Suku Kata Dasar Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti

Adi Yasran Abdul Aziz

Abstract


Makalah ini bertujuan memberikan penjelasan terhadap interaksi kekangan bagi suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan teori Optimaliti (TO). Analisis terhadap suku kata dasar bahasa Melayu sebelum ini hampir keseluruhannya membincangkan aspek polanya sahaja. Analisis seperti ini tidak dapat membezakan suku kata dasar bahasa Melayu dengan suku kata dasar dialek-dialek Melayu kerana semuanya berasal daripada bahasa induk yang sama. Kebanyakannya menggunakan pola suku kata dasar (konsonan)-vokal-(konsonan) (K)V(K), iaitu KV, KVK, VK dan V. Namun begitu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat satu set hierarki kekangan dalam nahu dialek Kelantan yang menjadi dasar suku katanya yang berbeza dengan set hierarki kekangan suku kata dasar bahasa Melayu. Susunan set hierarki kekangan dialek Kelantan yang terhasil ialah *NukleiKompleks, *KodaKompleks, KontigAkar >> Jajar-Kiri >> Onset >> Dep >> Maks >> *Koda. Kekangan yang terbentuk dalam minda manusia secara konseptual ini bersifat sejagat, namun susunan hierarkinya adalah bergantung kepada cara kekangan ini berinteraksi dalam bahasa atau dialek tempatan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penjelasan interaksi kekangan daripada TO ini adalah lebih berpada untuk menjelaskan nahu sesuatu bahasa.


Keywords


fonologi, teori Optimaliti, dialek Kelantan, suku kata dasar, bahasa Melayu.

Full Text:

PDF

References


Abdul Hamid Mahmood. (1994). Sintaksis dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adi Yasran Abdul Aziz. (2005a). Aspek fonologi dialek Kelantan: Satu analisis teori optimaliti. Tesis Doktor Falsafah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Adi Yasran Abdul Aziz. (2005b). Inventori konsonan dialek Melayu Kelantan: Satu penilaian semula. Jurnal Pengajian Melayu, 16: 200-217.

Adi Yasran Abdul Aziz. (2007). Syarat koda suku kata dialek Kelantan berdasarkan teori Optimaliti. Dlm. Adi Yasran Abdul Aziz (et. al.) (pnyt.), Cendekia. Serdang: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden Komunikasi, UPM.

Adi Yasran Abdul Aziz. (2009). Pengguguran vokal tinggi dalam urutan vokal bukan tinggi - tinggi dalam dialek Kelantan berdasarkan teori Optimaliti. Jurnal Persatuan Linguistik, 9, 26-43.

Adi Yasran Abdul Aziz & Zaharani Ahmad. (2006). Kelegapan fonologi dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan: Satu analisis teori simpati. Jurnal Bahasa 6(1), 76-96.

Adi Yasran Abdul Aziz & Zaharani Ahmad. (2008a). Analisis mora dalam dialek kelantan: Analisis tatatingkat kekangan. Jurnal e-Bangi, 3(3), 1-16. (Atas talian). Telah dimuat turun 6 Ogos 2010, dari http://pkukmweb.ukm.my/~ebangi/makalah-j3-b3-jan-dis-08/Zaharani-edited.pdf.

Adi Yasran Abdul Aziz & Zaharani Ahmad. (2008b). Urutan nasal-obstruen dialek Kelantan: satu analisis teori Optimaliti. Jurnal Bahasa (Brunei) 14, 1-19.

Ajid Che Kob. (1985). Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bane, M. & Riggle, J. (2010). The typological consequences of weighted constraints, to appear in the proceedings of CLS 45, University of Chicago. (Atas talian). Telah dimuat turun 5 Ogos 2010 dari http://roa.rutgers.edu/files/1068-0110/1068-BANE-0-0.PDF.

Blevins, J. (1995). The syllable in phonological theory. Dlm. J.A. Goldsmith. The handbook of phonological theory (hlm. 206-244). Cambridge: Blackwell.

Collins, J. T. (1986). Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Farid M. Onn. (1980). Aspects of Malay phonology and morphology: A generative approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hashim Musa. (1974). Morfemik dialek Kelantan. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ito, J. & Mester, R.A. (1999). Realignment. Dlm. R. Kager, H.v.d. Hulst, & W. Zonneveld (pnyt.). The prosody-morphology interface (hlm.188-217). Cambridge: University Press.

Mataim Bakar. (2007). The phonotactics of Brunei Malay: An optimality theoretic account. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

McCarthy, J. J & Prince, A.M. (1993a). Generalized alignment. In G. Booij, & J. Marle, (pnyt.). Yearbook of Morphology 1993 (pp. 79-153). Dordrecht: Kluwer. Technical report #7, Rutgers University Center for Cognitive Science. (Atas talian). Telah dimuat turun 3 April 2009 dari http://roa.rutgers.edu/view.php3?id=137.

McCarthy, J. J. & Prince, A. M. (1993b). Prosodic morphology I: Constraint interaction and satisfaction. Technical report #3, Rutgers University Center for Cognitive Science. Massachusetts: MIT Press.

Nik Safiah Karim. (1965). Loghat Melayu Kelantan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pater, J. (2010). Serial harmonic grammar and Berber syllabification, to appear in T. Borowsky, S. Kawahara, T. Shinya & M. Sugahara (eds.) Prosody matters: Essays in honor of Elisabeth O. Selkirk. London: Equinox Press. (Atas Talian). Telah dimuat turun 5 Ogos 2010 dari http://roa.rutgers.edu/files/1085-0710/1085-PATER-0-0.PDF.

Prince, A. M. & Smolensky, P. (2004). Optimality theory: Constraint interaction in generative grammar. Dlm. J. J. McCarthy (pnyt). Optimality theory in phonology (hlm. 3-71). Malden: Blackwell Publishing.

Roca, I. & Johnson, W. (1999). A course in phonology. Oxford: Blackwell Publishers.

Rutgers Optimality Archive. (2010). (Atas talian). Telah dimuat turun 6 Ogos 2010 dari http://roa.rutgers.edu/index.php3.

Teoh Boon Seong. (1994). The sound system of Malay revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yunus Maris. (1980). The Malay sound system. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zaharani Ahmad. (1996). Teori optimaliti dan analisis deretan vokal bahasa Melayu. Dewan Bahasa 40(6), 512-527.

Zaharani Ahmad. (1999). Struktur suku kata dasar bahasa Melayu: Pematuhan dan pengingkaran onset. Dewan Bahasa 43(12), 1058-1076.

Zaharani Ahmad. (2004). Alignment and the syllable coda condition in Malay: An optimality account. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 4(2). (Atas talian). Telah dimuat turun 6 Ogos 2010 dari http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/GemaVol4.2.2004No2.pdf.

Zaharani Ahmad. (2005). Phonology-morphology interface in Malay: An optimality theoretic account. Australia National University: Pacific Linguistics.

Zaharani Ahmad & Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi autosegmental: Penerapannya pada bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021