Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu (Location suitability for the development of gated housing communities in Johor Bharu)

Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek

Abstract


Abstrak

 

Perletakan lokasi pembangunan komuniti berpagar yang tidak terancang akan memberi implikasi negatif terhadap pengurusan bandar yang mampan. Melihat kepada perancangan senario semasa dalam penentuan lokasi yang sesuai dibangunkan untuk projek-projek perumahan komuniti berpagar kebanyakannya kurang menitikberatkan aspek keutamaan dalam perancangan lokasi pembangunan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keutamaan kriteria-kriteria perancangan yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif melibatkan 363 orang responden dan pengumpulan data kajian dilakukan secara persampelan rawak mudah bagi menjawab instrumen soal selidik untuk menentukan kesesuaian kriteria lokasi pembangunan komuniti berpagar yang terdiri daripada penduduk di kawasan Johor Bahru. Manakala, responden bagi kaedah kualitatif adalah seramai lima orang yang terdiri daripada pihak pemaju dan Jabatan Perancangan Desa dan Negeri Johor. Pemilihan kriteria bagi kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar adalah berdasarkan kepada keadaan negeri tersebut dari segi pembangunan dan keadaan bentuk muka buminya. Terdapat sembilan kriteria yang telah dipertimbangkan bagi penentuan kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Daerah Johor Bharu, iaitu kawasan kadar jenayah tinggi, kawasan bandar besar, jaringan jalan perhubungan yang baik, tidak berhampiran dengan kampong, kemudahan sedia ada, kejiranan dan persekitaran, aksessibiliti, jenis perumahan komuniti berpagar dan topografi. Hasil kajian mendapati kriteria kawasan kadar jenayah tinggi merupakan lokasi yang paling sesuai dalam pembangunan lokasi perumahan komuniti berpagar. Kriteria yang dicadangkan boleh dijadikan panduan dalam perancangan pemajuan komuniti berpagar khususnya kepada pihak berkepentingan. Perancangan yang efektif akan mendatangkan kesejahteraan kepada komuniti berpagar.

 

 

Kata kunci: kesesuaian, komuniti berpagar, lokasi, mampan, pembangunan, perumahan

 

Abstract

 

The location of Gated Communities in unplanned locations would bring about negative implications to sustainable governance of a township. In current practice, few housing developments place sufficient importance on planning for the appropriate location of Gated Communities. The selection of appropriate sites for the development of gated housing communities is often compromised by the lack of indicators or guidelines to prioritize selection criteria when planning their location. This study employed quantitative and qualitative methods to examine the criteria that determine the suitability of locations for the development of gated housing. The quantitative approach involved a random sampling of 363 respondents from the Johor Bahru area who participated in a questionnaire survey regarding their views on the suitability of locations for gated residential communities. The qualitative assessment was undertaken by five individuals who were representatives of a housing developer and of the Town and Country Planning Department of the State of Johor. Our findings indicated that, hitherto, criteria for the locations of gated housing communities would depend largely on the state’s policies for development and on the nature of the terrain. Nine criteria were proposed for the selection of such suitable sites in the Johor Bahru area. These were high crime rate, high urbanization, linkage to a good network of roads, being not too close to an existing village (which might reduce its perception of exclusivity), good amenities, good neighbourhood and environment, accessibility, type of gated community housing and topography. This study arrived at the general conclusion that areas with high crime rate are suitable as sites for gated housing communities. The proposed criterion can be used as a guide in the development of gated community development plans, especially to the stakeholders. Effective planning will bring prosperity to the gated community.

 

Keywords: suitability, gated community, location, sustainable, development, housing


Full Text:

PDF

References


Ajibola, M., Oloke, O. C., & Ogungbemi, A. O. (2011). Impacts of gated communities on residential property values: a comparison of ONIPETESI Estate and its neighbourhoods in IKEJA, Lagos State, Nigeria. Journal of Sustainable Development, 4(2).

Blakely, E., & Snyder, M. (1997). Fortress America-Gated communities in the United States. Washington, USA, Lincoln Institute of Land Policy.

Blakely, E. J., & Snyder, M. G. (1999). Fortress America-Gated communities in the United States. USA, Brookings Institution Press.

Clarke, P. (2004). Developing a gated community, seminar gated and guarded communities, Hotel Istana in Kuala Lumpur.

Dzul Ashrai Abu Bakar, & Hamzah Jusoh. (2017). Kesejahteraan komuniti dalam skop perumahan mampu milik mampan. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 13(2), 97-114.

Elhadary, Y., & Ali, S. (2017). A new trend in urban housing: Gated communities in Khartoum, Sudan. American Journal of Sociological Research, 7(1), 45-55.

Georjeanna, W. D. (2000). An exploration of sense of community and fear of crime in gated communities. Environment and Behavior, 32, 597.

Grant, J., & Mittlesteadt, L. (2004). Types of gated communities. Environment and Planning B: Planning and Design, 31, 913-930.

Hamdan Mohd Kassim. (2006). Pembangunan pangkalan data sistem maklumat Geografi Negeri Sembilan Darul Khusus (GIS9): Aplikasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kertas Seminar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ismar M. S. Usman, Nur Akmal Goh Abdullah, Zuhairuse Md. Darus, Nik Lukman Nik Ibrahim, Mazlan Mohd Tahir, Abdul Halim Ismail, & Azimin Samsul Tazilan. (2007). Komuniti berpagar, perkembangan dan isu-isu sosial, Department of Architecture, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Peter, J., David, A., David, H., Daphe, C., & Peter, S. (2003). Gated residential developments in the United Kingdom. Management Research News, 26(12), 12-19.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W., (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. (2010). Laporan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Lorenzo, Ar. & Clarissa M. (2016). Filipino culture of filling up space in a gated community. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 216, 545-551.

Mohd Sanusi S. Ahamad. (2007). Kesan pembuat keputusan terhadap analisis kesesuaian tapak kawasan perindustrian GIS. Kertas Seminar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia.

Norazmin Adibah Othman. (2007). Kriteria Perancangan dalam Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar di Kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (MA dissertation). Retrieved from Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Obeng-Odoom, F., Elhadary Y., & Hae Seong Jang. (2013). Life within the wall and implications for those outside it: gated communities in Malaysia and Ghana. Journal of Asian and African Studies, 49(5), 544-558.

Raju K. A., Sikdar P. K., & Dhingra S. L. (1999). Micro-simulation of residential location choice and its variation. Civil Engineering Department, Indian Institute of Technology, Bombay, Powai, Mumbai 400 076, India.

Touman, A. (2002). Gated communities: Physical construction or social destruction tool? Grenoble, University Pierre Mendes France.

Zurinah Tahir, & Khadijah Hussin. (2011a). Security features in the gated community housing development. International Conference on Management (ICM 2011) Proceeding.

Zurinah Tahir, & Khadijah Hussin. (2011b). Suitable criteria for the location of gated community housing. International Building & Infrastructure Technology Conference. 45-51.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.