Seni bela diri Dayak Iban: Kajian tentang Kuntau di Sarawak Borneo (The Dayak Iban martial art: A study on Kuntau in Sarawak Borneo)

Juna Liau, Claudia Jiton, Dick Lembang Dugun, Sharifah Sophia Wan Ahmad

Abstract


Kuntau didefinisikan sebagai “tinju Dayak” dan ia merupakan rekod terawal digunakan oleh pengkaji barat tentang kuntau yang merupakan sebuah seni bela diri dalam masyarakat Dayak Iban khasnya kaum lelaki. Namun begitu, disebabkan oleh arus perubahan misalnya kewujudan kehidupan yang selamat di Sarawak kerana pihak polis dan tentera telah berjaya mengekalkan keamanan dan kedamaian, pengamal kuntau jarang mempraktikkan kemahiran mereka dalam konteks membela diri. Akan tetapi, kemahiran seni bela diri kuntau telah menjadi satu simbol kebudayaan yang diterjemahkan kepada aktiviti berkuntau seperti untuk tujuan persembahan dan demonstrasi semasa pembukaan majlis kebudayaan dan Gawai Dayak. Ekoran itu, penyelidikan tentang kuntau Iban oleh pasukan penyelidik ini telah dijalankan dengan tujuan menambahkan dan mendokumentasikan seni mempertahankan diri masyarakat Iban di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman. Antara aspek yang dikaji merangkumi usaha-usaha yang digunakan untuk memelihara kuntau, pantang larang berkaitan, perubahan pada seni membela diri, persepsi, aspirasi dan harapan terhadap kuntau. Pendekatan dalam penyelidikan ini bertunjangkan constructivism-interpretivism yang melibatkan pembentukan ilmu pengetahuan tentang kuntau oleh para penyelidik dan responden dalam pembinaan atau pentadbiran soalselidik; dan temubual antara penyelidik dan informan yang merupakan pengamal atau guru kuntau. Dapatan kajian mendapati bahawa keperluan sebenar kuntau telah berubah seiring dengan perubahan zaman daripada seni pertahanan diri kepada sebuah bentuk persembahan atau demonstrasi. Sebagai sebuah warisan budaya tidak ketara, kuntau mempunyai potensi untuk diangkat sebagai warisan budaya Dayak Iban kerana seni mempertahankan diri ini terdapat dalam masyarakat Dayak lain seperti masyarakat Bidayuh dan Kenyah. Maka, usaha yang berterusan untuk mengekalkan seni pertahanan diri ini haruslah dititikberatkan agar seni warisan ini tidak hilang dek zaman.

 

Kata Kunci: Dayak Iban, Kuntau, Sarawak, seni pertahanan diri, warisan

Kuntau is defined as "Dayak boxing" and this is the earliest record used by western researchers about the martial art of the Dayak Iban community, especially the men. Due to a peaceful life in Sarawak as the police and the army have managed to maintain peace and order, kuntau practitioners rarely practice their skills in the context of self-defense. Instead, their martial art skills have been translated into cultural symbols for the purpose of performances or demonstration during the opening of socio-cultural events such as Gawai Dayak. The research on kuntau Dayak Iban carried out with the aim of adding and documenting the kuntau of the Iban community in Kuching, Samarahan and Sri Aman Divisions. Among the aspects studied include the efforts used to preserve kuntau, kuntau-related taboos, transformation, perceptions, aspirations and hopes for kuntau. This research relies on constructivism-interpretivism which involves the formation of knowledge about kuntau by researchers and respondents in the construction or administration of questionnaires; and the interviews between researchers and respondents including practitioners of kuntau. The findings of the study highlighted the actual needs of kuntau had changed along with the changing times from purely self-defense to the function of performance. As an intangible cultural heritage, kuntau has the potential to be raised as a Dayak Iban cultural heritage because this martial art is found in other Dayak communities such as the Bidayuh community and Kenyah. Therefore, the continuous effort to maintain this art of self-defense should be emphasized so that this art of heritage is not lost through the ages.

 

Keywords: Dayak Iban, Kuntau, Sarawak, self defense art, in-tangible heritage


Keywords


Dayak Iban, Kuntau, Sarawak, seni pertahanan diri, warisan (Dayak Iban, Kuntau, Sarawak, self defense art, in-tangible heritage)

Full Text:

PDF

References


Akbar, H. (2024). Big brother’s help: The dynamics of the Indonesian narrative of China’s role in Indonesian development. SINERGI: Journal of Strategic Studies & International Affairs, 4(1), 99-118.

Burns, M., Bally, J., Burles, M., Holtslander, L., & Peacock, S. (2022). Constructivist grounded theory or interpretive phenomenology? Methodological choices within specific study contexts. International Journal of Qualitative Methods, 21.

Davies, P. H. J. (2000). What is Kuntau? Cultural Marginality in the Indo-Malay Martial Arts Tradition. Journal of Asian Martial Arts, 9(2) 28-47.

Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2017). The SAGE Handbook of Qualitative Research. Sage Publications.

Ensiring, J., Salleh, R. M., Sutlive, J. V., & Sutlive Jr., V. H. (2016). A Comprehensive Iban-English Dictionary. Dayak Cultural Foundation.

Erickson, F. (2011). A history of qualitative inquiry in social and educational research. SAGE Publications.

Facal, G. (2017). Trans-regional Continuities of Fighting Techniques in Martial Ritual Initiations of the Malay World. Martial Art Studies, 4, 46-49.

Farrer, D. S. (2006). Seni Silat Haqq [Doctoral Dissertation, National University of Singapore].

Giddens, A., & Sutton, P. W. (2013). Sociology. Polity Press.

Gerry, D., & Osup, C. (2021). Perubahan Fungsi dan Seni Persembahan Kuntau di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 9(1), 16-28.

Green, T. A. (2001). Martial Arts of the World: An Encyclopedia. Santa Barbara.

Hernando, E., & Siswantoyo Siswantoyo. (2018). Martial art of Dayak Central Kalimantan (A Study of history, philosophy, and Techniques of Traditional Martial Arts). Proceedings of the 2nd Yogyakarta International Seminar on Health, Physical Education, and Sport Science (YISHPESS 2018) and 1st Conference on Interdisciplinary Approach in Sports (CoIS 2018).

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2008). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lidiantari, A., Muliati, R., Nursyirwan & Minawati, R. (2023). Kutau Martial Ritual of Community in The Suro Village. Eduscape: Journal of Education Insight, 1(1), 11 -24.

Levi-Strauss, C. (2010). Myth and Meaning. Routledge Classics.

Ruswinarsih, S., Apriati, Y., & Malihah, E. (2023). Penguatan Karakter Melalui Seni Bela Diri Pencak Silat Kuntau Pada Masyarakat Kalimantan Selatan, Indonesia. PADARINGAN (Jurnal Pendidikan Sosiologi Antropologi), 5(01), 50-62.

Sarawak Government Official Portal. http://www.ictu.tmp.sarawak.gov.my/seg.php?recordID=M0001&mainmenuID=M00 01

Scott, N. C. (1956). A Dictionary of Sea Dayak. University of London.

UNESCO. (2020). Basic texts of the 2003 Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage, 2020 edition. https://unesdoc.unesco.org/ark:/48223/pf0000379091

Wanfau, W., Alfarabi, A., & Pramudyasmono, H. (2024). Persuasive Communication in Efforts to Preserve the Local Culture of Silat Kuntau in The Era of Millennial. Jurnal Ilmiah Syi'ar, 24(1), 70-88.

Weber, M. (2019). Economy and Society. Harvard University Press.

Zhiwen Sun, Shahrulfadly Rustam, Nursyuhada Mohd Sukri, Jorrye Jakiwa, & Hong Gu (2024). Tracing Lian Padukan to Wing Chun: A Qualitative Study of Historical Influence on Malaysia Kuntau. International Journal of Human Movement and Sports Sciences, 12(4), 599 - 605.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.