Wanita Sebagai Objek Seks: Penanganannya Dalam Novel Bila Hujan Malam

Ungku Maimunah Mohd. Tahir

Abstract


Makalah ini menganalisis novel Bila hujan malam hasil Azizi Haji Abdullah untuk menentukan kesahihan dakwaan pengkritik tentang tingginya mutu novel berkenaan.  Makalah ini menggunakan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan (1992), dengan memberi perhatian kepada taklif atau pertanggungjawaban dan akauntabiliti kepada Ilahi sebagai teras gagasan tersebut, di samping perbezaan penting antara ‘ilmu/wacana’ dan ‘cerita’ yang menjadi penekanannya.  Makalah ini menyerlahkan “wanita sebagai objek seks” sebagai persepsi utama  novel ini, yang diterapkan melalui empat strategi penceritaan. Strategi tersebut ialah menggunakan aspek tertentu teknik ‘asal mula yang tidak dijelaskan’, menjadikan  perkosaan  yang di luar kuasa dan kesedaran wanita sebagai satu-satunya jenis hubungan seks yang  ada,  menyediakan konteks kondusif  bagi perkosaan dan sanggama, dan meniadakan peranan lain bagi wanita selain sebagai objek seks. Makalah ini  menyanggah dakwaan  bermutunya  Bila hujan malam  atas dasar novel tersebut mengangkat  kejahatan sebagai pengucapan seni yang wajar,  di samping menjadikan  wacana tidak relevan  dalam penstrukturannya.  Dengan berbuat demikian, novel  sekali gus menjadikan Bila hujan malam  karya yang berlegar semata-mata di tahap  cerita dan membikin-cerita. Justeru, makalah ini menyimpulkan  bahawa  novel  Bila hujan malam  tidak lebih daripada sebuah karya picisan yang kontang dari segi isian intelektual dan mutu seni. 


Keywords


Persuratan Baru, wacana, cerita, objek seks, picisan.

Full Text:

PDF

References


Al-Qur’an. Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur’an. (2000). Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

A. Rahim Abdullah. (2005). Pemikiran Azizi Haji Abdullah dalam karya cereka. Dlm. Dewan Sastera, April.

Anwar Ridhwan. (2010). Azizi Haji Abdullah yang saya kenali: Pengarang yang selalu memberi impak. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungei Petani, Kedah, anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah, dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), 3 Ogos.

Azizi Haji Abdullah. (1983). Bila hujan malam. Petaling Jaya: Penerbitan Pena Sd. Bhd.

Hassan Baseri Budiman. (2010). Representasi pemikiran Azizi Haji Abdullah dalam novel Tukcai. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pemikiran Azizi Haji Abdullah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungei Petani, Kedah, anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah, dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), 3 Ogos.

Kalthum Ibrahim. (2006). Maria Zaitun dalam Salam Maria lambang wanita mukmin masa kini. Dalam GEMA Online™ Journal of Language Studies, 6(1), 11-20.

Mohd. Affandi Hassan. (2010). Mengembalikan peranan ilmu yang benar dalam persuratan Melayu. Dlm. Ungku Maimunah Mohd. Tahir (pnyt.) 2010. Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan: Teori dan praktis. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd. Tahir & Mohd. Zariat Abdul Rani. (2008). Gagasan persuratan baru: Pengenalan dan penerapan. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Affandi Hassan. (2004). Kesusasteraan Melayu di persimpangan jalan: Anti-intelektualisme, hasad, pandirisime. Kertas kerja yang dibentangkan di Wacana ilmiah DAMAI (Dunia Melayu dan Islam), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 21 Disember.

Mohd. Affandi Hassan. (2003). Unsur jenaka dalam novel Kawin-kawini: Kegagalan intelektual seorang sasterawan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar jenaka Melayu Nusantara, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 21-23 Ogos, 2003, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Affandi Hassan. (1992). Pendidikan estetika daripada pendekatan tauhid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Zariat Abdul Rani. (2008). Polemik teks KOMSAS di Malaysia: Kaitan antara nilai kesastraan dan anugerah sastra. LINGUA (Jurnal Ilmu Bahasa dan Sastra, Fakultas Humaniora dan Budaya, Universitas Islam Negeri, Malang), 3(2) (Disember), 103-125.

Mohd. Zariat Abdul Rani. (2004). Seksualiti dalam novel Melayu: satu analisis teks berdasarkan persuratan baru. Tesis Doktor Falsafah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahmah Ahmad Othman. (2010). Sejarah tradisi sastera Arab dan Islam : fokus kepada sastera sebagai sumber ilmu. Dalam Ungku Maimunah Mohd. Tahir. 2010. Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan: teori dan praktis. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rozais al-Anamy. (2010). Menilai kembali HSPM. Dlm. Mingguan Malaysia Online 22 Ogos. Telah dimuat turun, 14 April 2011, dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0822&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm&arc=hive

Ruzy Suliza Hashim. (2006). Meniti duri dan ranjau: Pembikinan gender dan seksualiti dalam konteks dunia Melayu. SARI, 24, 15-34.

Siti Hajar Che Man. (2010). Constructing a theory on women’s soul and mind: An early concept of independent self-theory. Dalam Malay Literature, 23(1),18-30.

Siti Hajar Che Man. (2007). Esei-esei kritikan feminis dalam kesusasteraan Melayu. Penang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Syah Waliyullah al-Dihlawi. (2005). Hujjah Allah al-balighah. Argumen puncak Allah: kearifan dan dimensi batin syariat. Jakarta: Pt. Serambi Ilmu Semesta.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2010). Cerita: kedudukan dan peranannya dalam karya kreatif penulis wanita sebelum merdeka. Dalam GEMA Online™ Journal of Language Studies, 10(2), 117-131.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2009). Dinamika pemikiran sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2007). Kritikan sastera Melayu: antara cerita dengan ilmu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Zulkarnain Mohamed (2010). Al-Qur’an, ilmu, disiplin Islami dan sastera. Dlm. Ungku Maimunah Mohd. Tahir (pnyt.). 2010. Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan: Teori dan praktis. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021