Kata Soal Dalam Dialek Kedah

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nurulafiqah Suhaimi

Abstract


Salah satu elemen yang menarik dalam dialek ialah kehadiran kata soal yang mengubah ayat penyata menjadi ayat soal. Oleh yang demikian, kertas kerja ini membincangkan kata soal dialek Kedah. Data yang dibahaskan diperoleh melalui kajian lapangan di negeri Kedah yang diwakili oleh sebuah kampung di setiap penjuru timur, barat, utara dan selatan negeri Kedah. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa kata soal dalam dialek Kedah adalah unik dan bervariasi. Penutur natif dialek ini mempunyai beberapa leksikal lain dalam mengujarkan kata soal. Kajian ini mendapati bahawa kata soal yang digunakan juga mempunyai kedudukan yang tidak tetap; iaitu sama ada di awal atau di akhir ayat. Justeru, kertas kerja ini menyarankan bahawa wujudnya fitur [± in-situ] sebagai fitur asas bagi setiap kata soal itu untuk menjelaskan fenomena dua kedudukan kata soal yang berbeza dalam dialek Kedah. Fitur asas [± in-situ] pula bercambah untuk membentuk fitur iaitu [+ in-situ], [- in-situ] atau [± in-situ] yang dapat menjelaskan sifat kata soal dialek Kedah dengan lebih tepat. Penemuan ini diharap dapat membantu para pendidik untuk memahami sifat kata soal yang berbeza dalam nahu deskriptif daripada nahu preskriptif.

 


Keywords


kata soal, dialek Kedah, in situ, nahu deskriptif, nahu preskriptif.

Full Text:

PDF

References


Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1986). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Chomsky, N. (1986). Knowledge of language. Its nature, origin, and use. New York: Praeger.

Collins, T. James. (1996). Khazanah dialek Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Collins, T. James. (2000). Kepelbagaian dialek Melayu Sarawak: Tinjauan di Sungai Saribas dan di Sungai Rejang. Jurnal Dewan Bahasa, 44(1), 2-7.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2009a). Struktur sintaksis frasa nama bahasa Bateq. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 9(1), 47-61.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Ajid Che Kob, Harishon Radzi. (2009b). Apa menyoal siapa atau siapa menyoal apa?: Analisis minimalis kata soal dialek utara. Jurnal Linguistik, 9,73-93.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2010). Teori Chomsky dan sintaksis bahasa Melayu. Kesturi, 18(1), 22-40.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2011a). The syntactic structure of a Noun Phrase: Austroasiatic vs. Austronesia. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 19(1), 263-271.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Harishon Radzi. (2011b). Kata soal bila dalam dialek Kedah Melayu Baling: Satu analisis sintaksis. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(1), 69-80.

Idris Aman & Rosniah Mustaffa. (2009). Social variation of Malay language in Kuching, Sarawak, Malaysia: A study on accent, identity and integration. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 9(1), 63-76.

Mario, A. P. & Gaynor, F. (1960). A dictionary of Linguistics. London: Peter Owen.

Mashudi Kader. (1981). The syntax of Malay interrogatives. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn & Hashim Haji Musa (1993). Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn & Hashim Haji Musa (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah Bt. Hj. Abdul Razak. (1995). The syntax and semantics of quantification in Malay: A government and binding approach. Unpublished Ph.D Thesis. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Tatabahasa Dewan. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa Dewan. (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021