UKM sebagai kampus lestari: Tinjauan awal pengetahuan, kesedaran dan penglibatan pelajar dan kakitangan di Kampus UKM Bangi (The UKM as a sustainable campus: A preliminary inquiry into the knowledge, awareness, and participation of students and staff in the Bangi campus)

Norfadillah Derahim, Halimaton Saadiah Hashim, Noraziah Ali, Sarah Aziz

Abstract


Pada tahun 2007, UKM telah melancarkan Program UKM Lestari bertujuan untuk merialisasikan pembangunan lestari yang berteraskan pengintegrasian dan pembangunan keseluruhan universiti. Pelbagai usaha penyelidikan dan pembangunan telah dilaksanakan oleh Kelompok Penyelidikan Kampus Lestari menerusi Program UKM Lestari. UKM juga telah melancarkan Piagam UKM Lestari yang merupakan iltizam universiti untuk mengamalkan pembangunan lestari sepenuhnya menjelang 2020 dan menggariskan beberapa prinsip dan program perlaksanaan. Untuk menjayakan usaha ini, UKM memerlukan sebuah komuniti yang bukan sahaja memahami dan menyedari tentang pembangunan lestari dan kepentingannya, bahkan mengamalkan budaya kelestarian dalam kehidupan seharian untuk membantu menyokong idea pembangunan kampus lestari di UKM. Golongan kakitangan dan pelajar merupakan salah satu daripada komuniti penting di UKM, tambahan pula merupakan komuniti majoriti di universiti. Penyelidikan ini penting untuk mengetahui tahap pengetahuaan, kesedaran dan penglibatan kakitangan dan pelajar UKM terhadap kelestarian. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui tahap kepuasan warga UKM terhadap pengurusan berkaitan kelestarian di universiti. Responden kajian terdiri daripada 425 kakitangan dan 2295 pelajar. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata dari setiap pusat tanggungjawab (PTJ) di kampus induk UKM di Bangi. Hasil kajian mendapati jurang dan kelemahan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar, merupakan cabaran utama kepada pihak pentadbiran UKM ke arah mewujudkan kampus lestari. Sementara bagi tahap pengetahuan dan kesedaran kakitangan berkaitan kelestarian di UKM,adalah di peringkat baik. Pengurusan UKM perlu merangka dan melaksanakan program pembinaan keupayaan kelestarian pelajar dan kakitangan dengan lebih teratur dan berterusan untuk membangunkan sebuah kampus lestari menjelang 2020.

Katakunci: budaya lestari, kampus lestari, kesedaran alam sekitar, komuniti kampus, pembangunan lestari, pengetahuan lestari

The UKM’s sustainable campus programme which was launched in 2007 on the basis of the integrated development of the university obviously required the functioning of a staff and student community which did not just understand the importance of sustainable development but also had the will to assimilate the sustainability culture in their daily life . This study was conducted to gauge the campus community’s level of satisfaction with the sustainability management in university’s Bangi campus. The respondents included 425 of staff and 2295 of students selected by means of a stratified random sampling . The study found critical gaps and weaknesses in the students' knowledge and awareness which posed a major challenge to the UKM administration in creating a sustainable campus. On the other hand, the level of knowledge and awareness on the part of the staff was good . The findings meant that the UKM's management had to enhance it sustainability capacity building programme for students as well as staff if it were to achieve its goal of developing a sustainable campus by 2020.

Keywords: campus community, environmental awareness, environmental knowledge, sustainability culture, sustainable campus, sustainable development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.