Perjuangan Rashid Rida dalam Gagasan Pan-Islamisme

Siti Nurul Izza Hashim, Ermy Azziaty Rozali

Abstract


Rashid Rida merupakan seorang reformis Islam yang terkenal pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Perjuangan beliau dalam gagasan Pan-Islamisme dan institusi khilafah ternyata membuktikan usahanya dalam mempertahankan dan membebaskan diri daripada penjajahan Barat. Artikel ini menghuraikan secara umum perjuangan Rashid Rida dalam usaha menentang penjajahan Barat. Di samping itu, ia juga membincangkan mengenai `sejarah penubuhan gagasan Pan- Islamisme dan institusi khilafah. Kajian untuk artikel ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisa kandungan, ulasan literatur dan kajian sejarah. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketokohan Rashid Rida terbukti dengan penghasilan karya beliau yang bertajuk Tafsir al-Manar yang berlandaskan al-Quran. Karya tersebut telah memberikan impak yang besar kepada perkembangan intelektual dalam kalangan ulama tempatan, khususnya Kaum Muda. Kepentingan kajian ini adalah amat relevan kerana ketokohan dan pengaruh pemikiran beliau tersebar luas ke seluruh dunia Islam serta meninggalkan kesan yang besar dalam pelbagai bidang, khususnya bidang politik.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.