Penggunaan Shahid al-Qur’ān Dalam Kitab Sharh Ibn cAqīl Dan Sharh Qatr Al-Nadā Wa Bal Al-Sadā Bab al-Marfucāt: Satu Kajian Bandingan

Zamri Rajab, Kaseh Abu Bakar

Abstract


Teori Nahu Al-Qur’an ialah pendekatan menggunakan al-Qur’an sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab. Pendapat sesetengah pendokong Teori berkenaan bahawa sarjana silam hanya mementingkan syair dan prosa Arab dan kurang menekankan penggunaan al-Quran dalam menggubal tatabahasa ialah satu kenyataan yang perlu dikaji kesahihannya. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk mengetengahkan iltizam Ibn cAqīl dan Ibn Hisham, dua tokoh tatabahasa zaman kerajaan Mamalik yang menggunakan shāhid al-Qur’an dalam pengajaran ilmu tatabahasa. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah teknik menganalisis dokumen. Kajian ini menganalisis penggunaan shāhid al-Qur’an dalam bab al-Marfūcāt di dalam dua buah kitab iaitu Sharh Ibn cAqīl yang ditulis oleh Ibn cAqīl dan Sharh Qatr al-Nadā wa Bal Al-Sadā yang ditulis oleh Ibn Hisham, dengan menggunakan Kaedah Analisis Dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua tokoh telah menggunakan shāhid al-Qur’an secara efektif. Penelitian kedua-dua tokoh dalam mempelbagaikan penggunaan shāhid al-Qur’an telah menghasilkan paten-paten penggunaan shāhid al-Qur’an sama ada digunakan secara bersendirian, secara bersama shāhid-shāhid lain atau bersama contoh ciptaan sendiri. Terdapat beberapa perbezaan antara penggunaan shāhid al-Qur’an oleh kedua-dua tokoh dari segi jumlah, fungsi penggunaan dan kesesuaian penggunaan shāhid al-Qur’an. Perbezaan tersebut secara tidak langsung telah menyerlahkan lagi keiltizaman Ibn Hisham terhadap penggunaan shāhid al-Qur’an kerana beliau banyak menggunakan shāhid al-Qur’an secara sendirian, selain mendahulukan shāhid al-Qur’an apabila digunakan secara bersama shāhid syair. Secara ijmal, kajian ini berjaya membuktikan bahawa, terdapat dalam kalangan ulama silam iaitu Ibn Hisham yang mengutamakan penggunaan al-Qur’an berbanding kalam al-cArab dalam pengajaran tatabahasa, dan perkara ini telah mengangkat martabat Ibn Hisham sehingga diiktiraf sebagai bitara unggul dalam matra tatabahasa Arab seluruhnya.


Keywords


teori Nahu al-Quran, shāhid,al-Qur’an, bahasa Arab, Mamalik.

Full Text:

PDF

References


Al-Qur’an al-Karīm.

al-Ansari, Ahmad Makki. (1405H). Nazariyat al-Nahw al-Qur’ani; Nash'atuha wa Tatawwuruha wa Muqawwamatuha al-Asasiyyah. t.tp: Dar al-Qiblah.

al-Dabc, Yusuf cAbd al-Rahman. (1998). Ibn Hisham wa Atharuh fi al-Nahw al-cArabi. Kaherah: Dar al-Hadith.

al-Nayilah, cAbd al-Jabbar cUlwan. (1976). al-Shawahid wa al-Ishtishhad fī al-Nahw. Baghdad: Matbacah al-Zahra'.

al-Safadi, Salah al-Din Khalil bin Aybak. (1991). Kitab al-Wafi bi al-Wafayat. Cet.2.

al-Suyuti, Jalal al-Din cAbd al-Rahman bin Abi Bakr. (1979). Bughyat al-Wucat fi Tabaqat al-Lughawiyyin wa al-Nuhat. Tahkik: Muhammad Abu al-Fadl Ibrahim. Cet. 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Busura Talib. (1997). Dalil-dalil al-Qur’an dalam Kitab Sharh Shudhur al-Dhahab oleh Ibn Hisham, Satu kajian analisis. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dayf, Shawqi. (t.th.) Al-Madaris al-Nahwiyyah. Cairo: Dar al-Macarif.

Farinah Akhtar. (t.th.) Nahw al-Qur’an.

Gully, Adrian. (1995). Grammar and semantics in medieval Arabic: A study of Ibn Hisham’s Mughni l-Labib. England: Curzon Press Ltd.

Ibn cAqīl, cAbd Allah bin cAbd Al-Rahman. (1994). Sharh Ibn cAqīl. Tahkik: Yusuf al-Shaykh Muhammad al-Biqaci. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Hajar al-cAsqalani, Ahmad bin cAli bin Muhammad. (1997). al-Durar al-Kaminah fi cAyan al-Mi’ah al-Thaminah. Tahkik: cAbd al-Warith Muhammad cAli. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ibn Hisham, cAbd Allah bin Hisham Al-Ansari. (1991). Mughni al-Labib can Kutub al-Acarib. Tahkik: H. Al-Fakhuri. Beirut: Dar al-Jīl.

Ibn Hisham. (1994a). Audah al-Masālik ila Alfiyat Ibn Mālik. Tahkik: Barakat Yusuf Habud. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Hisham. (1994b). Sharh Qatr al-Nadā wa Bal al-Sadā. Tahkik: Yusuf Al-Shaykh Muhammad Al-Biqaci. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Manzur, Muhammad bin Makram. (1994). Lisān al-cArab. Cet. 3. Beirut: Dār Sādir.

Ismail Ngah. (1985). Al-Qur’an sebagai sumber utama tatabahasa Arab. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

cItr, Nur al-Din. (1996). cUlum al-Qur’an al-Karim. Cet. 6. Damsyik: Matbacat al-Sabah.

Kamarul Shukri Mohd Teh. (2005). Tatabahasa Arab dan pembinaan hukum daripada al-Qur’an. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kaseh Abu Bakar, Nil Farakh Sulaiman, Zeti Akhtar Muhammad Rafaai. (2010). Self-determination theory and motivational orientations of Arabic learners: A principal component analysis. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 10(1), 71-86.

Rohaidi Habil. (2002). Keberkesanan penghafalan al-Qur’an terhadap pembelajaran nahu bahasa Arab: Satu kajian kes. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.

Siti Saudah Haji Hassan. (1991). Pembinaan tatabahasa Arab berasaskan Qiraat. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sībawayh, Amr bin cUthman. (t.th.) Kitab Sībawayh. Tahkik: cAbd al-Salām Muhammad Hārun. Beirut: Dār al-Jīl.

Zafr, Jamil Ahmad. (1998). al-Nahw al-Qur’ani; Qawacid wa Shawahid. Cet. 2. Makkah al-Mukarramah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021