Modal insan, daya saing dan prestasi usahawan wanita di Malaysia : Analisis kualitatif usahawan wanita bumiputera di Melaka

Nor Azira Ayob, Sity Daud, Muhamad Takiyuddin Ismail

Abstract


Artikel ini membincangkan hasil dapatan kualitatif yang diperoleh daripada lima orang informan utama terhadap faktor yang mempengaruhi prestasi usahawan wanita Bumiputera yang yang berdaftar dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri Melaka. Institusi memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat, pembangunan sumber manusia dari sudut kemahiran, kebolehan, kreativiti, memberi bantuan kewangan dan bukan kewangan terutamanya dalam pembangunan prestasi dan kejayaan pengusaha. Justeru, penekanan terhadap pembangunan modal insan dan daya saing dilihat sebagai faktor penting dalam memastikan pengusaha mampu bersaing dalam pasaran masa kini. Dalam konteks pembangunan sosioekonomi negara, golongan wanita dilihat mampu untuk menyumbang ke arah peningkatan ekonomi dalam negara melalui perusahaan yang diceburi mereka. Lantaran, penekanan terhadap faktor modal insan dan daya saing dalam kalangan golongan wanita dilihat penting. Hal ini kerana, membolehkan usaha kerajaan dilakukan selaras dengan faktor yang paling mempengaruhi prestasi pengusaha. Bagi tujuan ini, temubual secara berstruktur telah dilakukan ke atas lima orang informan. Hasil temubual mendapati pengusaha wanita lebih memerlukan bantuan prasarana dan infrastruktur di samping aspek pendidikan dan latihan, pengalaman perniagaan, bantuan kewangan dan kreativiti.

Katakunci: bantuan infrastruktur, daya saing, usahawan wanita bumiputera, modal insan, peranan institusi, prestasi usahawan

Institutions play an important role in a nation’s human resource development by enhancing entrepreneurial skills, abilities and creativity, and by extending financial and other non-financial assistance to help enhance the performance of entrepreneurs. This study was a qualitative evaluation of five key women entrepreneurs who were registered with Majlis Amanah Rakyat (MARA), a human resource development institution, in Melaka. The focus was on human capital development and competitveness. The findings revealed that the most influential factors of the woman entrepreneurial performance were facilities and infrastructure assistance followed by education and training, experience, financial assistance and creativity.

Keywords: bumiputera woman entrepreneurs, competitivenes, entrepreneurial performance, human capital, infrastructure assistance, institutional role

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.