Konsep Pendidikan Tinggi Wakaf di Madrasah Fatih, Kompleks Fatih Istanbul (1470M)

Nur Ainul Basyirah Alias, Ermy Azziaty Rozali

Abstract


Institusi pendidikan yang berunsurkan kebajikan atau wakaf, sememangnya telah lama berkembang dalam dunia Islam daripada zaman khilafah Umawiyyah hinggalah pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Sejak itu, pelbagai institusi pendidikan dari pengajian tinggi seperti madrasah, kolej dan universiti yang dibina untuk para sarjana dan masyarakat bagi mempelajari ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang agama, sains dan teknologi. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kajian sejarah manakala, kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisis dokumen. Artikel ini membincangkan tentang perkembangan salah satu madrasah dalam kerajaan Uthmaniyyah iaitu Madrasah Fatih yang mempelopori lapangan keilmuan sekitar abad ke-15M hingga abad ke-16M. Hasil kajian ini mendapati bahawa, madrasah ini menjalankan aktiviti dan menjadi pusat perkembangan ilmu melalui pembiayaan dana wakaf daripada pemerintah. Selain itu, gaji para guru, staf dan elaun para pelajar juga turut menggunakan dana wakaf yang disalurkan kepada institusi pendidikan ini. Malah, institusi ini berkonsepkan pendidikan tinggi seperti kolej atau universiti pada masa kini.

Kata Kunci: Madrasah; Pendidikan Tinggi Zaman Uthmaniyyah; Wakaf

 

DOI: 10.22583/ijwas.2016.08.01.07


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.