Kit pemantauan penyambungan litar elektrik: Satu kajian efikasi Alat Bantu Mengajar (Schematic circuit and circuit connectivity kits for Malaysian science students: An efficacy study of a teaching aid)

Abdul Samad Hanif, Mohamed NorAzhari Azman, Hendri Pratama, Nurul Nazirah Mohd Imam Ma’arof

Abstract


Kit pemantau penyambungan litar elektrik merupakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi memudahkan para pelajar
mempelajari dan memahami prinsip litar elektrik asas, khususnya mendalami cara penyambungan litar pendawaian
dengan betul berdasarkan litar skima yang diberi tanpa perlu pengawasan atau bantuan guru sepenuh masa. Kit ini
juga memperkenalkan pelajar dengan istilah-istilah asas dalam litar elektrik yang dapat ditunjukkan melalui
sambungan yang dibuat dan hasilnya dipaparkan pada LCD/lampu penunjuk. Dengan adanya kit ini, proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah kerana pelajar boleh mengesan sendiri kesalahan dalam
penyambungan pendawaian melalui respon yang diberikan. Apa yang menarik berkaitan kit ini, ia mendorong
pelajar menjadi lebih yakin apabila berjaya melakukan sambungan dengan betul, sifat ini tidak mungkin dicapai bagi
pelajar yang ramai dalam satu kelas. Sifat yakin diri dan berkebolehan memeriksa penyambungan litar sendiri tanpa
bantuan daripada guru menjadi salah satu matlamat dalam pendidikan. Gadget ini dilengkapi dengan kemudahan
mengesan dan memaparkan sambungan yang sudah dilakukan dan yang belum dilakukan. Kemudahan ini dapat
menambahkan keberkesanan penyampaian pengetahuan dan kemahiran dalam kerja litar elektrik asas, kebolehan
membaca dan mentafsir litar elektrik dan pelajar berupaya melakukan amali pemindahan litar skima ke litar
pendawaian. Hasilnya, kemahiran penyambungan litar elektrik asas akan bertambah baik.

Katakunci: ABM, kemahiran penyambungan litar elektrik, litar elektrik asas, litar skima, penyambungan litar
pendawaian, prinsip litar elektrik asas



To enhance the life coping skills of Malaysian young population, a teaching aid was developed for levels 1-3
physical science students. This involved reading the schematic circuit and circuit connectivity on a practical basis,
enabling them to learn about basic circuit connectivity without needing a lot of teachers’ help. It was found that by
means of this gadget students were able to connect a wiring schematic circuit. Every time a connection was made,
this gadget will check whether the connection was correct or incorrect. This gadget also introduced students to basic
terminology of the electrical circuit such as short circuit, open circuit, wrong polarity and complete the circuit. All
of this was shown by the connections and indicator lights. By having this gadget, teachers no longer needed to check
the connections made by students one by one. This had not only enhanced the students’ ability to read and make
practical transfer to the schematic circuit wiring and connecting electrical circuits but also, more meaningfully,
instilled greater self confidence of the students, thus fulfilling a basic goals of education itself.

Keywords: electrical circuits, life coping skills, principles of basic electric circuit schematic circuit connecting
skills, schematic circuit wiring skills, teaching aid


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.