Cabaran meningkatkan produktiviti syarikat berskala kecil dan sederhana di Malaysia: Kajian mengenai isu kemahiran buruh (Enhancing productivity of Malaysia’s Small and Medium Scale Enterprises: A study of the labour skills issue)

Abdul Rahim Anuar, Wan Nurmahfuzah Jannah Wan Mansor, Badariah Hj. Din

Abstract


Kemahiran buruh adalah berkaitan dengan tahap produktiviti di mana produktiviti merupakan asas kepada
peningkatan pendapatan bagi sesebuah syarikat dan juga negara. Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk menilai
keperluan industri terhadap kemahiran buruh yang ada di dalam pasaran. Di samping itu juga, untuk memahami
keperluan semasa terhadap jurang antara kelayakan tenaga kerja dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri.
Berdasarkan kepada survei yang dijalankan ke atas 347 syarikat mikro, kecil, dan sederhana yang berdaftar dengan
Jabatan Perangkaan Malaysia yang meliputi 13 buah negeri. Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi dan
kerja berpasukan merupakan kemahiran yang sangat penting yang dikehendaki oleh industri. Kemahiran yang
diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang ialahterdiri dari kemahiran pengurusan dan kemahiran kewangan.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa buruh yang mempunyai ketidakpanan kemahiran iaitu mempunyai
kelayakan lebih rendah terhadap ciri pekerjaan yang diperlukan juga turut dikehendaki oleh industri. Dari segi
implikasi dasar pula, penambaikan perlu dilakukan ke atas latihan kemahiran buruh supaya ianya bergerak seiring
dengan permintaan pihak industri. Justeru, boleh membantu negara mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020.

Katakunci: ekonomi berpendapatan tinggi, jurang kemahiran buruh, ketidakpadanan kemahiran, produktiviti,
syarikat kecil dan sederhana, tenaga kerja


Productivity is the basis for increasing companies’ profits and countries’ Gross Domestic or National Procucts. To
increase productivity labour skills need to be enhanced. This study examined issues and challenges that beset skills
enhancement of Malaysia’s labour force, in particular, understanding the gaps that might exist between workforce
qualifications and skills required by the industry. Primary data were gathered from the findings of a survey of 347
medium, small and micro enterprises from Malaysia’s thirteen states. The findings indicated that communication
and teamwork were the most important skills required by the industry. Skills required within the next five years
would be management and financial skills. The findings also revealed that there was skill mismatch between the
workers’ lower qualifications and those required by the industry for the jobs concerned. In terms of policy
implications, improvements were needed with respect to skills training so the labour force might be able to keep
pace with the skills demanded by the industry, in line with Malaysia’s goal to be a high-income economy by the
year 2020.

Keywords: high-income economy, labour force, labour skills gap, productivity, skills mismatches, small and
medium enterprises


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.