Tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan landskap dan kemudahan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya (The level of satisfaction among visitors with the landscape management and amenities at Taman Saujana Hijau, Putrajaya)

Mohd Edzuan Abdullah Sani, Zaini Sakawi, Rosniza Aznie Che Rose

Abstract


Pengurusan landskap merupakan aspek penting bagi memastikan landskap berada dalam keadaan baik disamping mewujudkan kesejahteraan awam sejajar dengan tujuan asal pembangunannya. Perlaksanaan pengurusan landskap yang terancang dapat meningkatkan kualiti kawasan rekreasi dan dalam masa yang sama memastikan keharmonian masyarakat terpelihara. Pengurusan landskap yang baik dan berkualiti akan mempengaruhi kunjungan dan tahap kepuasan pengunjung. Walau bagaimanapun, pengurusan landskap di negara kita masih lagi tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Objektif kajian ini iaitu mengenal pasti profil kedatangan pengunjung, menganalisis tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan landskap dan kemudahan yang diberikan oleh pihak PPj dan mencadangkan langkah penambahbaikan terhadap pengurusan landskap di taman-taman awam Putrajaya. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual tidak rasmi dan borang soal selidik diedarkan kepada 152 orang responden. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif frekuensi seperti kekerapan, peratusan dan min. melalui perisian Statistical Package for Sosial Sciences. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek, perlaksanaan dan pengurusan penyelenggaraan landskap di kawasan kajian berada di tahap sederhana dan perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kelestarian yang lebih baik. Beberapa cadangan penambahbaikan seperti penambahan papan tanda informasi yang mencukupi, surau, kiosk makanan, vending machine, alatan senaman, tempat letak kereta penambahbaikan terhadap perabot taman dan elemen landskap kejur dan elemen landskap lembut di sekitar kawasan kajian. Ini penting untuk memastikan matlamat asal penubuhan taman rekreasi awam sebagai kawasan riadah serta untuk kesejahteraan hidup masyarakat dapat dicapai.

 

Kata Kunci:  Kepuasan, landskap, pengunjung, pengurusan landskap, taman 

 

The implementation of planned landscape management is an important aspect in ensuring the quality of the landscape while establishing harmony of society is preserved. Landscape management implementation can create a high-quality recreational area and at the same time, can keep a community harmonious. Good and quality landscape management will influence the level of visitor satisfaction. However, landscape management in Malaysia still have not reach the desired level. In this regard, this study focused on the visitor satisfaction from their experience with the management of landscape and amenities in Saujana Hijau Putrajaya Parks. The objectives in this study are; to identify the profile of visitor arrivals; to analyze the level of public satisfaction with the management of landscape and amenities provided by the PPj; and to suggest improvements to management of landscape in the Putrajaya Public Parks. The research methods used were observation, informal interview and questionnaire form distributed to 152 respondents. The data were analyzed using Descriptive Frequency Analysis, such as frequency, percentage and mean using Statistical Package for Social Sciences software. The findings of the study showed that the landscape implementation and maintenance management of the area are at the average level and need to be improved and enhanced to achieve a better and sustainable landscape condition. Several enhancements have been suggested such as, sufficient numbers of park information sign must be planted, surau, food kiosk, vending machine, exercise amenities, parking lot and park amenities, and overall hardscape and softscape elements over the study area. This is very important to ensure that the first goal of developing the recreational parks as a place to exercise plus for the wellbeing of the community is accomplished.

 

Keywords: Satisfaction, landscaping, visitors, landscape management, public parks

 

 


Keywords


Kepuasan, landskap, pengunjung, pengurusan landskap, taman (Satisfaction, landscaping, visitors, landscape management, public parks)

Full Text:

PDF

References


Afiqah, N., Rasyidah, A. & Amey Rozalina, A. (2021). Kepuasan Pengunjung Di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Jurnal Hospitaliti dan Jaringan, 1, 20-31

Basri Rashid. (2013). Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 9(4), 118-127.

Cohen, D. A., Han, B., Isacoff, J., Shulaker, B., Williamson, S., Marsh, T., McKenzie, T. L., et al. (2014). Impact of Park Renovations on Park Use and Park-Based Physical Activity. Journal of Physical Activity and Health, 12(2), 289-295.

Dina Syamilah, Z., Hartini, A. & Baharom, S. (2021). Faktor – faktor yang mempengaruhi kepuasan Masjid Tanah , Melaka. Jurnal ‘Ulwan Jilid, 6(3), 236-248.

Dziatul Nadiah, D. & Nur Syazleen, Z. (2018). Kemudahan Destinasi Dan Tarikan Destinasi Terhadap Kepuasan Pelancong Asing Di Georgetown , Pulau Pinang. Journal of Hospitality Management, 1, 12-17.

Fischer, A. P., Klooster, A. & Cirhigiri, L. (2019). Cross-boundary cooperation for landscape management: Collective action and social exchange among individual private forest landowners. Landscape and Urban Planning, 188, 151-162.

Hamzah Jusoh, Ahmad, H., Buang, A., Zoolberi, F. A., & Nik, N. M. (2014). Impak kawasan hijau terhadap persekitaran sosial komuniti Putrajaya. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10(8), 26–39.

Hong Ching Goh & Noratiqah, M. @ M. (2016). The user’s perceptions of Perdana Botanical Garden in Kuala Lumpur. Journal of Design and Built Environment, 16(1), 27–36.

Jabatan Landskap Negara. (2008). Piawaian Produktiviti Penyelenggaraan Landskap.

Jabatan Landskap Negara, (2008). Garis Panduan Landskap Negara. Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2 2: 16.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. (2013). Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi.

Jansson, M., Vogel, N., Fors, H., & Randrup, T. B. (2019). The governance of landscape management: new approaches to urban open space development. Landscape Research 44(8), 952-965.

Jasasikin, A. S., & Noriah, O. (2012). Quality Standard and Specification for Soft-scape Construction in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 35, 260-266.

Jorgensen, L. J., Ellis, G. D., & Ruddell, E. (2013). Fear Perceptions in Public Parks: Interactions of Environmental Concealment, the Presence of People Recreating, and Gender. Environment and Behavior, 45(7), 803-820.

Kamalludin Bilal. (2004). Kajian Permasalahan Pengurusan Taman Rekreasi Kajian Kes: Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. (Tesis Sarjana). Sekolah Pengajian Siswazah UTM.

Mohamad Nuramin, S., & Haidaliza, M. (2021). Kepentingan Pembangunan Taman Rekreasi Awam di Parit Raja , Batu Pahat Johor. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1332-1343.

Mohd Kher, H., Abdullah, S. A., Siwar, C., & Ismail, S. M. (2013). Analisis terhadap pembangunan landskap hutan rekreasi di Selangor, Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 9(3), 1-11.

Nor Akmar, A. A., van den Bosch, K., & Nillson, K. (2018). Recreational use of urban green space in Malaysian cities. International Journal of Business and Society, 19(S1), 1-16.

Noralizawati, Mohamed, Othman, N., & Ariffin, M. H. (2012). Value of Nature in Life: Landscape Visual Quality Assessment at Rainforest Trail, Penang. Procedia - Social and Behavioral Sciences 50, 667-674.

Nur Amirah, K. Z., Habibah, A., Ah Choy, E., Nur Atiqah, K. Z., & Hamzah, J. (2016). Pusat pentadbiran Putrajaya sebagai destinasi pelancongan : Satu analisis SWOT produk pelancongan. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 12(13), 74-88.

Osman Mohd Tahir & Kaboudarahangi, M. (2014). The challenges, potentials, and experts’ opinions on developing a Malaysian garden identity. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 22(1), 19–33.

Roshartini, O., & Suryanee Parvin, M. (2019). Development of Framework for the Best Practices in Maintenance Management of Public Recreation Park: Case Study in Muar Public Recreation Park. Journal of Technology Management and Business, 6(1), 32-38.

Rosniza Aznie, C. R., & Nur Efazainiza Ainie, B. (2019). Analisis tahap kepuasan pengunjung di taman rekreasi awam Sabah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 336-349.

Rosniza Aznie, Rose, C., Abdullah, M. A., & Zainol, R. M. (2017). Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(7), 125-134.

Shamirah, R., Leh, O. L. H., Adzmi, N. A. M., & Marzukhi, M. A. (2020). Relationship between quality of urban parks and physical activity: A case study in changkat public park, Batu Gajah, Perak. Planning Malaysia. 18(4), 158-172.

Sharifah Meryam, Musa, S., Senapi, N., Shafii, H., Zainal, R., Tun, U., & Onn, H. (2018). Kepentingan penyediaan elemen landskap di kawasan rekreasi Tasik Darulaman, Jitra, Kedah. Geografi, 6(2), 67-75

Siti Rasidah, M. S., Akhir, N. M., & Omar, S. S. (2015). Determinant Factors of Successful Public Parks in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 170, 422–432.

Sri Winarni, S., Ahmad, H., Jusoh, H., Ah, E., Buang, A., & Mahmud, M. (2014). Pengintegrasian elemen pendidikan dalam pembangunan produk rekreasi di Tapak Warisan Dunia Melaka. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 10(8), 13 - 25.

Zaimah, R., , Er, A. C., , Sarmila, M. S., , Habibah, A., , Hamzah, J., Sahazali, N., Hanani, N., et al. (2015). Kepuasan pelancong dengan Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari: satu kajian persepsi. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(1), 135–142.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.