Memupuk perpaduan di Malaysia - Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri (The making of Malaysian solidarity - Pronouns usage in courteous language among multi-ethnic pupils)

Zulkifley Hamid, Naidatul Zamrizam Abu

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk meneroka aspek penggunaan kata ganti nama diri dalam kalangan murid pelbagai etnik di sekolah kebangsaan. Walaupun kata ganti nama telah diajar secara formal di sekolah, namun masih terdapat masalah dalam penggunaan kata ganti nama dari perspektif kesantunan berbahasa. Penyelidik telah menjalankan kajian kes di Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru, dan seramai 72 orang murid telah dipilih secara rawak sebagai responden. Skala Kesantunan Leech menjadi kerangka teori bagi kajian ini. Kaedah temu bual dan soal selidik berbentuk Tugas Penyempurnaan Wacana digunakan untuk memperoleh data. Data dianalisis menggunakan SPSS for Windows dari segi frekuensi dan ditentukan peratusannya. Hasil kajian mendapati bahawa murid-murid Melayu menggunakan pelbagai kata ganti nama dalam perbualan. Kata ganti nama ‘aku – kau’ dan ‘saya – awak’ paling kerap diguna oleh murid Melayu berbanding murid bukan Melayu yang lebih selesa menggunakan ‘saya – kamu’. Masalah penggunaan kata ganti nama wujud dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu dalam situasi berbeza. Murid Melayu kerap menggunakan kata ganti nama ‘dia orang’, ‘kita orang’ dan ‘kau orang’ dalam perbualan yang menjejaskan kualiti dalam penulisan sedangkan murid bukan Melayu menggunakan kata ganti nama yang betul iaitu ‘mereka’, ‘kami’ dan ‘kamu semua’. Bagi murid bukan Melayu pula, masih ada lagi yang meng‘kamu’kan atau meng‘awak’kan guru mereka sewaktu berinteraksi walaupun telah mendapat pendidikan dalam aspek kata ganti nama di sekolah, walhal penggunaan kata gelaran ‘cikgu’ paling santun berbanding memanggil ‘kamu’ kepada guru. Hal ini bertepatan dengan Skala Kesantunan Leech yang menyatakan bahawa semakin jauh jarak sosial atau semakin tinggi jarak status, semakin santunlah ujaran yang perlu digunakan. Implikasi daripada kegagalan menggunakan kata ganti nama yang tepat boleh menggugat keharmonian dalam hubungan antara etnik. Justeru, pembelajaran kata ganti nama tidak harus dilihat sebagai penguasaan dalam aspek nahu sahaja, tetapi penegasan juga perlu diberikan dalam fungsi kata ganti nama sebagai ujaran beradab dalam kesantunan berbahasa.

Katakunci: etnik, kata ganti nama diri, kesantunan, perpaduan, santun bahasa, tugas penyempurnaan wacana

 

This study was conducted to explore the use of pronouns among pupils of various ethnic groups in Malaysia’s national primary school. Although pronouns are formally taught in school there are still problems from the perspective of using pronouns as a courteous language. The researcher has conducted a case study in Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru, and about 72 pupils were selected randomly. The politeness scale of Geoffrey Leech was used as a theoretical framework for this study. Interview methods and questionnaires on Discourse Completion Task were used to obtain the data. Data were analysed using the SPSS for Windows in terms of frequencies and percentages. The study found that Malay pupils used a variety of pronouns in conversation. The pronouns ’aku-kau’ and ’saya-awak’ were more frequently used by Malay pupils compared to non-Malay pupils who were more comfortable using ’saya-kamu’. The problems in pronouns usage exists among the Malays and non-Malay pupils in different situations. Malay pupils often used the pronoun ’dia orang’, ’kita orang’ and ’kau orang’ in a conversation and this could affect the quality of writing while non- Malay pupils used the correct pronouns of ’mereka’, ’kami’ and ’kamu semua’. For non-Malay pupils, some of them still used the pronoun ’kamu’ or ’awak’ in their conversation with teachers whereas the usage of the word ’teacher’ was more polite than calling them ’kamu’. This coincides with the Leech Politeness Scale, stating that the farther in social distance or status distance, the more politeness utterance should be used. The wrong usage of proper pronouns can lead to implications in harmonious relations between ethnic groups. The fact is although learning pronouns should not be seen as a matter of grammar emphasis should be given to the pronouns function as part of courteous language.

Keywords: corteous language, discourse completion task, ethnicity, politeness, pronouns, solidarity


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.