Jaringan sosial pemasaran pertanian dalam kalangan komuniti Cina di Kampung Baru Tras, Raub, Pahang (Social networks of agricultural marketing among Chinese community in Kampung Baru Tras, Raub, Pahang)

Lim Jie Wei, Novel Lyndon

Abstract


Jaringan sosial sangat penting kepada komuniti petani Cina di Malaysia, terutamanya bagi membolehkan mereka terus bersaing dalam aktiviti pertanian. Justeru itu, objektif artikel ini adalah untuk memeriksa pola jaringan sosial dalam kalangan komuniti petani Cina dan kepentingannya dalam system pemasaran pertanian di Kampung Baru Tras, Raub, Pahang. Kajian ini bersifat kualitatif. Kaedah temubual mendalam digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada para petani yang dipilih menggunakan persampelan purposif dan snowball. Hasil analisis mendapati bahawa jenis jaringan sosial yang berasaskan hubungan dengan kawan dan penduduk setempat lebih berkesan berbanding dengan jaringan berasaskan saudara-mara. Jaringan sosial dalam kalangan petani Cina terbentuk berdasarkan lokaliti, dialek, minat, pengalaman dan nilai murni perseorangan. Jaringan sosial petani Cina memainkan peranan yang penting dalam pemasaran hasil pertanian mereka. Jaringan sosial tersebut telah dapat memaksimumkan keuntungan yang diterima demi kelangsungan perniagaan mereka.

Katakunci: guanxi, jaringan sosial, pemasaran, petani Cina, snowball, sosial modal

 

Social networks are very important for Chinese peasantry agricultural marketing in Malaysia. This is particularly true for them to compete and survive as a peasant. The present study aimed at examining the patterns of social networking among Chinese farming community and their importance in agricultural marketing system of Kampung Baru Tras, Raub, Pahang. Using a qualitative approach, the study employed snowball and purposive sampling techniques. We interviewed a total of nine respondents in dept. Results of the study showed that contrary to what have been found in the previous studies, the Chinese peasants in the kampung built their social networks among the local community rather than among their relative. Social networks of the Chinese peasants varied depending on their locality, dialect, interests, experiences and personal values. The social network of Chinese peasantry played an important role in marketing their agricultural product. Strong social networks ensure Chinese farmers to maximize profit for survival of their business.

Keywords: guanxi, marketing, peasant, snowball, social capital, social networking


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.