Tingkah laku pengundi Melayu terhadap UMNO di negeri Kedah: Satu tinjauan awal (Malay voters’ behaviour towards UMNO in Kedah: A preliminary survey)

Mohd Nizar Sudin, Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar

Abstract


Tingkah laku pengundi merupakan konsep penting untuk dibincangkan melalui penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi pilihan raya. Tujuan kajian ini adalah untuk menyumbang pemahaman tentang tingkah laku pengundi dalam pilihan raya. Kajian ini mengulas pendekatan tingkah laku pengundian dan sejarah pilihan raya umum serta kajian lepas berkaitan dengan politik dan pilihan raya. Kajian ini menggunakan sumber sekunder yang terdiri daripada kajian yang telah dijalankan di tempat lain oleh penyelidik-penyelidik tentang isu yang sama, serta data PRU yang lepas. Analisis perbincangan kajian turut dibincangkan sebagai asas kepada pendekatan tingkah laku pengundi dalam konteks pilihan raya. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat yang baru dan terkini dalam mengenal pasti partisipasi dan persepsi pengundi terhadap sesuatu parti. Dapatan ini merupakan suatu respons politik oleh pengundi terhadap polisi dan isu dalam proses pengundian.  

 

Kata kunci: identifikasi parti, pengundi Melayu, pilihan raya, pilihan rasional, sosiologi, tingkah laku

 

The voters’ behaviour is an important concept to be discussed through the people's participation in democratic elections. The aim of this study is to contribute an understanding of the voters’ behaviour in elections. This study reviews the approach to voting behaviour and history of elections as well as previous studies related to politics and elections. This study uses secondary sources from previous researches on similar issues and the data of earlier GE. This study also discusses the approach of voters’ behaviour in context of elections. The results of study contribute to the latest information in identifying the participations and voters’ perception of specific party. This study provides a political response by voters on policies and issues in the election process.

 

Keywords: party identification, Malay voters, election, rational choice, sociology, behaviour

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Sidek, Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Khaidzir Hj. Ismail (2010) Penolakan sentimen etnik dalam politik semasa Malaysia: Kes pilihan raya kecil 2009 Bukit Selambau. Malaysian Journal of Society and Space 6 (3), 46-56.

Azman M, Mohd Fuad MJ, Junaidi AB (2016) Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: Kajian kes FELDA Kuala Krau. Malaysia Journal of Society and Space 12 (9), 126-137.

Campbell A, Converse P, Miller W, Stokes D (1960) The American voter. University of Chicago Press, Chicago.

Downs A (1957) An economy theory of democracy. Harper & Row, New York.

Ghazali M (2008) Teori sains politik pilihan: Aplikasinya dalam konteks Malaysia. Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Harrop M, Miller WL (1987) Elections and voters: A comparative introduction. Macmillan Education Ltd, London.

Hazman BA (2015) Meneliti pola pengundian 1999-2013 [Cited 15 April 2016]. Available from: www.propartiislammalaysia.blogspot.my.

Institut Darul Ehsan (2016) Isu dan persepsi pengundi Selangor. Penerbit Kluster Penyelidikan IDE, Shah Alam.

Junaidi AB, Mohd Fuad MJ, Novel L, Mohd Faidz MZ (2015) Pilihan raya umum (PRU) 2013: Satu tinjauan kritis terhadap pola pengundian etnik Melayu. Jurnal Melayu 14(1), 64-91.

Mansor MN, Azlina A, Mohd Mahadee I (2016) Voting behaviour in Malaysia: Locating the sociological determinants of ethnicity, middle classes and development gains. World Applied Sciences Journal 34(6), 805-812.

Mohd Azri, Sity Daud (2015) Pilihan raya dan tingkah laku pengundi dalam PRU 2008: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities 21(1), 55-80.

Mohd Sayuti O (2014) Inside story: Kejatuhan kerajaan PAS Kedah. Tinta Merah, Selangor.

Pandian S (2012) Tingkah laku pengundian dalam pilihan raya: Satu kajian di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penerbit USM, Pulau Pinang.

Pandian S (2014) University students and voting behavior in general elections: Perceptions on Malaysian political parties leadership. Asian Social Science 10(18), 225-231.

Roth D (2008) Studi pemilu empiris: Sumber, teori, instrumen, dan metode. Friedrich-Naumann Stiftung fur die Freiheit, Jakarta.

Shaharuddin B, Mat Zin MK, Mazlan CS, Mujibu AM, Azlyn AZ, Badrul AM, Nur Zafiafa K (2011) Pemikiran politik belia luar bandar menjelang PRU ke 13: Kajian kes Kota Siputeh, Kedah. Prosiding seminar politik Malaysia menjelang PRU ke-13, 12 Januari 2011. Intekma Resort, Shah Alam.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (2013) Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 tahun 2013 [Cited 15 Disember 2015]. Available from: www.spr.gov.my.

Syed Arabi Idid (1998) Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tan J (2010) All ears to the Malay voice [Cited 10 September 2016]. Available from: www.thestar.com.my.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.