Kecenderungan politik pengundi luar Kelantan di Lembah Klang pasca PRU-14: Suatu pemerhatian kritikal (The political tendency among Kelantanese voters residing in the Klang Valley post GE-14: A critical observation)

Mazli Mamat, Mohd Rahimi Ramli

Abstract


Pengundi luar merupakan salah satu golongan yang memberi sumbangan penting terhadap kemenangan PAS di Kelantan kerana ramai pengundi luar Kelantan yang layak mengundi akan pulang untuk mengundi setiap kali berlakunya pilihan raya. Namun, proses sosialisasi politik dan tahap kehidupan yang dinikmati khususnya di Lembah Klang berbeza dengan kehidupan realiti di Kelantan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan politik pengundi luar Kelantan yang menetap di Lembah Klang. Kajian ini dilakukan melalui pendekatan kajian kuantitatif menerusi kaedah tinjauan di lapangan dan secara atas talian dengan menggunakan borang soal selidik sekitar bulan Mac 2020 hingga Disember 2020. Kajian ini dilakukan di sekitar Lembah Klang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan sekitar Negeri Selangor. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah persampelan bebola salji (Snowball) dan persampelan mudah. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 403 orang responden. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati majoriti responden bukan ahli mana-mana parti politik dan mereka cenderung memilih PAS di peringkat DUN dan Parlimen. Selain itu, tiada perubahan yang signifikan antara kecenderungan politik mereka ini dengan tempoh menetap di Lembah Klang. Oleh itu, jelaslah bahawa pengundi luar Kelantan merupakan simpanan tetap kepada parti PAS di Kelantan. Justeru, faktor yang dikaitkan agama Islam yang menjadi asas pemilihan PAS masih menebal dalam diri pengundi luar Kelantan di Lembah Klang. Dengan ini, jelaslah bahawa pengundi luar Kelantan beridentifikasi terhadap parti PAS yang menepati aspirasi politik mereka.

Kata Kunci: Budaya politik, kecenderungan, konfigurasi, nilai islam, pengundi luar, pilihan raya

Voters residing in other states have been one of the major contributers towards PAS victory in Kelantan, due to the facts that many eligible voters residing outside of Kelantan will return to the state to cast their vote when there is an election. However, the process of political socialization and living standards enjoyed by these voters, especially in the Klang Valley area is different from the reality of life in Kelantan. Therefore, this research aims to identify the political preferences of voters residing outside of Kelantan , particularly in the Klang Valley. This research was conducted through the quantitative research approach by utilizing the field study method and online method by using questionnaires distributed from March 2020 until December 2020. This research was conducted in the Klang Valley area, consisting of the Federal Territory of Kuala Lumpur and a certain area around the state of Selangor. The sampling method utilized for this research was ‘Snowball’ Sampling and convenience sampling. A total of 403 were respondents were involved in this research. The data of this research was analyzed through descriptive statistics. This research found that majority of the respondents were not members of any political party and they preferred to choose PAS for DUN and Parliament seats. Moreover, there were no significant changes between the respondent’s political preferences’ and the duration of their stay in Klang Valley. Therefore, it is clear that voters residing outside of Kelantan are permanent vote reserves for PAS in Kelantan. Thus, factors that relate to Islam, which become the primary reason to choose PAS are still dominant among voters residing outside of Kelantan in the Klang Valley. Thus, it is evident that the voters outside Kelantan identify with the PAS party which meets their political aspirations.

Keywords: Political culture, tendency, configuration, islamic values, voters residing outside, elections

 


Keywords


Budaya politik; kecenderungan; konfigurasi; nilai islam, pengundi luar, pilihan raya

Full Text:

PDF

References


Ab. Rahim Tahir. (1995). Analisis 95 Perangkap BN Tahun 2,000. Ampang: Cita khidmat(M). Sdn. Bhd.

Amer Saifude Ghazali. (2013). Politik Pilihan Raya dan Gelagat Pengundian Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Di Kelantan. Tesis PhD, Universiti Malaya.

Ghazali Mayudin. (2006). Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia. Dlm. Ghazali Mayudin (pytn). Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junaidi Awang Besar, Muhammad Hazim Abdul Ghani., Mohd Fuad Mat Jali& Novel Lyndon. (2015d). Pola politik kaum dalam pilihan raya umum Malaysia ke-13: Kajian kes negeri Selangor. Malaysian Journal of Society and Space 11(9): 99-111.

Junaidi Awang Besar. (2017a). Tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malaysia Journal of Society and Space 13(3): 97-111.

Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori & Muhammad Hazim Abdul Ghani. (2020). Prestasi dan penerimaan pengundi terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di wilayah Pantai Barat semenanjung Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 17(4): 60-77.

Junaidi Awang Besar. (2019). Perubahan Politik Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 15(4): 220-232).

Junaidi Awang Besar. (2021). Sentimen Kepartian dan Personaliti Pemimpin Pada Pilihan Raya Umum 2018: Kajian di Kawasan di DUN Chempaka, Kelantan. Akademika 91(1): 81-96.

Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori & Mohd Syukri Zainuddin. (2020). Pola Sokongan Belia Melayu Dalam PRU-14 di Beberapa DUN Terpilih Dalam Negeri Kedah. Malaysia Journal of Society and Space 16(4): 150-163.

Mazlan Ali. (1998). Hubungan Semangat 46 dan PAS 1988-1996, Satu Tinjauan Terhadap Politik Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Mohd Faidz Mohd Zain, Samsul Adabi Mamat, Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali. (2014). Pilihan Raya Umum 2013: Penolakan berterusan pengundi di Kelantan terhadap Barisan Nasional. Malaysian Journal of Society and Space, 10: 15 – 27.

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Novel Lyndon & Mazlan Ali. (2012b). Politik bandar: Persepsi dan tingkah laku politik pengundi di kawasan parlimen Petaling Jaya Selatan dan Batu. Akademika 82(3): 61-75.

Mohd Hariszuan Jaharudin. (2014). Pilihan Raya Umum Ke-13: Perubahan budaya politik Malaysia dan krisis legitimasi moral Barisan Nasional. Kajian Malaysia 32(2): 149–169.

Mohd Mahadee Ismail., & Ab Bassit Husin. (2008a). Demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-12: Satu tinjauan ke atas budaya politik masyarakat Melayu Kelantan. Seminar Politik Malaysia: Shah Alam. Mac 2008, hlm. 228-241.

Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Nor Azlili Hassan & Mohd Sabri Md Nor. (2020). Perkembangan Politik Era Malaysia Baharu: Pandangan Eksklusif Belia Terpelajar. Akademika 90(Isu Khas 1/Special Issue): 161-174.

Mohd Sayuti Omar. (2003). Undurkan Mahathir Dilema Dollah Badawi. Kuala Lumpur: Tinta Merah.

Mohd Agus Yusoff & Shah Mohd Akmal Abdul Halim. (2019). Tingkah Laku Pengundi Felda Dalam PRU-14: Identifikasi Parti, Sosiologikal atau Pilihan Rasional. Akademika 89(3): 167-182.

Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2009). Politik Malaysia di Persimpangan Praktik Politik dalam PRU 2008 dan Kontemporari. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2020). Pilihan raya dan politik Malaysia pasca PRU 2018: Persaingan, dinamik dan implikasi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 47 (1): 150-175.

Najiatul Umairah Azhar & Junaidi Awang Besar. (2021). Kelestarian Politik Melayu di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1): 1-27.

Nazri Noor. (2015). Badi PRU 2004 berulang di Kelantan. The Malaysian Insider. 23 Disember: 1.

Riduan Mohamad Nor. (2015). Tribut buat sang pencerah. Kuala Lumpur: JUNDI Resources.

Shukeri Mohamad, Mohamad Azrien Mohamed Adnan, Syed Abdurahman Syed Hussin. (2011). Analisis Pengaruh Politik Islam di Negeri Kelantan Terhadap Gaya Hidup Masyarakat di Malaysia. Dlm. Ahmad Zaki Berahim (pnyt). World Congress for Islamic History and Civilization, Tajdid & Islah, hlm. 1-31. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Syed Husin Ali. (1978). Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan. Petaling Jaya: Karangkraf. Sdn. Bhd.

Syed Husin Ali. (2008). Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Harakah.

Wan Nik Wan Yussof. (2015). Legasi Tok Guru Politik dan Dakwah. Kota Bharu: Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Yazid Saleh, Siti Noranizahhafizah Boyman, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan Saiyidatina Balkhis Norkhaidi & Samsudin Suhaili. (2020). Pola sokongan pengundi muda sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space. 16 (1): 80-94.

Zaini Othman. (2014). Demokrasi di negara sedang membangun: pengalaman Asia Tenggara. Dlm. Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud & Zaini Othman (pnyt.). Demokrasi Kepimpinan & Keselamatan dalam Politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.