Isu keselamatan dalam kesejahteraan komuniti ‘kampung dalam bandar’ di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman (The safety issue in the welfare matrix of the urban village community of Alor Setar City, Kedah Darul Aman)

Mohamad Shaharudin Samsurijan, Mohd Yusof Hussain, Azima Abd. Manaf, Rosniza Aznie CR, Novel L, Mohd Fuad MJ

Abstract


Aspek keselamatan merupakan isu penting dalam kehidupan masyarakat tidak kiralah samada di bandar atau luar bandar. Pengukuran aspek keselamatan ini seringkali digunakan oleh penyelidik sebagai faktor pengukur tahap kesejahteraan hidup penduduk. Kajian ini telah memilih aspek keselamatan sebagai fokus kajian dalam mengukur kesejahteraan hidup penduduk “kampung bandar” di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji persepsi penduduk “kampung bandar” terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka dari aspek keselamatan. Seramai 132 responden telah terlibat, yang mana mereka ini terdiri daripada 30% daripada jumlah ketua isi rumah yang telah dipilih secara rawak di kedua-dua kampung berkenaan (81 orang di Kampung Berjaya dan 51 orang di Kampung Mempelam). Kajian ini telah menganalisis tiga peringkat ancaman keselamatan yang sering dihadapi oleh penduduk. Peringkat (i) persepsi penduduk terhadap kejadian bencana alam yang berlaku di kampung itu; (ii) persepsi penduduk terhadap kejadian-kejadian yang boleh mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di dalam kampung dan (iii)persepsi penduduk terhadap tahap keselamatan di dalam kampung berkenaan. Hasil yang diperolehi bagi peringkat (i) penduduk “kampung bandar” berhadapan dengan ancaman banjir; pada peringkat (ii) penduduk “kampung bandar” seringkali diancam ancaman pecah rumah dan ragut; dan pada peringkat (iii)telah menunjukan penduduk di Kampung Mempelam lebih berasa selamat dan paling kurang berhadapan dengan ancaman keselamatan berbanding dengan penduduk di Kampung Berjaya. Ini menunjukan persepsi penduduk terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka masih memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib.

Katakunci: bencana alam, kampung bandar, kesejahteraan, keselamatan, komuniti lokal, tanggapan ancaman

Safety is an important issue in both urban and rural areas as it is an important indicator in gauging the level of well-being. This study takes a close look at safety as a measure of well-being among the urban villagers of Kampung Berjaya and Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah. A total of 132 respondents constituting 30% of the total household heads was randomly selected and interviewed . Respondents were administered with questionnaires pertaining to their perception of natural disasters, of incidents that could threaten tcommunity safety , and of the existing safety level in the village.The results obtained respectively were perceived threats of floods; community wellbeing deemed unsafe because of the occurances of burglary and theft; and respondents in Kampung Mempelam expressed feeling safer than those of Kampung Berjaya. In conclusion, these perceptions of the local members of the urban village community point to the fact that they were still in need of systematic attention from the relevant authorities.

Keywords: local community, natural disaster, perceived threats, safety, urban villages, well-being


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.