Aplikasi GIS dalam penilaian kawasan berisiko tinggi wabak denggi di Semenanjung Malaysia tahun 2016 (Application of GIS for Assessment of dengue risk areas in Peninsular Malaysia in 2016)

Azmaliza Kamis, Lam Kuok Choy

Abstract


Abstrak


Denggi merupakan masalah wabak utama di Malaysia. Peningkatan kes denggi berlaku secara drastik pada tahun 2014 hingga 2016. Kajian lepas telah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kes denggi iaitu faktor persekitaran, cuaca iaitu suhu, taburan hujan dan kelembapan, faktor guna tanah serta sosiodemografi masyarakat di Malaysia. Faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan lokasi kes denggi melalui teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Teknologi GIS telah digunakan dalam sektor kesihatan bagi pemetaan lokasi denggi dan meramal kawasan yang berisiko terjadinya kes denggi. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kawasan berisiko tinggi kes denggi, melihat hubungan kawasan berisiko tinggi dengan jenis kediaman dan hubungan antara kawasan berisiko tinggi kes denggi dengan populasi penduduk setempat. Kajian memberi tumpuan kepada 56 kawasan berisiko tinggi denggi bagi minggu ke-19 dan ke-22 tahun 2016. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pembangunan aplikasi GIS-DENGGI secara localhost yang menghubungkan Google Street View widget, data lokasi denggi, populasi penduduk dan sempadan mukim, daerah dan negeri dalam format map service. Hasil analisis mendapati mukim Pelentong dan Serendah mencatatkan kes tertinggi demam denggi berpanjangan, di mana kediaman jenis teres merupakan kawasan berisiko tinggi dan 45 peratus kawasan berisiko tinggi denggi berlaku di kawasan dengan jumlah penduduk di antara 0-100,000 orang. Kajian ini merupakan kajian awal yang dilakukan dalam tempoh masa singkat dengan menggunakan sampel yang kecil. Walau bagaimanapun, impak kajian dan pembangunan aplikasi ini membolehkan proses pengenalpasian lokasi kes denggi dan faktor yang terlibat dapat dilakukan dengan mudah. Ianya diharap dapat membantu sektor kesihatan awam dalam merangka strategi pencegahan denggi masa masa akan datang. Dicadangkan kajian lanjut dapat dilakukan menggunakan sampel data yang lebih besar dan lengkap bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kes denggi dengan lebih komprehensif.


Kata kunci: denggi, GIS, kawasan berisiko tinggi, penilaian kes denggi, Semenanjung Malaysia, Sistem Maklumat Geografi

 

Abstract


Dengue outbreak is a major problem in Malaysia. Dengue cases have increased dramatically from 2014 to 2015. Previous studies have identified the factors that contribute to the increase of dengue cases such as environmental, weather (i.e. temperature, rainfall and humidity), land use and the sociodemographic factors of Malaysia society. All the contributing factors can be related to the location of dengue cases using Geographic Information System (GIS). GIS technology has been used in the health sector for mapping the location of dengue and forecasting the risk area of dengue cases. The objectives of this study are to identify high-risk areas of dengue cases, shows the relationship between high risk areas and types of residential dwelling and to show the relationship between high risk areas of dengue cases and the number of local population. This study focuses on 56 dengues high-risk areas for the 19th and 22nd week of 2016. The GIS-DENGGI application is developed and hosted as localhost with links to the Google Street View widget, dengue location data, population data, and sub-district, district and state boundaries in map service format. The result of this study found that sub-district of Pelentong and Serendah were plagued by prolonged dengue cases, where terrace residential houses registered the highest number of hotspot locations and 45 percent of dengue hotspot occurred in the area with population 0-100,000 person. This is a preminary study conducted with small study samples within a short period. However, impact of this study and development of the GIS-DENGGI application enables the identifying the location of dengue cases and related factor easily. It is hope that the public health sector could benefit and use the application in designing dengue prevention strategies. A more comprehensive study should be done using larger and complete data sample to identify factor that affect dengue cases.


Keywords: dengue, GIS, high risk area, dengue assessment, Peninsular Malaysia, Geographic Information System

 

https://doi.org/10.17576/geo-2018-1402-04


Keywords


denggi, Sistem Maklumat Geografi, GIS-DENGGI, titik panas denggi, semenanjung Malaysia, penilaian kes denggi

Full Text:

PDF

References


Abu Bakar, A. N, & Suzana, M. H. (2004). Demam denggi di Temerloh: Satu analisis di lokaliti utama wabak. Malaysia Journal of Public Health Medicine, 4(1), 8-14.

Agensi Remote Sensi.

Aziz Shafie. (2006). Pembangunan pangkalan data ruangan bagi pengurusan dan pengawalan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah. Retrieved from http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/574/

Aziz Shafie. (2008). Aplikasi Sistem Maklumat Geografi bagi mengenal pasti kawasan berisiko tinggi bagi penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah di Georgetown, Pulau Pinang. Retrieved from Universiti Sains Malaysia.

Aziz Shafie. (2011). Evaluation of the spatial risk factor for high incidence of dengue fever and dengue hemorrhagic fever using GIS Application. Sains Malaysiana, 40(8), 937-943.

Changi General Hospital SingHealth. (2009). Segala-galanya mengenai Denggi. Retrieved from https://www.scribd.com

Er Ah Choy, Asmahani Atan, Mazrura Sahani, Rozita Hod, & Hidayatulfathi Othman. (2011). Analisis tren penyakit denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor. Malaysian Journal of Environmental Management, 12(2), 67-75.

Er Ah Choy, Elainie Mohd Khair, Asmahani Atan, Mazrura Sahani, & Zainudin Mohd Ali. (2011). Perubahan cuaca dan penyakit denggi: Kajian kes di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Jurnal e-Bangi, 6(1), 38-48.

Er Ah Choy, & Wayandiana Abdullah. (2016). Menangani wabak denggi di Malaysia: Satu tinjauan kaedah rawatan dan pencegahan. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 56-68.

Jabatan Meteorologi Malaysia. (2016). Berita/Peristiwa. Retrieved from http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/home.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2013). Kenyataan Akhbar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Malaysia harapkan tindakan bersepadu dunia terhadap denggi di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-66, di Geneva, Switzerland. Retrieved from http://www.moh.gov.my

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan mengenai Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia bagi Minggu 1/2016. Retrieved from http://www.moh.gov.my.

Mazrura Sahani, Hidayatulfathi Othman, Nadia Atiqah Mohd. Nor, Rozita Hod, Zainudin Mohd. Ali, Mohamad Naim Mohamad Rasidi, & Er Ah Choy. (2012). Kajian ekologi nyamuk aedes di Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia. Sains Malaysiana, 41(2), 261-269.

Mior Mohd Hadafi Ahmad Zahawir. (2009). Aplikasi Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi bagi pengawalan wabak denggi di Petaling Jaya, Malaysia. Retrieved from http://psasir.upm.edu.my

Mohamad Naim Mohamad Rasidi, Mazrura Sahani, Hidayatulfathi Othman, Rozita Hod, Shaharudin Idrus, Zainudin Mohd Ali, Er Ah Choy, & Mohd Hafiz Rosli. (2013). Aplikasi Sistem Maklumat Geografi untuk pemetaan reruang-masa: Suatu kajian kes denggi di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Sains Malaysiana, 42(8), 1073-1080.

Mohd Hazrin, Helen Huat Hiong, Nadzri Jai, Norzawati Yeop, Muhammad Hatta, Faizah Paiwai, Joanita, S., & Othman, W. (2016). Spatial Distribution of Dengue Incidence: A Case Study in Putrajaya. Journal of Geographic Information System, 8, 89-97.

Mokhtar Jaafar. (2012). Persepsi pelajar geografi terhadap GIS. Geografia Malaysia Journal of Society and Space, 8(9), 97-109.

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia. (2014). Demam Denggi. Retrieved from: http://www.pku.upm.edu.my

Rosmadi Fauzi. (2015). Isu, cabaran dan prospek aplikasi dan pelaksanaan Sistem Maklumat Geografi di Malaysia: Satu Pengamatan. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11(2), 118-127.

Shaharudin, I., Shamsul A.S., Tahir, A., Mariam, M., Azah, D., & Nik Shamsidah, N.I. (2012). Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan sektor kesihatan awam: Kajian demam denggi di Bandar Baru Bangi dan Kajang. Jurnal Kesihatan Masyarakat, Isu Khas.

Sofian Baharom. (2016). Kes denggi dijangka naik 50 peratus. Retrieved from http://www.utusan.com.my

Universiti Malaysia Sabah. (2014). Remote Sensing & GIS. Retrieved from http://www.ums.edu.my/fksw

WHO. (2006). Geographic Information Systems (GIS). Retrieved from http://www.who.int/ topics/geographic_information_systems/en/


Refbacks

  • There are currently no refbacks.