Analisis ruangan hotspot penyalahgunaan dadah di Malaysia: Kajian kes Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Spatial analysis of drug abuse hotspots in Malaysia: A case study of the Northeast District of Penang)

Mohd Norashad Nordin, Tarmiji Masron

Abstract


Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi sebagai kawasan panas atau hot-spot bagi penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia di kawasan daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Penggunaan data bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2013 dan 2014 bagi penyalahgunaan dadah digunapakai bagi mencapai objektif kajian ini. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti dan menentukan kawasan yang berisiko tinggi atau kawasan hot-spot bagi penyalahgunaan dadah di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Kes penyalahgunaan dadah mencatatkan peningkatan daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 715 kes, manakala kes yang penigkatan paling tinggi dicatatkan antara kedua- dua tahun adalah Balai Polis Jalan Patani dan balai polis yang mencatatkan kes penyalahgunaan dadah yang terendah antara kedua- dua tahun pula adalah Balai Polis Kampung Baru. Kawasan hotspot antara kedua-dua tahun terdapat penurunan jumlah kawasan hot-spot iaitu 7 sektor yang diklasifikasikan sebagai kawasan hot-spot iaitu kawasan sektor balai polis Jelutong, Jalan Patani, Kampung Baru dan Lebuh Pantai pada tahun 2013 dan menurun kepada 3 kawasan hot-spot pada tahun 2014 iaitu kawasan sektor Lebuh Pantai dan Kampung Baru. Kes penyalahgunaan dadah banyak dicatatkan di kawasan pembangunan dan kepadatan penduduk seperti di sekitar kawasan pusat bandar berbanding tiga kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan hot-spot pada tahun 2013 yang melibatkan sektor balai polis Kampung Baru dan Lebuh Pantai.

Katakunci: GIS, hot- spot, kawasan risiko tinggi, penyalahgunaan dadah, nilai- p, z- skor

Drug abuses are virtually universal and in Malaysia some locations of drug abuse are more pronounced than others. This study sought to identify high-risk areas or hot-spot of drug abuse among youth in the Northeast district of Penang utilizing the drug abuse data for a period of two consecutive years of 2013 and 2014. The objective is to identify and define high-risk areas or hot-spots of drug abuse in the study area. Results showed that cases of drug abuse increased from the previous year's total of 715 cases. The highest increase recorded between the two years was Jalan Patani police station while the one registering the lowest was the Kampung Baru police station. There was a decrease in the number of hot-spot areas from 7 in 2013 to 3 in 2014 for Jelutong, Jalan Patani, Kampung Baru, Lebuh Pantai, Lebuh Pantai and Kampung Baru. Cases of drug abuse were predominant in the densely populated city area in 2013 that involved Kampung Baru and Lebuh Pantai police station.

Keywords: drug abuse, GIS, high risk areas, hot-spot, p-value, z-score


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.