Kualiti air tasik dan kesesuaiannya terhadap aktiviti rekreasi berasaskan air di Tasik Embayu, Tanjong Malim, Perak (Lake water quality and its suitability for water-based recreation activities in Tasik Embayu, Tanjong Malim, Perak)

Mohmadisa Hashim, Jennifer Michael, Nasir Nayan, Hanifah Mahat, Yazid Saleh, Koh Liew See, Zahid Mat Said

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air Tasik Embayu di Bandar Proton, Tanjong Malim Perak dan menilai kesesuaiannya terhadap aktiviti berasaskan air. Penilaian status kualiti air melibatkan pengukuran enam parameter utama iaitu DO, BOD, COD, SS, pH dan NH3N pada tujuh buah stesen pensampelan air yang telah ditetapkan. Kesemua parameter ini dibandingkan dengan Standard Kualiti Air Kebangsaan (NWQS) dan Indeks Kualiti Air (IKA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia untuk menilai tahap dan status kualiti air Tasik Embayu. Pensampelan air dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Mac, April dan Mei 2018. Metod kajian ini adalah melalui tinjauan, pensampelan air tasik dan ujian di dalam makmal untuk mendapatkan status kualiti air tasik yang diperlukan. Hasil kajian mendapati bahawa nilai keseluruhan IKA Tasik Embayu sepanjan tempoh cerapan ialah 76.53%. Pada bulan Mac, nilai IKA yang direkodkan adalah 74.99%, diikuti bulan April (76.91%) dan Mei (77.69%) dan nilai ini menunjukkan kualiti air Tasik Embayu berada pada Kelas II. Sementara itu, parameter kualiti air yang menunjukkan berlakunya pencemaran air di Tasik Embayu adalah parameter SS (Kelas III) dan COD (Kelas IV). Parameter yang lain mencatatkan nilai di bawah standard yang membolehkan sebarang aktiviti rekreasi berasaskan air dijalankan di tasik ini. Pencemaran air Tasik Embayu adalah disebabkan dengan bahan-bahan pencemar daripada sisa domestik dan sisa restoran yang dialirkan secara langsung ke dalam tasik. Manakala aktiviti pembersihan ladang kelapa sawit yang dilakukan tidak jauh dari tasik serta pembukaan tanah untuk kawasan perumahan baru turut meningkatkan SS terutama pada waktu hujan. Walaupun hasil kajian menunjukkan kualiti air Tasik Embayu berada pada tahap sederhana tercemar, namun ia masih lagi sesuai untuk menjalankan aktiviti berasaskan air seperti berkayak, memancing serta beriadah di sekitar tasik berkenaan.

Kata kunci: aktiviti rekreasi, eutrofikasi, indeks kualiti air, pencemaran air, tasik

 

Abstract

This article aim to identify the water quality of Tasik Embayu, Proton City, Tanjong Malim, Perak and assessing its suitability for water-based recreation activities. The assessment on water quality was based on measuring six parameters i.e., DO, BOD, COD, SS, pH and NH3N at seven designated water sampling stations. All parameters were compared against the National Water Quality Standards (NWQS) and Water Quality Index (WQI) for Malaysia introduced by Department of Environment to identify the status and level of water quality in Tasik Embayu. Sampling was carried out twice a month during March, April and May 2018. The methodology was designed as surveying the sampling of water quality and laboratory testing to get the status of water quality in Tasik Embayu. The results showed that the value of Water Quality Index during the period of sampling at 76.53%. In March, the WQI value was at 74.99%, followed by April (76.91%) and May (77.69%) and the result showed that the water quality of Tasik Embayu was at Class II. Meanwhile, water quality parameters indicated a water pollution at Tasik Embayu with SS parameter (Class III) and COD (Class IV). Other parameters recorded reading below the standard to enable water-based recreation activities in Tasik Embayu. The source of water pollutants for Tasik Embayu were due to pollutants from domestic and restaurant wastes which directly flow into the lake. While the clearing activities in the oil palm plantations close to the lake and land opening for residential housing caused the significant increase in SS especially during rainy season. While the results of water quality in Tasik Embayu showed moderately polluted, the water-based recreation activities such as kayaking, fishing and recreation can still be performed.

Keywords: recreation activities, eutrophication, water quality index, water pollution, lake.


Keywords


Aktiviti rekreasi; eutrofikasi; indeks kualiti air; pencemaran air; tasik

Full Text:

PDF

References


Abdullah, S.A., Hasan, S., Kamal, M.L. & Mohd Hashim, N. (2014). Spatial distribution of physico-chemical parameter in upstream rivers and Timah Tasoh Lake, Perlis: Preliminary study. The Malaysian Journal of Analytical Sciences, 18(1), 148-154.

Ahmad, A.K., Shuhaimi-Othman, M., Lim, E.C. & Abd Aziz, Z. (2013). Lake Chini water quality assessment using multivariate approach. Sains Malaysiana, 42(5), 587-596.

Ahmad, A.K. & Shuhaimi-Othman, M. (2010). Heavy metal concentrations in sediments and fishes from Lake Chini, Pahang, Malaysia. Journal of Biological Sciences, 10(2), 93-100.

Alsharif, K.A. & Fouad, G. (2012). Lake performance differences in response to land use and water quality: Data envelopment analysis. Lake and Reservoir Management, 28(2), 130-141.

American Public Health Association. (2005). Standard methods for the examination of water and wastewater. Vol. 21. USA: American Public Health Association, American Water Works Association, Water Environment Federation.

Ang, K.H. (2015). Kualiti sumber air di Malaysia: Satu analisis. Geografia Malaysia Journal of Society and Space, 11(6), 98-108.

Bhateria, R. & Abdullah, A. (2015). Analyzing uncertainties in lake water: A review. International Journal of Environmental Sciences, 5(6), 155-168.

Debela, S.A., Barach, M.I., Berta, M.D., Song, Y.., Shen, S. & Luke, A.O. (2020). Physico-chemical and biological assessment of water quality in Shihu Lake and Grand Canal, P.R. Chanal. Acta Scientific Nutritional Health, 4(3), 1-6.

Dokulil, M.T. (2014). Environmental impacts of tourism on lakes. Dlm. A. A. Ansari & S. S. Gill (eds.), Eutrophication: Causes, consequences and control. London: Springer.

Dukes, A.D., Eklund, R.T., Morgan, Z.D. & Layland, R.C. (2020). Heavy metal concentration in the water and sediment of the Lake Greenwood watershed. Water Air Soil Pollut, 231(11). https://doi.org/10.1007/s11270-019-4364-x

Er, A.C., Azlin, A. & Fakhrulrazi, S. (2015). Kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi: Kes Taman Wetland, Putrajaya. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11(8), 13-26.

Forney, W., Richards, L., Adams, K.D., Minor, T.B., Rowe, T.G., Smith, J.L. & Raumann, C.G. (2001). Land use change and effects on water quality and ecosystem health in the Lake Tahoe Basin, Nevada and California. Carson City, Nevada: U.S. Geological Survey.

Gharibreza, M., Raj, J.K., Yusoff, I., Ashraf, M.A., Othman, Z. & Wan Muhamad Tahir, W.Z. (2013). Effect of agricultural projects on nutrient levels in Lake Bera (Tasik Bera) Peninsular Malaysia. Agriculture, Ecoystems and Environment, 165, 19-27.

Islam, M.S., Ismail, B.S., Muhammad Barzani, G., Sahibin, A.R. & Mohd Ekhwan, T. (2012). Hydrological assessment and water quality characteristics of Chini Lake, Pahang, Malaysia. American-Eurasian J. Agric. & Environ. Sci., 12(6), 737-749.

Jabatan Alam Sekitar. (2017). Laporan kualiti alam sekeliling 2016. Putrajaya: Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia. (2014). Pemuliharaan dan pembangunan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) dataran banjir, tanah lembap, bekas lombong, tasik dan sungai. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia.

Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Yazid Saleh, Hanifah Mahat, Zahid Mat Said & Wee Fhei Shiang. (2018). Water quality assessment of former tin mining lakes for recreational purposes in Ipoh City, Perak, Malaysia. Indonesian Journal of Geography, 50(1), 25-33.

Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah & Nasir Nayan. (2012). Trend hujan jangkamasa panjang dan pengaruhnya terhadap hakisan permukaan: Implikasinya kepada tapak kampus baru Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim. Geografia Malaysia Journal of Society and Space, 8(2), 38-51.

Muhammad Barzani, G., Toriman, M.E., Muftah, S., Barggig, A., Aziz, A., Azaman, F. & Muhammad, H. (2015). Water quality degradation of Cempaka Lake, Bangi Selangor, Malaysia as an impact of excessive E.Coli and nutrient concentrations. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 19(6), 1391-1404.

Nanda, P.M. (2014). Analisa penentuan kualitas air Tasik Bera di Pahang Malaysia berdasarkan pengukuran parameter fisika-kimia. Jurnal Sains, Teknologi dan Industri, 12(1), 32-40.

Nurain Ma’arof & Ang Kean Hua. (2015) Kualiti air Sungai UTM: Satu penilaian awal berpandukan enam parameter Indeks Kualiti Air. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11(1), 107-115.

Nurhamizah Shaharudin. (2015). Kesan guna tanah terhadap kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak. Tesis Sarjana Sastera (Geografi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (tidak diterbitkan).

Othman, K., Irene L.P.N., Mazlin, M. & Azami, Z. (2006). Kajian kualiti air tasik kejuruteraan UKM ke arah mewujudkan kampus lestari dan alam mesra. Jurnal Kejuruteraan, 18(1), 57-64.

Saragi, P.A., Soesilo, T.E.B. & Abidin, C.A. (2020). Review on community-based strategies for improving the quality of lake waters (Case study: Urban Lake Rawa Besar, Depok, West Java, Indonesia). IOP Conf. Series: Materials Science and Engineering, 725(2020) 012029 doi:10.1088/1757-899X/725/1/012029

Sharip, Z. & Jusoh, S. (2010). Integrated lake basin management and its importance for Lake Chini and other lakes in Malaysia. Lakes & Reservoirs: Research and Management, 15, 41-51.

Sharip, Z. & Zakaria, S. (2008). Lake and reservoir in Malaysia: Management and research. Dlm. Sengupta, M. & Dalwani, R. (Eds), Proceedings of Taal2007: The 12th World Lake Conference, ms. 1349-1355.

Shuhaimi-Othman, M., Ahmad, A., Mushrifah, I. & Li, E.C. (2008a). Seasonal influence on water quality and heavy metal concentration in Tasik Chini, Peninsular Malaysia. Dlm. Sengupta, M. & Dalwani, R. (Eds), Proceedings of Taal2007: The 12th World Lake Conference, ms. 300-303.

Shuhaimi-Othman, M., Mushrifah, I., Lim, E.C. & Ahmad, A. (2008b). Trend in metals variation in Tasik Chini, Pahang, Peninsular Malaysia. Environ Monit Assess., 143, 345–354.

Shuhaimi-Othman, M., Lim, E.C. & Mushrifah, I. (2007). Water quality changes in Chini Lake, Pahang, West Malaysia. Environ Monit Assess., 131, 279–292.

Theophile, R., Razanamparany, B., Rabesiaka, M. & Andrianainarivelo, M. (2017). Analysis of physico-chemical parameters and quality control of water in Anjavibe Lake in the Bemagnondrobe Borough situated in Nosy-Be District. Resources and Environment, 7(5), 124-130.

Wan Mohd Khalik, W.M.A & Abdullah, M.P. (2012). Seasonal influence on water quality status of Temenggor Lake, Perak. The Malaysian Journal of Analytical Sciences, 16(2), 163- 171.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.