Pandangan etnik Sungai terhadap Gerakan Sabah keluar Malaysia (SSKM): Satu kajian fenomenologi (The Sungai ethnic view of Sabah separatist movement (SSKM): A phenomenological study)

Vilkon Tauning, Novel Lyndon

Abstract


Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami dan meneliti pandangan dunia etnik Sabah tentang Gerakan Sabah keluar Malaysia dan sejauh manakah pandangan mereka tentang gerakan ini dibentuk oleh isu tempatan dan nasional. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan etnik Sungai di Daerah Tongod, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan fenomenologi menggunakan logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionisme. Sejumlah 50 orang etnik Sungai telah terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bukan kebarangkalian yang terdiri daripada persampelan kuota, persampelan bertujuan dan persampelan teoritikal telah dipilih. Saiz tentang sampel kajian ini dicapai melalui sokongan yang berterusan terhadap ukuran atau kriteria tentang ketepuan data.Data dalam kajian ini telah dikutip dengan menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan secara informal. Hasil kajian mendapati pandangan yang diutarakan oleh etnik Sungai tentang SSKM adalah menyentuh tentang hak Sabah dalam Perlembagaan Malaysia dan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri. Seterusnya, pemahaman etnik Sungai tentang SSKM dipengaruhi oleh agen sosialisasi terutamanya media alternatif dan juga rakan-rakan mereka yang bekerja di Semenajung Malaysia. Kesimpulannya, pandangan etnik Sungai terhadap isu SSKM boleh dibahagikan kepada dua iaitu didorongi oleh isu tempatan ( rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa kumpulan tempatan) dan isu nasional (corak governans negara Malaysia).

Katakunci: etnik Sungai, fenomenologi, Gerakan Sabah keluar Malaysia, isu nasional, isu tempatan

Various factors drive a people’s struggle to get out of esisting political alliances. The movement by Sabahans to exit Malaysia (SSKM ) is one such example. This study sought to examine and understand the world view of a section of Sabahan ethnic groups on the question of getting Sabah to exit Malaysia, utilizing the phenomenological approach of abductive logic which was based on idealist ontology and constructionism epistemology. Primary data were gathered from in-depth interviews and informal group discussions with 50 Sungai ethnic respondents of the Tongod District. The findings revealed that the respondents’ views were driven by critical considerations such as the rights of Sabah in the Malaysian Constitution and the distribution of power between federal and state governments. Further, the Sungai ethnic perception of the SSKM was influenced by socialization agents, especially the alternative media and their colleagues who worked in Peninsular Malaysia. In conclusion, the view of Sungai ethnic on the issue of SSKM was motivated by local issues (disgruntlement of, and with, local individual groups) and national issues ( the nature of Malaysia’s national governance).

Keywords: local issues, national issues, phenomenology, Sungai ethnic, Sabah’s separatist movement, socialisation


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.