Ke arah pengurangan indeks jenayah jalanan di Pusat Bandar Kuala Lumpur (Towards reducing the street crime index of Kuala Lumpur City Centre)

Faizah Md Latif

Abstract


Jenayah jalanan meliputi tiga kategori utama perlakuan jenayah iaitu curi ragut, samun tanpa bersenjata api dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Adakalanya sesetengah kes jenayah jalanan turut mengakibatkan kematian dan kecederaan parah kepada mangsa. Di Malaysia, jenayah jalanan menjadi masalah yang semakin meruncing terutamanya di empat negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor sehingga Kementerian Dalam Negeri memberi tumpuan kepada memerangi jenayah jalanan. Ini kerana jenayah jalanan mengakibatkan trauma yang tinggi serta memberi kesan ketakutan berpanjangan kepada mangsa, keluarga mangsa dan juga masyarakat. Selain itu, jenayah jalanan juga mempunyai hubung kait dengan perlakuan jenayah-jenayah lain. Kajian ini menjelaskan faktor-faktor jenayah jalanan di Pusat Bandar Kuala Lumpur dan idea pengurangan Indeks Jenayah Jalanan melalui dua kaedah iaitu pemantauan keselamatan bandar dan pencegahan jenayah jalanan secara meyeluruh mengikut kepentingan kawasan kajian. Kesimpulannya, dapatan kajian ini seharusnya dapat membantu bukan saja pihak polis meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan jenayah secara berkesan tetapi juga pihak perancang bandar merekabentuk bandar yang lebih selamat melalui penyusunan gunatanah Kuala Lumpur yang mengambilkira faktor risiko dan potensi jenayah secara menyeluruh supaya Kuala Lumpur menjadi bandaraya bebas jenayah.

Katakunci: bandaraya bebas jenayah, Indeks Jenayah Jalanan, jenayah jalanan, faktor jenayah, keselamatan bandar,
pencegahan jenayah

Street crimes cover three main categories of criminal behaviour, namely, snatch thefts, individual robbery without firearms and gang robbery without firearms. In some cases, street crimes may result in deaths and serious injuries to victims. In Malaysia, street crimes have become a growing problem, especially in Kuala Lumpur, Selangor, Penang and Johor such that the Ministry of Home Affairs (MOHA) is focusing all efforts to combat street crimes. This was because street crimes often resulted in severe and traumatic impacts, including lingering fear to victims, their families, and the community. Besides, street crimes also have links to other criminal behaviours. This study elucidates factors that aggravate street crimes in Kuala Lumpur City Centre and the idea of reducing the Street Crime Index through two methods, namely, monitoring of city safety, and comprehensive prevention of street crimes in accordance with the importance of the affected area. In conclusion, the findings of this study should help the police to improve crime monitoring activities effectively, and urban planners to design a safer city through land use planning that takes into account crime risks and potentials for a crime-free Kuala Lumpur.

Keywords: city safety, crime free city, crime factors, crime prevention, street crimes, Street Crime Index


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.