Penterjemahan Kata Kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: Satu Analisis Ketepatan Makna Padanan

Goh Sang Seong

Abstract


Makalah ini membincangkan kajian padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Cina-bahasa Melayu.  Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai.  Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan makna padanan kata kerja.  Sebanyak sepuluh (10) kata kerja bahasa Cina dijadikan data kajian.  Sepuluh (10) kata kerja tersebut yang merangkumi seratus dua puluh enam (126) padanan yang berlainan dalam bahasa Melayu telah dikumpulkan daripada enam (6) buah cerpen dalam antologi tersebut yang diterjemahkan oleh enam (6) orang penterjemah berlainan.  Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang telah dipilih secara eklektik iaitu pendekatan penterjemahan tentang kepadanan kata Newmark (1981), teori semantik Kempson (1977), Chierchia & McConnell-Ginet   (1990) tentang makna kata kerja, Analisis Komponen Makna oleh Nida (1975) tentang makna hakiki dan makna komposisi argumen serta makna konteks, klasifikasi kata kerja Li Kong Zhi mengikut makna semantik (1998) serta definisi makna oleh Lyons (1977).  Kajian ini menunjukkan bahawa padanan kata kerja ‘satu lawan banyak’ sememangnya wujud dalam penterjemahan kata kerja bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu.  Keadaan ini menghasilkan pelbagai jenis padanan iaitu terjemahan tepat, terjemahan berlebihan, terjemahan berkurangan, terjemahan salah dan terjemahan taksa.  Kelihatan makna semantik yang didukung oleh sesuatu kata kerja akan menentukan pemilihan kata padanan.  Kecenderungan ini diikuti oleh kesesuaian kata padanan tersebut terhadap emik bahasa sasaran dan makna konteks.


Keywords


penterjemahan, makna semantik, analisis komponen makna, kata kerja, tematik.

Full Text:

PDF

References


Catford, J. C. (1965). A linguistic theory of translation. London: Oxford University Press.

Chierchia, G., & Mc Connel G. S. (1990). An introduction to semantics. Massachusetts : The MIT Press.

Goh Sang Seong (2003). Penterjemahan Bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu: Kajian padanan kata kerja dalam cerpen pilihan sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Tesis Sarjana Sastera. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Goh Sang Seong & Mashudi Kader. (2003). Satu analisis strategi penterjemahan kata kerja dan implikasinya terhadap latihan penterjemah. Dalam Abdullah Hassan (ed), Terjemahan dalam bidang pendidikan, hlm.78-87. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Indrani Pillay. (2000). Kepadanan kata kerja dalam penterjemahan: satu kajian kes teks The Great Gatsby dan Semantic theory. Tesis Sarjana Sastera Tanpa Diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Kempson, R. M. (1977). Semantic theory. London: Cambridge University Press.

Larson, M. L. (1984). Meaning-Based Translation: A Guide to cross-language equivalence. London: University Press of America.

Li Gong Zhi. (1998). Xian Dai Han Yu. Beijing: Hua Wen Chu Ban Se.

Lim Chuan Boon. (Penyelenggara) (2000). Cerpen pilihan sastera Mahua III dalam hujan renyai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Low Bee Eng (1991). Kepadanan kata nama dan kata tugas dalam penterjemahan: Satu kajian kes teks The Good Earth dan The Old Man and The Sea. Tesis Sarjana Sastera Tanpa Diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Lyons, J. (1977). Semantics. Great Britain: Cambridge University Press.

Mashudi Kader. (1994). Peristilahan undang-undang. dalam Nik Safiah Karim dan Faiza Tamby Chik, Bahasa dan Undang-undang, hlm. 81-91. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashudi Kader. (1997). Some problems in the general vocabulary and legal terminology in the translation of the Law of Contract. Kertas Kerja dalam ATA Conference. San Francisco.

Newmark, P. (1981). Approaches to translation. London: Ergamon Press Ltd.

Nida, A. E. (1964). Towards a science of translating. Leiden: Brill.

Nida, A. E. (1975). Componential analysis of meaning. Netherlands: Mouton Publishers.

Nor Hashimah Jalaluddin et at. (2010). Peluasan makna imbuhan ber-: analisis semantik kognitif. Gema OnlineTM Journal of Language Studies. 10(1), hlm. 103-123.

Ye Zi Nan. (2000). Ying Han Fan Yi Li Lun Yu Shi Jian. Taipei: Shu Ling Chu Ban You Xian Gong Shi.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021