Kesan pembandaran terhadap taburan suhu di Malaysia: Kajian kes di Rawang, Selangor (Impact of urbanization on temperature distribution in Malaysia: A case study of Rawang, Selangor)

Mohd Hairy Ibrahim, Muhammad Ridhwan Zulkifli, Mohamad Ihsan Mohamad Ismail, Nor Kalsum Mohd Isa, Mazlini Adnan

Abstract


Pembangunan pesat di bandar-bandar menyebabkan perubahan guna tanah terhadap fizikal bumi. Penggantian hutan dengan bangunan-bangunan melibatkan proses pengeluaran haba seperti operasi perkilangan, pengeluaran asap kenderaan, penggunaan penghawa dingin dan kegiatan-kegiatan lain yang dilakukan oleh manusia. Kegiatan-kegiatan ini memberi kesan terhadap peningkatan suhu dan menghasilkan bahan-bahan tercemar yang boleh terampai di atmosfera. Kajian ini menilai kesan pembandaran terhadap taburan suhu di Rawang dengan mengkaji tahap pembandaran di Bandar Rawang dan menyiasat faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan pulau haba di Rawang samaada kawasan pusat bandar dan pinggir bandar. Sejumlah 12 stesen yang meliputi keseluruhan zon guna tanah telah dipilih bagi menjalankan pengukuran ke atas taburan suhu. Hasil kajian mendapati faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan suhu ialah pembukaan kawasan perindustrian dan perumahan yang baharu di samping pembinaan lot-lot kedai di kawasan pusat bandar Rawang. Suhu yang tinggi wujud di kawasan pusat bandar berbanding kawasan sub-bandar dan pinggir bandar. Keseluruhannya, analisis tahap suhu menunjukkan Rawang mengalami perubahan suhu yang ketara yang dapat dikategorikan pada paras sedikit bahaya kepada kesihatan manusia. Beberapa pandangan dan cadangan kaedah pengawalan yang terbaik turut dikemukakan bagi mengatasi masalah pembentukan pulau haba.

Katakunci: pembandaran, pembentukan pulau haba, peningkatan suhu, perubahan gunatanah, pinggir bandar, pusat bandar

Rapid urbanization entails drastic landuse change. The conversion of land cover to buildings represents a process of heat production by factories, vehicle emission, air conditioners and other related human activities. The net effect is temperature rise and increases of atmospheric pollutant particulates. This study investigated the level, factors and impact of urbanization on temperature distribution in Rawang, in particular, the relevance of the level of urbanization in Rawang town and the factors that produced heat islands in the Rawang town center and suburbs. A total of 12 stations covering the entire zone of land use was chosen for the measurement of the temperature distribution. The findings revealed that a major factor contributing to the increase in temperature is the opening of new industrial sites and housing and shop lots construction in the Rawang town center. The town center saw temperatures higher than the suburban and rural areas. All in all, Rawang experienced significant levels of temperature change which could be categorized as posing some degree of danger to human health. Some recommendations of the best control methods were proposed to mitigate the heat island factors.

Keywords: landuse change, suburbs, temperature rise, urban centre, urban heat islands, urbanization


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.