Bencana banjir dan tahap pengetahuan penduduk terhadap pengurusan banjir di Serian, Sarawak (Flood disaster and the resident’s level of knowledge on flood management in Serian, Sarawak)

Siti Nurul Annisa Temrin, Azahan Awang

Abstract


Abstrak

 

Bencana banjir merupakan fenomena yang terjadi samada secara mengejut atau tiba-tiba mahupun secara berperingkat atau mengambil masa. Oleh itu, tahap kesiapsiagaan penduduk dari masa ke semasa adalah penting bagi memastikan tahap risiko dan impak bencana banjir dapat dikurangkan. Artikel ini menghujahkan bahawa aspek pengurusan banjir di Sarawak memerlukan pengetahuan penduduk terhadap punca, proses dan kesan bagi mengurangkan risiko banjir terhadap mereka. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai tahap pengetahuan penduduk mengenai risiko, bahaya dan bencana banjir; mengkaji punca, proses dan kesan berlakunya bencana banjir dari sudut perspektif penduduk. Malah, kajian turut mengenalpasti pandangan dan cadangan bagi mengurangkan risiko dan kesan bencana banjir ke atas penduduk. Kawasan kajian memfokus kepada Daerah Serian, Sarawak. Kaedah kaji selidik telah digunakan dan hasil kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif (peratusan, sisihan piawai, min dan mod) serta inferensi (perbandingan min). Hasil kajian mendapati majoriti penduduk mempunyai pengetahuan terhadap risiko, bahaya dan bencana banjir. Kebanyakan penduduk juga didapati peka akan punca, proses dan kesan berlakunya banjir di Serian, Sarawak. Mereka sedar akan aktiviti pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka di samping peka akan masa surutnya banjir dan kemungkinan untuk air naik sekiranya hujan lebat berterusan melanda kawasan masing-masing. Selain itu, penduduk juga cenderung untuk melakukan penyesuaian terhadap kejadian banjir di samping memberikan cadangan dalam mengurangkan risiko dan impak bencana tersebut ke atas mereka.

 

Kata kunci: bahaya banjir, kesan banjir, punca banjir, risiko banjir, sistem pengurusan banjir, tahap pengetahuan penduduk

 

Abstract

 

Flood disaster is a phenomenon that occurs suddenly or gradually. Therefore, the level of preparedness among resident is really important and it has to be upgraded over time to reduce the risk and impact of the disaster. This article argues about the needs of flood disaster knowledge among the resident of Sarawak and it focused on the causes, process and effects of flood disaster. The objective of this study is to evaluate the level of flood disaster knowledge of Serian’s resident, Sarawak regarding the risks, hazard and flood disaster; to examine the causes, processes and impacts of flood disaster from the residents' perspectives; and to identify their perceptions and suggestions in reducing the risk and impacts of flood. The study area focuses on Serian disrict of Sarawak and the main source of data collected in this study is from the questionnaire survey method. Thesurvey data is analyzed using the descriptive analysis (percentage, standard deviation, mean and mode) and inferential analysis (comparison of means). The result of this study showed that the majority of the residents had knowledge on the risks, hazards and flood disasters including the awareness of causes, processes and impacts of floods in their area. They are also aware of the development activities which is happening around them as well as the rising and receding timing of floods in their respective areas. In addition, the residents also tend to adapt to the flood events as well as providing recommendations in reducing the risks and impacts of this disaster.

 

Keywords: flood hazard, flood effects, flood causes, flood risk, flood management system, residents’ knowledge

 


Full Text:

PDF

References


Baharuddin Yatim, Maimon Abdullah, Salmijah Surif (2012a) Banjir: Bencana alam. In: Baharudin Yatim et al. (eds) Banjir besar Johor, pp. 13-18. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Baharuddin Yatim, Maimon Abdullah, Salmijah Surif (2012b) Beberapa peristiwa banjir besar dan tindakan mengawal banjir di Malaysia. In: Baharudin Yatim et al. (eds) Banjir Besar Johor, pp. 19-30. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Ching YC, Baharudin Y, Mohd Ekhwan T, Lee YH, Maimon A, Salmijah S (2013) Impact of climate change on flood risk in the Muar River Basin of Malaysia. Disaster Advances 6, 11-17.

Ferguson B (1998) Introduction to stormwater: Concept, purpose, design. John Wiley & Sons, Inc, New York.

Haliza Abdul Rahman (2009) Suatu tinjauan terhadap permasalahan banjir kilat di Lembah Klang. In: Nasir Nayan et a. (eds) Persekitaran fizikal di Malaysia: Isu dan cabaran semasa, pp. 31-43. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Jabatan Pengairan dan Saliran (2011) Pengurusan banjir: Program dan aktiviti [Cited 19 May 2016]. Available from: www.water.gov.my.

Noorazuan Md Hashim, Asmala Ahmad (2007) Tepubina bandar: Isu dan kaitannya dengan kesihatan ekosistem lembangan saliran. Malaysian Journal of Society and Space 4, 1-20.

Noorazuan Md Hashim, Sulong Muhamad, Kadaruddin Aiyub, Norhayati Yahya (2011) Pembangunan tanah hutan dan fenomena banjir kilat: Kes Sungai Lembing, Pahang. Jurnal e-Bangi 6, 155-169.

Noor Syamimi Ishak, Azharudin Mohamed Dali, Mohamad Rodzi Abdul Razak (2014) Sejarah banjir besar di Semenanjung Malaysia, 1926-1971. Jurnal Perspektif 6, 54-67.

Paimin, Sukresno, Irfan Budi Pramono (2009) Teknik mitigasi banjir dan tanah longsor. Tropenbos International Indonesia Programme, Indonesia.

Pejabat Daerah Serian (2016) Profil daerah [Cited 18 May 2016]. Available from: www.seriando.sarawak.gov.my.

Sarawakiana (2016) Najib tinjau perkampungan terjejas banjir [Cited 14 May 2016]. Available from: www.sarawakiana.net.

Sharifah Meryam Shareh Musa, Haryati Shafii (2012) Pengurusan sistem saliran dalam menangani masalah banjir di Batu Pahat, Johor. In: Sharifah Meryam Shareh Musa et al. (eds) Isu-isu alam sekitar dan kelestarian, pp. 125-146. Penerbit UTHM, Batu Pahat.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Jamaluddin Md Jahi (2012) Analisa penglibatan masyarakat dalam sistem pengurusan banjir di Lembangan Kelantan. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 5 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Lingkungan di Alam Melayu, hlm. 821-831.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.