Memajukan petani kecil Melayu menerusi Pertanian Kontrak - Persepsi dan penilaian peserta projek dan komuniti tempatan (Advancing Malay small scale farmers through contract farming – Perception and evaluation of project participants and local communities)

Amriah Buang, Mohd Azlan Abdullah, Rosmiza Mohd Zainol

Abstract


Dasar Pertanian Negara (DPN 3, 1998-2010) Malaysia menetapkan Pertanian Kontrak (PK) sebagai program berimpak tinggi yang akan mampu melonjakkan pengkomersilan pertanian berskala kecil sekaligus mencergaskan pengeluaran makanan agro yang agak longlai di negara ini. Kertas ini membentangkan dapatan dari kajian yang baru dijalankan mengenai tanggapan dan penilaian 207 peserta Melayu projek PK yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan 200 responden dari kalangan komuniti tempatan di zon utara Semenanjung Malaysia. Analisis dapatan ini (1) peserta aktif projek PK anjuran FAMA ini hanya membentuk 65.7 peratus sahaja daripada keseluruhan bilangan petani kecil Melayu yang menyertai program ini, iaitu mereka yang secara konsisten membuat hantaran hasilan kepada FAMA jaminan harga FAMA meskipun harga ini di bawah paras harga pasaran semasa; (2) lebih separuh (51.2%) peserta projek PK merasa terperangkap dengan penetapan harga yang sentiasa rendah oleh FAMA, lebih-lebih lagi memandangkan kos pengurusan dan penyenggaraan tani yang sentiasa meningkat; (3) kegagalan para peserta projek umumnya untuk menepati peraturan ketat FAMA mengenai kualiti dan kuantiti hasil tani yang harus dihantar kepada FAMA yang sebenarnya mencerminkan kepincangan khidmat kembangan pada pihak agensi kerajaan sendiri; dan (4) majoriti yang agak besar (65%) dari kalangan komuniti tempatan yang menyatakan rasa tidak menyesal sama sekali kerana tidak menyertai projek PK anjuran FAMA lantaran tidak yakinnya mereka bahawa projek tersebut akan meningkatkan pendapatan mereka. Justru dapatlah dirumuskan bahawa oleh kerana program PK FAMA tidak begitu menunjukkan kejayaan maka ianya tidaklah dapat dianggap sebagai mekanisma yang berkesan untuk memajukan petani kecil Melayu.

Katakunci: harga pasaran, harga terjamin, khidmat kembangan, komuniti tempatan, pertanian kontrak, peserta projek

Malaysia’s third National Agriculture Policies (NAP 3, 1998-2010) stipulates Contract Farming (CF) as a high impact programme that will spearhead advanced commercialisation of small scale farming while revamping the rather anaemic agrofood production in the country. This paper presents the findings of a recent study on what 207 Malay participants of CF projects organised by the Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) and 200 respondents of the surrounding Malay local communities in northern Peninsular Malaysia thought of the CF programme. It was found that (1) the number of active participants who consistently delivered produce to FAMA fell below that of the total number of the project participants i.e. at 65.7 per cent; (2) significantly, 51.2% of the CF project participants felt trapped by FAMA’s statically low pricing, especially in the wake of ever rising maintenance costs; (3) participants generally were not able to comply with FAMA’s strict rulings with regard to the quality and quantity of produces to be delivered, which in fact was reflective of the shortcomings on the part of government agencies’ extension services themselves; and (4) a large majority (65%) of the local communities expressed their non-regrets about not participating in the FAMA’s CF projects at all as they were not convinced that doing so would dramatically increase their income. It may be concluded, therefore, that the FAMA’s CF programme has had very limited success and as such could not be regarded as an effective mechanism to further develop Malay small scale farmers.

Keywords: contract farming, extension services, guaranteed prices, local communities, market prices, project participants


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.