Penyertaan komuniti dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana di Kampung Mesilou Kundasang, Sabah (Community participation in the tourism recovery programme post earthquake disaster in Mesilou Village of Kundasang, Sabah)

Raihan Anas, Rosazman Hussin, Teuku Afrizal

Abstract


Kajian ini memfokus kepada penyertaan ahli komuniti setempat dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi di Kampung Mesilou yang terletak di pinggiran Gunung Kinabalu, Kundasang, Sabah. Program pelancongan berasaskan komuniti (CBT) menawarkan pelbagai faedah kepada komuniti terutamanya pulangan pendapatan sampingan. Kejadian gempa bumi yang berlaku pada Jun 2015 di kawasan tersebut sekaligus memberi impak negatif kepada Kampung Mesilou yang merupakan salah satu kawasan utama bagi aktiviti pelancongan di Kundasang, Sabah. Oleh itu, kajian dilakukan untuk meninjau tahap penyertaan komuniti setempat dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi yang dilaksanakan oleh ahli komuniti. Pendekatan kualitatif diaplikasikan melalui kaedah temu bual mendalam ke atas tujuh orang informan dan kaedah pemerhatian turut dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti di Kampung Mesilou telah terlibat secara langsung dan aktif dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi. Program ini menjadi suatu mekanisme penting untuk meningkatkan semula pendapatan sampingan komuniti setempat. Selain itu, program ini menjadi suatu idea komuniti untuk membangunkan semula produk pelancongan yang telah musnah akibat bencana gempa bumi. Program pemulihan pelancongan ini juga menawarkan semula perkhidmatan pelancongan yang baik kepada para pelancong secara lestari. Hasil kajian turut mendapati kurangnya penyertaan pemegang taruh dalam membantu program pemulihan pelancongan pasca bencana di Kampung Mesilou. Oleh itu, kerjasama antara ahli komuniti dan pemegang taruh secara berstrategi serta bersepadu dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi perlu dilaksanakan secara lestari untuk mempercepatkan pemulihan kawasan dan menghidupkan semula aktiviti pelancongan berasaskan komuniti yang lestari.


Keywords


bencana gempa bumi; pasca bencana; pelancongan lestari; pemulihan pelancongan; penyertaan komuniti; program pemulihan

Full Text:

PDF

References


Buhalis, D. (2003). eTourism: Information technology for strategic tourism management. London, Pearson Financial Times/Prentice Hall.

Dambul, R., & Buang, A. (2008). Explaining the problem of tourism in Kundasang, Sabah: The strengths and limitations of the positivist perspective.Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 4(1), 20-31.

Fukuyama, F. (2000). The great disruption: Human nature and the reconstitution of social order. London, Profile Books.

Getz, D. (1983). Capacity to absorb tourism: Concepts and implications for strategic planning. Annals of Tourism Research, 10, 239-263.

Hussin, R. (2008). Ecotourism and community participation in the homestay programme of Sukau Village: Long-term or limited benefits? Jurnal Sarjana, 23, 72-86.

Hussin, R., & Kunjuraman, V. (2014). Pelancongan mapan berasaskan komuniti (CBT) melalui program homestay di Sabah, Malaysia. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 10(3), 160-174.

Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (jtu) (2017). Sabah division map. Retrieved from http://www.jtu.sabah.gov.my

Kunjuraman, V. (2013). Kepuasan pelancong domestik terhadap program homestay di Kampung Mesilou, Kundasang Sabah. Retrieved from Sekolah Sains Sosial, Kota Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah.

Kementerian Pelancongan Negeri Sabah. (2015). Mt Kinabalu to top attraction. Retrieved from http://kepkas.sabah.gov.my/

Kettl, D.F. (2008). The next government of the United States: Challenges for performance in the 21st Century, IBM Center for the Business of Government, Washington, DC

Kroll-Smith, J., & Couch, S. (1990). The real disaster is above ground: A mine fire and social conflict, Lexington, University of Kentucky Press.

Mangal, S. (1999). Participation and the public private interface in urban environmental management. Laporan kerja untuk public private partnership for urban environment, United Nation for Development Program.

Merriam, S.B (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation. San Francisco, Jossey-Bass.

Mathieson, A., & G, Wall. (1982). Tourism: Economic, physical and social impacts. London, Longman.

Mowforth, M., & Munt, I. (1998). Tourisme and sustainability: New tourisme in the third world. London, Routledge.

Mowforth, M., & Munt, I. (2009). Tourisme and sustainability: Development globalisation and new tourism in the third world (3rd Edition). London, Routledge.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Paton, D., & Johnson, D. (2015). Community-led disaster risk management: A Maori response to Otautahi (Christchurch) earthquakes. Australasian Journal of Disaster and Trauma Studies, suppl. IRDR Conference Special Issue, 19, 270-277.

Pretty, J. (1995). A The many interpretations of participation. In Focus, 16, 4-5.

Rasid Mail, & Raman Noordin. (2012). Penyelidikan peringkat sarjana pendekatan kualitatif sebagai alternatif. Kota Kinabalu, Penerbit Universiti Malaysia Sabah

Santoso, J., & D, Iskandar. (1991). Beberapa catatan tentang partisipasi. Jakarta, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Badan Pengembangan Pendidikan,

Scott, N., Laws, E., & Prideaux, B. (2008). 'Tourism crises and marketing recovery strategies', Journal of Travel & Tourism Marketing, 23(2), 1-13.

Timothy, D. (1999). Participatory planning: A view of tourism in Indonesia. Annals of Tourism Research, 26(2), 371-391.

Tisdell, C.A. (1987). Tourism: The enviroment and profit. Economic Analysis and Policy, 17(1), 13-30.

Tosun, C. (2000). Limits to community participation in the tourism development process in developing countries. Tourism Management, 21(6), 613-633

Webb, G.R., Tierney, K.J., & Dahlhamer, J.M. (2000). Business and disasters: Empirical patterns and unanswered questions. Natural Hazards Review, 1, 83-90.

Zhang, Y., Lindell, M.K., & Prater, C.S. (2009). Vulnerability of community businesses to environmental disasters. Disasters, 33, 38-57.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.