Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang (Levels of ecotourism understanding among members of the local community of Pahang’s Lata Jarum, Malaysia)

Er Ah Choy, Nurul Bariah Mat Lazim

Abstract


Ekopelancongan merupakan industri penyumbang terbesar negara pada masa kini. Pemahaman terhadap hubungan yang terjadi di antara alam sekitar dengan pelancongan penting supaya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesejahteraan manusia. Tujuan artikel ini adalah untuk menilai tahap kefahaman manusia terhadap ekopelancongan serta untuk meninjau pengalaman perjalanan manusia berkaitan dengan ekopelancongan. Kaedah kaji selidik dilakukan terhadap 252 responden dari empat buah perkampungan di Mukim Ulu Dong. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman tentang pengetahuan mengenai ekopelancongan dalam kalangan responden masih di peringkat sederhana. Hubungan antara tahap kefahaman ekopelancongan dengan variabel seperti jantina adalah negatif tetapi lemah dan signifikan; dengan variabel umur tidak mempunyai hubungan yang signifikan; dengan variabel bangsa menunjukkan hubungan negatif yang sederhana dan signifikan; dengan variabel taraf pendidikan juga menunjukkan hubungan positif yang agak lemah dan signifikan. Kajian ini mencadangkan bahawa usaha menerapkan kefahaman terhadap ekopelancongan perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka peka akan kepentingan alam sekitar dan kesan kemusnahan alam sekitar. Implikasi daripada kajian ini adalah langkah pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk melalui peningkatan tahap kefahaman manusia, sangat penting untuk melindungi alam semula jadi daripada terancam.

Katakunci: ekopelancongan, komuniti lokal, pemuliharaan sumber alam, pendidikan, prinsip ekopelancongan, tahap kefahaman


As ecotourism gains momentum in many developing countries, so is the discourse on what constitute ideal ecotourism practices. One fundamental principle that warrants proper understanding is the relationship between environment and tourism as this strikes at the heart of minimizing negative environment impacts on human wellbeing. This article evaluates a local community’s understanding of the relationship between environment and eco-tourism. A survey was conducted through interviews with 252 residents of four villages in Ulu Dong, Raub, Pahang. The results showed that the overall level of ecotourism knowledge among respondents was moderate. Specifically, the relationship between level of respondents’ understanding of ecotourism and selected variables were weakly negative (gender), non-existent (age), negative and moderate (race), and weakly positive (level of education). The results point to the need of harnessing further efforts in cultivating a proper understanding of ecotourism in the way that would enhance the local community’s awareness of the impacts of environmental degradation on local eco-tourism, and that would contribute further to the implementation of appropriate environmental conservation and preservation measures in the locality.

Keywords: ecotourism, environmental conservation, environmental education, environmental understanding, local community, principles of ecotourism


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.