Dilema perumahan penduduk tempatan Bukit Fraser dalam arus pembangunan ekopelancongan (Ecotourism development and the housing dilemma of t he local community: The case of Fraser’s Hill)

Rosniza Aznie CR, Asmah A, Zaini S, Abdul Rahim MN, Rosmiza MZ, Novel L, Mohd. Fuad MJ, Jumaat A, Ah Choy Er, Mohd Yusof Hussain

Abstract


Konsep perumahan bukan hanya setakat menyediakan tempat berteduh, tetapi mencakupi komponen prasarana/infrastruktur, kemudahan awam dan perkhidmatan sosial, alam persekitaran dan komuniti. Setiap komponen yang tersenarai memerlukan perancangan penyediaan dan pengagihan supaya kawasan perumahan memenuhi kehendak penduduknya kerana ia melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik akibat beberapa kriteria yang seragam dalam lingkungan yang dibentuk. Tujuan kajian ini ialah memantau kesejahteraan penduduk tempatan dalam aspek perumahan di Bukit Fraser yang merupakan destinasi eko pelancongan tersohor di negeri Pahang. Kajian mendapati saiz rumah, reka bentuk rumah, susunatur perumahan, rekabentuk jalanraya, bilangan lampu jalan, kemudahan tempat beribadah, kemudahan tempat pembuangan sampah sarap berpusat dan berhampiran kawasan tempat
tinggal, dan kemudahan bagi penduduk lama sebagai faktor-faktor perumahan yang mempengaruhi kualiti kesejahteraan hidup penghuni di Bukit Fraser.

Katakunci: Bukit Fraser, eko pelancongan, kesejahteraan , pelancongan, pembangunan, perumahan penduduk

Housing is not just about providing shelter but also about providing public infrastructure , public facilities, social services, and environmental services for the benefit of the local community. Each of these housing components requires preparation and distribution planning so as to best meet the need of the local community. This should be in tandem with the changing environment in the course of local social-physical development such as that brought about by ecotourism. This study takes a look at the way housing influences the well being of local residents in Fraser's Hill as a renowned eco-tourism destination in the state of Pahang. It was found that house size, house architecture, housing layout, road layout, number of street light, conveniently located worship and waste dumping facilities, and facilities for senior residents were critical housing elements that determined the wellbeing of residents at Fraser’s Hill.

Keywords: development, eco-tourism, Fraser's Hill, local residents, tourism, well-being


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.