISMA Methodology; systematic review
ABSTRAK
Kajian ini membentangkan satu sorotan literatur sistematik mengenai peranan kejahilan sebagai faktor pemudah yang memungkinkan ekstremisme merentasi pelbagai konteks global. Isu ekstremisme kekal sebagai kebimbangan kritikal di peringkat antarabangsa dan penyelidikan mutakhir semakin menumpukan perhatian kepada punca-punca bukan keganasan, termasuk dimensi kognitif dan epistemik seperti kejahilan. Berpandukan metodologi PRISMA, literatur yang relevan yang diterbitkan antara tahun 2020 hingga 2025 telah dikenal pasti melalui carian berstruktur dalam pangkalan data Web of Science (WoS) dan Scopus. Daripada sejumlah awal 201 artikel, hanya 10 memenuhi kriteria inklusi untuk dianalisis secara mendalam. Satu kerangka konseptual telah dibangunkan bagi memetakan pelbagai dimensi kejahilan, daripada yang bersifat disengajakan hingga yang bersifat struktural, yang berinteraksi dengan faktor ideologi, budaya dan politik dalam menyuburkan ekstremisme. Kajian ini mensintesis perspektif multidisiplin untuk memberikan kefahaman yang lebih bernuansa tentang kejahilan, bukan sebagai satu konsep yang seragam, tetapi sebagai fenomena yang mempunyai pelbagai manifestasi. Dapatan utama menegaskan keperluan untuk mentakrifkan semula kejahilan sebagai pemudah dinamik kepada ekstremisme. Sorotan ini diakhiri dengan saranan agar penyelidikan
dan intervensi masa hadapan menangani ekstremisme melalui pengenalpastian awal tingkah laku berkaitan kejahilan dalam konteks sosiobudaya yang khusus.
Kata kunci: Ekstremisme; kejahilan epistemik; Metodologi PRISMA; Sorotan Literatur Sistematik (SLR).
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia