Keusahawanan sosial sebagai satu pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat: Kajian kes di Malaysia (Social entrepreneurship as an innovative approach in community social transformation: A Malaysian case study)

Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar

Abstract


Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan-untung. Ciri utama yang membentuk konsep dan ciri keusahawanan seperti inovatif, proaktif, dan pengambilan risiko diperhitungkan mampu menyumbang kepada pencapaian aspirasi sosial dan bukan untung. Justeru keusahawanan sosial merupakan aplikasi prinsip keusahawanan konvensional yang bertujuan mencapai objektif sosial. Makalah ini telah ditulis dengan tujuan untuk memberi huraian mengenai keusahawanan sosial seperti yang wujud dan sedia diamalkan dalam beberapa konteks di Malaysia berdasarkan tipologi aktiviti keusahawanan sosial. Terdapat empat (4) petak atau kuandran yang dihasilkan daripada dua (2) dimensi, iaitu misi organisasi dan impak. Kuadran satu (1) dan kuadran (4) merujuk kepada aplikasi yang menepati keusahawanan sosial, manakala kuadran dua (2) dan tiga (3) cenderung kepada konsep keusahawanan konvensional. Kuadran satu dikenali sebagai perusahaan bertujuan sosial (social purpose venture) manakala kuadran 4 disebut sebagai enterprising non-profits. Maklumat mengenai modus operasi entiti dalam pemerhatian pula diperolehi daripada sumber sekunder iaitu seperti tersiar dalam media. Berdasarkan penelitian ke atas modus operasi dan sifat kuadran terlibat, didapati keusahawanan sosial wujud dalam aplikasi bentuk Kuadran 1 dan 4. Keusahawanan sosial telah menghasilkan output inovatif yang menyokong kepada pencapaian matlamat sosial disasarkan. Di samping itu, kemampuan melaksanakan keusahawanan sosial memerlukan kepada input seperti usahawan filantrofis, kemahiran praktikal, kaedah penggembelingan sumber kewangan, jaringan sosial dan kekuatan mengorganisasi.

Katakunci: filantrofis, inovasi, keusahawanan, keusahawanan sosial, matlamat social, transformasi sosial

Social entrepreneurship entails innovative, pro-active and calculated-risk taking in applying conventional entrepreneurship principles to achieve social objectives. This article aims to provide an explanation of social entrepreneurship practices in Malaysia based on the evaluation of selected contexts and typologies of social entrepreneurship initiatives. Based on media information pertaining to the particular subjects’ mode of operation, four partitions or quadrants of application that fit with the social entrepreneurship and that lean towards conventional entrepreneurship were analysed vis-a-vis organizational mission and impact . The study found that social entrepreneurship had produced innovative outputs that supported the attainment of the targeted social goals. Further, the ability to execute social entrepreneurship was found to require additional inputs such as philanthropist entrepreneurs, practical skills, strategies to pool fund, social networking and organizing ability.

Keywords: entrepreneneurship, innovation, philanthropist, social goals, social entrepreneurship, social transformation


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.