Pemantauan keberkesanan pembangunan wilayah Malaysia dalam aspek penduduk tempatan di Iskandar Malaysia (The social impact of Iskandar Malaysia regional development on the local population – an overview)

Rosniza Aznie Hj. Che Rose, Abdul Rahim Md Nor, Asmah Ahmad, Amriah Buang, Rosmiza Mohd Zainol

Abstract


Konsep pembangunan wilayah melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan
yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik akibat beberapa kriteria yang seragam dalam lingkungan yang dibentuk. Sejak merdeka, Malaysia telah membangun dengan pesat dan kejayaan ini terbukti dengan kemajuan fizikal yang telah dicapai sehingga kini. Kemajuan lazimnya diukur berdasarkan faktor ekonomi dengan pendapatan per kapita digunakan sebagai petunjuk utama. Walau bagaimanapun, petunjuk yang merangkumi dimensi pembangunan lain juga perlu diambil kira untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai pembangunan. Tujuan kajian ini ialah memantau keberkesanan Dasar Perancangan Wilayah Malaysia dan mengenalpasti kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk tempatan di Bandar Johor Bahru yang merupakan perintis pembangunan di Iskandar Malaysia dalam aspek perumahan.


Katakunci: Dasar Perancangan Wilayah Malaysia, Iskandar Malaysia, kesejahteraan, kualiti hidup,  pembangunan wilayah, penduduk tempatan


The concept of regional planning entails changes by which an entire society and social system move away  from a condition of life widely perceived as unsatisfactory towards that generally regarded as better . This study overviews the impacts of Johor Bahru urbanisation development on the quality of life and wellbeing of the local population within the context of the Iskandar Malaysia regional development. Findings revealed the
rise of a host of new issues and challenges including the provision of adequate basic amenities , employment
and housing for urban residents, the influx of rural migrants and foreigners, urban poverty, environmental
degradation, traffic jams, crimes, the threat on neighbourhood security and moral decay.


Keywords: Iskandar Malaysia, local population, quality of life, regional development, regional planning policy, social well-being, urbanisation


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.