Kuasa maritim China di rantau Asia: Satu analisis (China’s maritime power in Asia: An analysis)

Noraini Zulkifli, Sharifah Munirah Alatas, Zarina Othman

Abstract


Kebangkitan tentera laut China seringkali dipamerkan sebagai satu kuasa yang ingin menakluk wilayah maritim lain. Lebih daripada itu pemodenan aset yang telah dilakukan oleh negara tersebut juga seringkali dirujuk sebagai kebangkitan yang bersifat ingin mendominasi dan menjadi kuasa unipolar di Asia. Namun sejauh manakah kebangkitan dan permodenan ketenteraan China itu memberikan kesan negatif kepada negara lain? Dengan menggunakan data primer dan sekunder tahun 2001-2014, kajian ini meneliti sebab China memodenkan aset ketenteraannya dan tentera lautnya di sekitar rantau Asia. Data primer dikumpulkan melalui temu bual berstruktur dengan informan yang mempunyai pengkhususan dalam bidang hubungan antarabangsa. Data sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, tesis, artikel jurnal, atau data atas talian. Hasil analisis menunjukkan bahawa kebangkitan dan pemodenan aset ketenteraan laut China adalah untuk menjaga kepentingan nasionalnya. China juga tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kuasa unipolar di Asia apatah lagi di dunia.

Katakunci: China, ekonomi, kepentingan nasional, ketenteraan, strategi String of Pearls, unipolar

The Chinese naval power is often portrayed as a force which wants to conquer other maritime provinces. More than that military asset modernization by China was often cited as another pointer to the country’s intent to dominate and become a unipolar power in Asia. But to what extent does the rise and the modernization of the Chinese military bear negative implications to other countries? Using primary and secondary data between 2001 and 2014, this study examined the reasons for both the modernization of the Chinese navy and that of its assets in the Asian region. The primary data were collected from structured interviews involving informants specialized in international relations. Secondary data were collected from scientific material, theses, journal articles, or online data. The findings revealed that China modernize its naval assets mainly to secure its national interests. China has no ambition to be a unipolar power in Asia or the world.

Keywords: China, naval assets, national interests, military, String of Pearls, unipolar power


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.