Majlis Belia Malaysia: Quo vadis transformasi era semasa (Malaysia Youth Council: Quo vadis transformation in the contemporary era)

Haslinda Abdullah, Dzuhailmi Dahalan, Azimi Hamzah, Ismi Arif Ismail, Ezhar Tamam, Abdul-Lateef Abdullah, Sarjit S. Gill, Nobaya Ahmad, Turiman Suandi

Abstract


Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga dikenali sebagai Majlis Belia Kebangsaan merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang suaranya diiktiraf bagi mewakili generasi belia di Malaysia. MBM dirangka agar dapat berfungsi sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan dalam menyelaras semua pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya. Penubuhan MBM di bawah Peruntukan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bertujuan bagi menggalak dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara, merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang, dan memupuk sikap bertanggungjawab, patriotisme dan kesukarelawanan dalam kalangan pertubuhan belia. Namun, apakah MBM pada saat ini telah menjelma dalam erti kata sebenar iaitu sebagai pemangkin pembangunan belia di Malaysia secara holistik? Menggunakan maklumat sekunder makalah ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang status MBM dalam memainkan peranan seperti yang digalurkan. Apakah kehadiran MBM telah dirasai oleh generasi belia di Malaysia secara keseluruhan? Di dalam mendahulukan kepentingan belia di Malaysia, apakah “hubungan istimewa” MBM dengan generasi belia pada saat ini boleh dianggap melebihi “hubungan istimewa” dengan pihak ketiga sehingga MBM dianggap dekat di hati belia dan integritinya tidak dipersoalkan sama sekali? Penilaian awal ini menunjukkan bahawa MBM cenderunguntuk terikat dengan perancangan bersifat dari atas ke bawah. Dalam perancangan seperti ini matlamat dan cara untuk mencapai sesuatu keputusan banyak ditentukan oleh pihak pemerintah. Lebih malang lagi, MBM dilihat tidak lebih daripada penyediaan gelanggang pendakian pemimpin politik yang bakal ditonjolkan pada masa hadapan. Justeru itu, makalah ini membuka ruang perbincangan tentang isu belia dari sudut yang pelbagai demi membina keupayaan generasi tersebut pada masa hadapan.

Katakunci: Majlis Belia Malaysia (MBM), pembangunan belia, peranan belia, perancangan dari atas ke bawah, pemimpin politik, relevansi MBM

Malaysia Youth Council (MBM) which is also known as National Youth Council is a non-governmental organization (NGO) accredited to represent voice of youth generation in Malaysia. MBM functions as a parent body of youth organization at national level. MBM establishment is under the enactment of Youth Organization and Development Act 2007 and it is aimed to boost and motivate youth organizations to play positive and effective role towards society and country, stimulate and create relationship, cooperation, understanding and brotherhood among youth organizations and youth who are balanced in various fields, and nurture responsibility attitude, patriotism and volunteerism among youth organizations. However, does MBM at this moment have transformed in true sense as Malaysian youth development catalyst holistically? Using secondary information the present article aims at conducting a preliminary assessment on the status of MBM in performing the above functions. Does MBM presence being felt by youth in Malaysia completely? In prioritizing the concern of youth in Malaysia, does “the special relationship” with MBM and youth generation nowadays could be regarded exceeding “special relationship” with the third party thus MBM considered to be near youth heart and its integrity is unquestionable? Through observation, MBM is viewed as more restricted to the top-down planning, whereby according to Asnarulkhadi (2009), it is a usual practice in this kind of planning that the objectives and medium to achieve decision mostly determined by the leaders. Most unfortunate, there are several pessimistic opinions that see MBM no more than a stepping stone to political leader that will be highlighted in the future. Hence, this article provides space for discussion on issue raised from various perspectives without involvement of personal interest apart from empowering Malaysian youth in near future.

Keywords: Malaysia Youth Council (MBM), political leaders, relevancy of MBM, the role of youth, top-down planning, youth development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.