Pandangan pelajar tentang penggunaan kes dalam pembelajaran subjek etika (Learning ethics - Students’ perception of the use of case-studies)

Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Kadir Ariffin, Mohd Yusof Hussain

Abstract


Makalah ini membincangkan penggunaan kes sebagai kaedah bagi pembelajaran subjek etika pembangunan. Kaedah ini memberi peluang pelajar berfikir secara aktif dan mengaplikasi prinsip etika. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus etika secara teori melalui kuliah sehala bagi tujuan aplikasi dan normatif adalah kurang sesuai. Justeru itu penggunaan kes akan membuka ruang untuk pelajar berfikir secara kritis dan mengaplikasi prinsip etika. Penyelidik telah melakukan percubaan terhadap pelajar tahun akhir yang mengikuti kursus etika pembangunan. Mereka didedahkan kepada dua mode pengajaran, iaitu kuliah menggunakan kes pada lima minggu pertama dan kuliah tradisional pada minggu seterusnya. Pada minggu ke-14 borang kaji selidik telah diedar bagi mendapatkan pandangan pelajar berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kes telah membolehkan pelajar memahami teori dan aplikasi teori etika dengan lebih baik. Selain itu, penggunaan kes semasa membolehkan pelajar mendapat pengetahuan tentang isu etika yang berpotensi mereka hadapi setelah memasuki alam pekerjaan dan persekitaran industri yang sebenar.

Katakunci: etika, etika aplikasi, etika pembangunan, kes, pembelajaran, penaakulan moral 

This article discusses the use of case-study as a method of teaching the subject of development ethics in Malaysia. The hypothesis was that case studies amply allow for students’ critical thinking as well as for the normative contextualisation of the ethical principles both of which are often limited in a one-way lecturing and theoretical mode of teaching. The study involved conducting an experiment with a group of final year students of a development ethics course. The students followed two learning modes comprising lectures with case-studies for the first five weeks of the course and traditional lectures for the following weeks. During the 14th week of the course, questionnaires were administered to obtain students’ evaluation of their learning experience. Results of the study showed that the lecture-with-case studies mode had effectively assisted students to better understand moral theories and their applications. Besides, the case studies had enabled them to anticipate potential ethical issues that may arise in a real industry and working environment.

Keywords: applied ethics, case studies, development ethics, ethics, learning, moral reasoning


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.