Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian (Elements of destination and their impacts on vacationers experience)

Basri Rashid

Abstract


Adalah menjadi kebiasaan kepada pelancong untuk menilai pengalaman lawatan mereka apabila pulang dari sesebuah destinasi. Pengalaman pelancong dipercayai berkait dengan hasil interaksi mereka dengan prasarana di destinasi yang kemudiannya boleh memberi kesan kepada emosi dan seterusnya mempengaruhi kepuasan lawatan. Artikel ini membincangkan proses penilaian pengalaman lawatan pelancong dengan meninjau pesepsi mereka terhadap prestasi elemen destinasi yang dilawati serta peranan emosi terhadap kepuasan lawatan. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang kaji selidik di dua destinasi popular di Utara Malaysia, iaitu Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Hasil analisis mendapati beberapa prasarana di destinasi memberi kesan kepada emosi pelancong dan seterusnya mempengaruhi kepuasan lawatan. Hasil penelitian ini bermanfaat kepada banyak pihak berkepentingan terutamanya organisasi perniagaan berkaitan pelancongan dan hospitaliti dan juga kepada masyarkat dan pertubuhan setempat bagi mempertingkatkan prestasi elemen-elemen di destinasi berkenaan dan mengkayakan pengalaman percutian pelancong.

Katakunci: destinasi, emosi, hasil lawatan, kepuasan lawatan, pelancong, prasarana pelancongan

 

It is common for tourists to evaluate their visit experience when they return from a destination. Tourist encounters with the different components at the destination will have some impacts on their knowledge and emotions which ultimately affect visit satisfaction. This article discusses the evaluation process of tourist visit experience by investigating their perceived performance of the destination facilities and the role of emotions on their visit satisfaction. This study collected data using survey method by disseminating questionnaires at two popular destinations in the North of Malaysia, namely Penang and Langkawi Island. Results of the analyses show that a number of destination elements influence tourist emotions 'which eventually effect their visit satisfaction'. This study would help many stakeholders especially the tourism and hospitality related businesses. Similarly, such findings will also benefit the society and local organizations as a strategy to enhance destination components performance and enrich tourist visit experience.

Keywords: destination, emotions, tourist, tourism facilities, visit outcome, visit satisfaction


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.