Cabaran hidup miskin dalam kalangan komuniti nelayan di Tanjung Dawai, Kedah

Muhammad Wafi Ramli, Sharifah Rohayah Sheikh Dawood, Sofia Haminah Mohd Som

Abstract


Abstrak

 

Kemiskinan sering kali berlaku terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar meskipun terdapat pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan. Hal ini turut berlaku kepada komuniti nelayan luar bandar yang tinggal di Tanjung Dawai, Kedah. Isu kemiskinan ini secara tidak langsung telah membawa kepada pelbagai cabaran hidup yang kompleks dalam kalangan komuniti nelayan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka cabaran hidup miskin yang dialami oleh komuniti nelayan di Tanjung Dawai. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam yang melibatkan seramai 15 informan dalam kalangan ketua isi rumah nelayan yang dipilih secara rawak. Lokasi kajian telah dijalankan di Kampung Nelayan. Data daripada temu bual mendalam telah dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti nelayan mempunyai lima cabaran hidup miskin iaitu kesukaran menampung perbelanjaan harian, kesukaran melanjutkan pendidikan, kesukaran memiliki aset, keperluan melakukan pekerjaan sampingan dan ancaman gejala sosial. Kajian ini berupaya memberikan gambaran yang lebih jelas agar pihak berkepentingan lebih memahami cabaran hidup miskin yang berlaku dalam kalangan komuniti nelayan, seterusnya dapat merangka strategi yang holistik untuk pembangunan sosioekonomi mereka. Hal ini selari dengan agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang meletakkan elemen “No poverty” sebagai sasaran pertama yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakatnya.

 

Kata kunci: cabaran hidup, kemiskinan, komuniti nelayan, kumpulan minoriti, luar bandar, taraf hidup

 

The challenges of living in poor among fishing community in

Tanjung Dawai, Kedah

 

Abstract

 

Poverty often occurs primarily to those who live in rural areas despite the numerous assistances being channelled by the government. This also applies to the rural fishing community living in Tanjung Dawai, Kedah. The poverty issue has indirectly led to the complex challenges of life in the fishing community. Therefore, the objective of this study is to explore the challenges of living in poor experienced by the fishing community in Tanjung Dawai. This study used the qualitative method through in-depth interviews involving 15 informants randomly selected amongst the head of households. The study was conducted at Kampung Nelayan. Data from the in-depth interviews had been analyzed using content analysis. The study found that the fishing community had five challenges while living in poor namely, difficulty in maintaining daily expenses, difficulty in continuing education, difficulty in owning assets, the need to have second jobs, and exposure to social ills. This study is able to provide a clearer picture to stakeholders in order to better understand the challenges of living in poverty faced by the fishing communities, thus formulating a holistic strategy for their socio-economic development. This is in line with the Sustainable Development Goal (SDG) agenda that puts the element of No poverty as the first to do target for every country in order to reduce the poverty rate among its people.

 

Keywords: life challenge, poverty, fishing community, minority group, rural area, living standard

 


Keywords


Cabaran, Kemiskinan, Komuniti Nelayan, Luar Bandar, Tanjung Dawai

Full Text:

PDF

References


Rujukan

Amin, S.M., & Sam, S.S.M. (2012). Pembasmian kemiskinan di Malaysia: Keperluan kemahiran pekerja komuniti. Akademika, 82(1), 81-89.

Anugerah, T., Amrifo, V., & Hendrik, H. (2016). Strategi rumah tangga nelayan dalam mengatasi kemiskinan (Studi di Kepenghuluan Panipahan Darat Kecamatan Pasir Limau Kapas Kabupaten Rokan Hilir Provinsi Riau). Berkala Perikanan Terubuk, 44(1), 104-119.

Bahrom, H. (2004). Remaja, kemiskinan dan juvana suatu realiti. Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme (Sivic 2004). Anjuran Jabatan Pengajian Umum Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia. Retrieved from http://repo.uum.edu.my.

Dahalan, D., Suandi, T., Hamzah, M.R., Uli, J., Othman, J., Ahmad, N., & Abdullah, N.A.W. (2012). Komuniti nelayan Muslim: Analisis kepentingan dari sudut kehidupan beragama. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(3), 43-51.

Ibrahim, A.Z., & Anuar, A.R. (2016). Penentu keterlibatan nelayan pesisir pantai dalam aktiviti bukan pertanian di Kuala Kedah, Kedah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(14), 1-9.

Ibrahim, A.Z., Hassan, K., Kamaruddin, R., & Anuar, A.R. (2018). The effect of livelihood assets on food security achievements among the Coastal Fishermen in Northern Peninsular Malaysia. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 11(1), 134-144.

Jamaludin, Z. (2011). Kemiskinan dan keciciran dalam pendidikan. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 37, 5-17.

Jamil, N., & Mat, S.H.C. (2014). Realiti kemiskinan: Satu kajian teoritikal. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48(1), 167-177.

Muda, M.S., Amin, W.A.A.W.M., & Omar, N.W. (2006). Analisis kesejahteraan hidup nelayan pesisir. Jurnal Kemanusiaan, 4(2), 58-77.

Puteh, D.A.M.A., & Mamat, I. (2015). Analisis keperluan untuk penentuan bantuan Program Pembangunan Keluarga Miskin dan Miskin Tegar: Kajian kes di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Journal of Human Development and Communication, 4, 75-94.

Ramli, Z., Saad, S., Manaf, A.A., Hussain, M.Y., Samsudin, M., Omar, M., & Yussof, I. (2015). Kesejahteraan subjektif: Kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(2), 87-94.

Rashid, M.F.A., & Ghani, I.A. (2007). Migrasi dan kemiskinan bandar: Satu kajian literatur. Seminar Kebangsaan Pembangunan Persekitaran & Masyarakat 2007, Pulau Pinang. Retrieved from https://www.researchgate.net

Sabstu, J. (2014). Kenaikan kos sara hidup: Kesan kepada rakyat. Retrieved from http://www.mkm.edu.my.

Shakespeare, T. (2012). Disability in developing countries. In Watson, N., Roulstone, A., & Thomas, C. (Eds.), Routledge handbook of disability studies. Oxon, Routledge.

Shis, M.A.B. (2010). Kajian gejala sosial di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang menetap di kolej Sembilan (K9), kolej Sepuluh (K10) dan kolej Perdana (KP) Universiti Teknologi Malaysia (Master dissertation). Retrieved from Universiti Teknologi Malaysia.

Talib, K.A. (2016). Dilema kemiskinan: Falsafah, budaya dan strategi. Akademika, 86(2), 65-78.

Zain, R.M., Kamarudin, M.K.A., & Saad, M.H.M. (2018). Assessment of quality of life on fishermen community in Kuala Terengganu, Malaysia: A review. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(10), 640-650.

Zal, W.A. (2016). Modal budaya dan kesannya ke atas kebergantungan kerja komuniti nelayan di Malaysia: Kajian kes nelayan Kuala Terengganu. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(4), 158-168.

Zebua, Y., Wildani, P.K., Lasefa, A., & Rahmad, R. (2017). Faktor penyebab rendahnya tingkat kesejahteraan nelayan pesisir pantai Sri Mersing Desa Kuala Lama Kabupaten Serdang Bedagai Sumatera Utara. Jurnal Geografi, 9(1), 88-98.

Zin, N.A.M., & Tambi, N. (2018). Faktor kemiskinan bandar terhadap pembangunan pendidikan golongan lewat kembang. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(3), 119-130.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.