Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak (The potential of recreational ecotourism attractions at Sungai Klah Hot Springs Recreational Park, Perak)

Rosniza Aznie CR, Mohd Azlan Abdullah, Rozalini R, Rosmiza MZ, Abdul Rahim MN, Mohd Fuad MJ, Novel L

Abstract


Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai terletak di pedalaman FELDA, merupakan destinasi ekopelancongan baru berasaskan alam semula jadi iaitu sumber mata air panas dan air gunung yang diuruskan oleh Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi Taman Rekreasi Air Panas (TRAP ) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah sebagai produk pelancongan FELDA, meneliti aktiviti rekreasi dan daya tarikan yang terdapat di TRAP, menilai kemudahan dan persekitaran yang disediakan, dan menilai persepsi pelancong terhadap TRAP. Seramai 50 orang pelancong yang terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Kaedah kaji selidik digunakan dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelancong yang datang ke TRAP bertujuan untuk bermandi-manda, melakukan aktiviti merebus telur, berjalan di laluan titi kayu sambil memerhatikan flora, fauna dan sumber mata air panas yang menjadi terapi sauna semulajadi ketika berjalan di laluan titi kayu tersebut. Pelancong yang datang kebanyakannya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan terdapat juga segelintir pelancong yang kurang berpuas hati terhadap kemudahan pengangkutan, kemudahan rekreasi, penginapan dan bayaran masuk. Walau bagaimanapun, pelancong masih lagi ingin berkunjung ke TRAP memandangkan destinasi ini menarik dan berpotensi untuk maju di masa hadapan.

Katakunci: air panas, ekopelancongan, FELDA, rekreasi, tarikan, TRAP

FELDA Sungai Klah’s Hot Springs Park (HSRP), located in the interior of Sungkai, is a new eco-based hot springs and mountain water park that is managed by the Plantation Sdn. Bhd (PRSB). This study examines the potential of the HSRP as a FELDA tourism product, reviews the recreational activities and attractions available in the HSRP, and the tourist perceptions of HSRP. About 50 tourists were selected randomly for this study. Their responses were analyzed using the 15.0 version of the SPSS program. The result of the study showed that tourists
came for swimming, egg boiling and trailling while watching the flora and fauna, and natural sauna therapy from the hot springs . Most tourists were satisfied with the facilities provided although some were less satisfied with the ease of transportation, recreational facilities, accommodations and entrance fees. However, most tourists planned to visit the HSRP again in the future.

Keywords: ecotourism, FELDA, hot spring, recreational, HSRP, tourist attraction


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.