Pengintegrasian elemen pendidikan dalam pembangunan produk rekreasi di Tapak Warisan Dunia Melaka: Pendekatan pengusaha pelancongan (Integrating educational elements in recreational tourism development of the Melaka World Heritage Site: Approaches from tourism providers)

Sri Winarni Samsir, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Er Ah Choy, Amriah Buang, Mastura Mahmud, Hazita Azman, Siti Kasmera Ariffin, Kiki Rizki Makiya

Abstract


Pendidikan adalah bahagian yang penting dalam pembangunan produk pelancongan, terutama di Tapak Warisan Dunia. Pengusaha pelancongan sememangnya mempunyai peranan penting dalam melaksanakan aktiviti rekreasi dan mendidik pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana pengusaha pelancongan rekreasi mengintegrasikan elemen pendidikan dalam menjamin pengalaman yang berharga kepada pelancong. Dengan mengambil kaedah kualitatif iaitu temu bual bersemuka dengan lima pengurus rekreasi, hasil kajian mendapati elemen pendidikan sudah menjadi bahagian dalam penawaran produk meskipun kurang memahami makna pendidikan dalam pelancongan. Hasil kajian mendapati kelima-lima destinasi menyediakan produk pelancongan yang mempunyai elemen pendidikan dengan memfokuskan pelajar sekolah, institut pengajian tinggi dan pelancong umumnya. Elemen pendidikan dipadu dengan aktiviti umum dan khusus dan mengandungi cirian pendidikan konservasi dan alam sekitar. Bagaimanapun, kekurangan tenaga kerja hadapan yang berpengetahuan khusus dan berbakat adalah cabaran yang perlu mereka tangani. Kajian ini mencadangkan agar satu penanda aras elemen pendidikan rekreasi diwujudkan dalam pembangunan produk pelancongan di Melaka seiring dengan menjayakan matlamat pendidikan sebuah Tapak Warisan Dunia.

Katakunci: elemen pendidikan, Melaka, pendidikan, pengusaha pelancongan, produk pelancongan, Tapak Warisan Dunia


Educational element is gaining its importance in the tourism product development especially at the World Heritage Site. This is especially siginificant to the world heritage site, including the Melaka World Heritage Site. This article aimed at exploring how the tourism providers of recreational sites/attractions seek to integrate the educational elements in providing the real experiences to the visitors. Taking an in-depth interview with five tourism providers, this study found that educational elements have been part of their offerings although some lack the real meaning of education in tourism. The five destinations provide educational experiences for selective segments – the school children, higher learning institutions and the tourist market in general. Educational elements are being integrated into general and specific tourism activities as well as conservation and environment education. However, lack of knowledgeable frontlines and talent workers are the challenges that they have to overcome. It is suggested that a benchmarking of educational elements to be implemented in the tourism product development in Malacca to ensure the aspiration of learning of World Heritage sites is achieved.

Keywords: education, educational element, Melaka, tourism product development, tours operators, World Heritage Site


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.