Penyelenggaraan pengeluaran menyeluruh bagi industri automotif di Malaysia: Satu kajian mengenai faktor-faktor kejayaan kritikal (Total production maintenance for Malaysian automotive industry: An inquiry into critical success factors)

Nurul Fadly Habidin, Suzaituladwini Hashim, Nursyazwani Mohd Fuzi, Mad Ithnin Salleh, Nor Azrin Md Latip

Abstract


Kejayaaan industri automotif banyak bergantung kepada pencapaian peningkatan kualiti amalan-amalan seperti kualiti, kos pengeluaran yang rendah, aktiviti penambahbaikan yang berterusan, pembangunan rantaian bekalan, prestasi yang mampan, dan teknologi yang maju. Kajian ini meninjau faktor-faktor kejayaan kritikal dalam penyelenggaraan produktif yang menyeluruh bagi industri automotif di Malaysia. Berdasarkan kaji selidik data empirikal, dua faktor penyelenggaraan autonomi dan pendidikan dan latihan telah ditunjukkan untuk menjadi faktor yang sangat penting bagi keseluruhan pelaksanaan penyelenggaraan produktif bagi industri automotif di Malaysia. Seterusnya, ia diikuti oleh faktor-faktor lain seperti penyelenggaraan yang dirancang dan penyelenggaraan berkualiti.

Katakunci: faktor-faktor kejayaan kritikal, industri automotif, kebolehpercayaan, penyelenggaraan autonomi, penyelenggaraan berkualiti, penyelenggaraan pengeluaran menyeluruh

The success of an automotive industry has a lot to do with its ability to achieve total quality improvement in practices such as quality control, production cost, development of supply chains, sustainable performance, and advanced technology adoptability. This study explored the critical success factors of total productive maintenance for Malaysian automotive industry. Based on empirical data gathered from a field survey, two factors of autonomous maintenance and education and training were found to be the most important factors for total productive maintenance in the industry. These were complemented by planned maintenance and quality maintenance.

Keywords: automotive industry, autonomous maintenance, critical success factors, performance reliability, quality control, total production maintenance


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.