Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor (Water Quality Index (WQI) of the Selangor River after the construction of the Selangor River Dam)

Mokhtar Jaafar, Asmah Ahmad, Zaini Sakawi, Maimon Abdullah, Norela Sulaiman, Normukhnun Mokhtar

Abstract


Kajian ke atas kualiti air Sg. Selangor telah dilakukan pada tahun 2008 bagi menentukan Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor. Hasil kajian mendapati IKA keseluruhan Sg. Selangor berada dalam Kelas III tetapi IKA bahagian hiliran berada dalam Kelas IV. Parameter BOD dan NH4 adalah dua parameter IKA yang paling tinggi kadar konsentrasinya dalam aliran Sg. Selangor. Tahap IKA ini menunjukkan Sg. Selangor mengalami pencemaran tahap tercemar yang memerlukan rawatan air secara intensif. Kemerostan IKA Sg. Selangor pasca-pembinaan Empangan Sg. Selangor sangat dipengaruhi oleh perubahan gun tanah semasa yang berlaku dalam Lembangan Sg. Selangor terutama aktiviti pertanian, pembangunan bandar dan perumahan. Proses pemonitoran secara berterusan harus dilaksanakan bagi memastikan tahap kualiti air Sg.Selangor terus terjamin baik bagi kelangsungan aktiviti sosio-ekonomi di hiliran sungai.

Katakunci:eko-pelancongan, Empangan Sg. Selangor, IKA, kelip-kelip, kualiti air, Laporan Terperinci Penilaian Impak Alam Sekitar

A study of Sg. Selangor Water Quality Index (WQI) after the construction of Sg. Selangor Dam has been conducted in 2008. The results show that the overall WQI of Sg. Selangor may be categorized as Class III. However, the downstream part of Sg. Selangor could be categorized as Class IV. With concentrations of BOD and NH4 being the highest reported among the WQI parameters, it can be concluded that Sg. Selangor is in need of an intensive treatment to stabilise its water quality. The degradation of the river water quality could be linked to recent changes in land use within the Sg. Selangor Basin, especially with regard to agricultural activities, urban development and housing schemes. A continuous monitoring process should be implemented to ensure that Sg. Selangor can sustain the various socio-economic activities happening on the downstream part of the river.

Keywords: Detailed Environmental Impact Assessment, eco-tourism, firefly, Sg. Selangor Dam, water quality, WQI


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.