Aspek kawalan hakisan tanah dan sedimentasi sebagai syarat kelulusan EIA di Malaysia: Kajian status kepatuhan di Negeri Kedah (Soil erosion and sedimentation control aspect of Malaysia’s EIA approval conditions: A study of the compliance status in Kedah)

Abdul Rahman Mahmud, Zaini Sakawi

Abstract


Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) pada tahun 2011 telah melaksanakan pakej penambahbaikan EIA bagi meningkatkan keberkesanan kawalan hakisan tanah dan sedimentasi kepada projek – projek EIA. Penambahbaikan dibuat dengan memasukan 26 syarat- syarat kawalan hakisan tanah dan sedimentasi didalam pemberian syarat – syarat kelulusan EIA. Kajian ini membincangkan status pematuhan terhadap syarat – syarat kelulusan EIA bagi projek – projek yang telah melalui pakej penambahbaikan EIA di Negeri Kedah. Dua kaedah utama digunakan iaitu pengutipan data menggunakan kaedah perlombongan data dari sistem pengkalan data JAS dan temubual dengan pegawai – pegawai penguatkuasa JAS. Perlombongan data dilaksanakan terhadap sub modul penguatkuasaan sistem pengkalan data e-Kawalan Alam Sekitar (e-KAS) JAS. Data penguatkuasaan yang dikutip telah dianalisis bagi melihat tren pematuhan syarat – syarat kelulusan EIA bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Kajian ini mendapati kegagalan pematuhan syarat – syarat kawalan hakisan tanah dan sedimentasi adalah tinggi pada peringkat kerja tanah bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Sebanyak 27 Notis arahan telah dikeluarkan terhadap projek – projek yang tidak mematuhi syarat – syarat kelulusan EIA. Perlantikan Environmental Officer (pegawai pengurus alam sekitar) bagi menyelia pelaksanaan pelan kawalan hakisan tanah dan sedimentasi merupakan syarat yang paling banyak tidak dipatuhi oleh pemaju projek. Hasil temubual dengan empat pegawai penguatkuasa JAS mendapati tiga faktor utama yang menyebabkan kegagalan pematuhan syarat – syarat kelulusan EIA iaitu lemahnya komitmen pemaju projek, ketiadaan peruntukan bagi kos pelaksanaan pelan pengurusan alam sekitar, dan kurangnya pengetahuan pemaju projek bagi melaksanakan pematuhan terhadap syarat – syarat kelulusan.

Katakunci: EIA, kawalan hakisan tanah dan sedimentasi, keberkesanan EIA, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), penguatkuasaan EIA, syarat – syarat kelulusan EIA

In 2011 Malaysia’s Department of Environment (DOE) has implemented an EIA improvement package to strengthen the soil erosion and sedimentation control aspects of EIA projects through the introduction of 26 new EIA approval conditions. This study discusses the status of compliance with the implementation of EIA approval conditions. Two main methods are used, namely, data mining from DOE database system and interviews with four enforcement officers. Data mining pertained to the enforcement sub-module of the e-KAS database system. Enforcement data collected were analyzed to discern the compliance of EIA approval conditions in 2012, 2013 and 2014. This study found high non-compliance during the earthworks stage in these years. There were 24 notices issued by the DOE for non-compliance cases. Failure to appoint an Environmental Officer to supervise the implementation of erosion and sedimentation control plan was found to be the major cause of non-compliance by project proponents. In-depth interviews with four enforcement officers revealed three main causes of non-compliance, namely, low commitment of the project proponent, lack of budget for the implementation of the environmental management plan, and lack of knowledge in carrying out the compliance activities of the EIA approval conditions.

Keywords: EIA, EIA conditions, EIA effectiveness, EIA enforcement, Environmental Management Plan, soil erosion and sedimentation control


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.