Imej Wanita dalam Undang-Undang Melaka: Pembuktian Linguistik

Nor Hashimah Jalaluddin, Mariati Mokhtar, Zaharani Ahmad

Abstract


Salah satu teks tradisional yang dianggap sebagai karya agung Melayu ialah Undang-Undang Melaka. Undang-Undang Melaka dihasilkan atas arahan Sultan Muzaffar dan menjadi teras penggubalan undang-undang tradisional negeri-negeri Melayu yang lain. Teks ini membicarakan mengenai hukum jenayah, perdagangan dan hal-hal kekeluargaan. Salah satu daripadanya adalah mengenai kedudukan wanita. Jelasnya, isu mengenai kedudukan wanita selalu mendapat perhatian dari pelbagai perspektif seperti undang-undang, sejarah, sosiologi dan kesusasteraan. Perspektif linguistik mengenai wanita  tidak terkecuali. Artikel ini akan melihat kedudukan wanita dalam undang-undang tradisional yang termaktub dalam Undang-Undang Melaka (UUM) 2003. Kedudukan wanita dianalisis berdasarkan dua tipologi wanita yang dipilih menggunakan pembuktian linguistik iaitu pendekatan semantik kognitif. Dua tipologi wanita yang dipilih merupakan tipologi wanita yang dipetik daripada sumber al-Quran dan Hadis. Tipologi tersebut ialah ‘wanita terdiri daripada tulang rusuk lelaki’ dan tipologi ‘kesaksian wanita tidak menyamai lelaki’. Artikel ini telah menghuraikan hubungan lelaki wanita dalam hal perkahwinan - pembatalan atau pengekalan perkahwinan akibat musibah penyakit. Artikel  ini juga memfokuskan status kesaksian lelaki dan wanita. Lelaki lebih dominan dalam hal kesaksian berbanding wanita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedudukan wanita dalam UUM dapat dihuraikan dengan baik menggunakan skema imej dan metafora konsepsi. Skema imej yang telah dicipta bagi tipologi wanita ini adalah skema imej SEBAHAGIAN-KESELURUHAN. Analisis skema imej wanita juga telah dapat memberi gambaran bagaimana pemikiran Melayu pada masa itu yang bijak mewujudkan hukum-hakam mengenai wanita.  Ternyata, analisis linguistik mengenai imej wanita dalam teks ini telah membantu mencungkil keagungan teks-teks Melayu tradisional ini. Seterusnya menambah korpus ilmu berlandaskan teks-teks tradisional kesusasteraan sebagai bahan kajian ilmiah.

 

DOI: http://dx.doi.org/10.17576/GEMA-2014-1401-13

 


Keywords


semantik kognitif; tipologi; skema imej; metafora konsepsi; undang-undang

Full Text:

PDF

References


Al-Quran. Mushaf Tajwid berserta terjemahan dalam bahasa Malaysia berserta daftar kandungan tajuk Al-Quran. Terj.

Sheikh Abdullah Basmeih. (2001). Alor Star: Darul Fikir.

Abdul Aziz Ismail. (2010). Hukum dan intisari perkahwinan yang mesti anda tahu. Petaling Jaya: Mulia Terang Sdn. Bhd.

Abdul Halim Muhammad Abu Syuqqah. (2009). Kebebasan wanita (1).Terj. Farida Sulaeman & Walid Lithfullah. Shah Alam: Pustaka Dini.

Abdullah Zakaria Ghazali. (2003). Sastera Undang-Undang: Satu Perspektif Sejarah Dlm. Mohamad Mokhtar et al. (pngr.). Kesusasteraan dan Undang-undang (hlm. 71-95). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Abu Hassan Sham. (2003). Kedudukan lelaki dan wanita dalam Hukum Kanun dlm. Mohamad Mokhtar et al. (pngr.). Kesusasteraan dan Undang-undang (hlm. 117-125). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Ahmad Nizam. (2010). Undang-Undang di Malaysia. Bahagian 1. Muat turun 13 November 2010, dari http://hikmatun.wordpress.com/2010/05/02/undang-undang-islam-di-malaysia-bahagian.

Drewes, G.W.J. (1980). On a recent edition of the Undang-Undang Melaka. JMBRAS. 53(1), 23-49.

Hishamudin Isam & Norsimah Mat Awal. (2011). Analisis berasaskan korpus dalam menstruktur semula kedudukan makna teras leksikal setia. GEMA Online® Journal of Language Studies. 11(1), 143-158.

Imran Ho-Abdullah. (2011). Analisis semantik kognitif peribahasa Melayu bersumberkan anjing (Canis Familiaris). GEMA Online® Journal of Language Studies. 11(1) 125-141.

Jelani Harun. (2003). Idealisme keadilan undang-undang: Karya ketatanegaraan sebagai respons intelektual terhadap Undang-Undang Adat Melayu dlm. Mohamad Mokhtar et al. (pngr.). Kesusasteraan dan Undang-undang (hlm. 126-157). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Jelani Harun. (2008a). Naskah Undang-Undang Adat Melayu di London. Jurnal Sari. 26, 127-148.

Jelani Harun. (2008b). Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khasnor Johan. (1999). The Undang-Undang Melaka: Reflections on Malay society in fifteenth-century Malacca. JMBRAS. 72, 131-150.

Liaw Yock Fang. (2003). Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan & DBP.

Muhammad Haji Salleh. (1997). Sulalat al Salatin ya’ni perteturan segala raja-raja. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan & DBP.

Nor Hashimah Jalaluddin dan Rozaimah Rashidin. (2008). Rasuah dalam karya sastera Melayu klasik : Satu analisis semantik kognitif. Jurnal e-Bangi. 3(3), 1-32.

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan –peN dalam bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. GEMA Online® Journal of Language Studies. 9(2), 57-72.

Nor Hashimah Jalauddin & Zaharani Ahmad. 2011. The Portrayal of Joy and Tears in Classical Texts. ASEASUK Conference for Malay Manuscripts 15-18 September. Cambridge: United Kingdom.

Noor Aziah Haji Mohd. Awal. (2010). Pembelaan hak wanita melalui undang-undang Malaysia. Muat turn 25 Jun 2010, dari www.pkukmweb.ukm.my/Perlindungan%20Hak%20Wanita%20Melalui%20Undang.

Norsimah Mat Awal. (2003). Analisis strukur dalaman dan peluasan makna kata adjektif perspektif semantik kognitif: Terjemahan karya Shanon Ahmad. Tesis Dr. Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norsimah Mat Awal dan Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Peluasan makna kata ‘kuat’melalui wanita dalam novel: Satu analisis semantik kognitif. Jurnal Bahasa. 2(6), 311-327.

Paizah Haji Ismail. (2004). Status wanita dalam undang-undang jenayah Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Jemaah Islamiah.

Rahmah Ismail. (2013). Undang-undang perdagangan dalam Hukum Kanun Melaka: Perbandingan dengan undang-undang perdagangan Malaysia dlm Nor Hashimah Jalaluddin (pynt) Perihal keintelektualan dan kepengarangan dalam teks tradisional (hlm. 79-101). Bangi: Penerbit UKM.

Saeed, J. (1997). Semantics. Oxford: Blackwell Publishers Inc.

Zaini Nasohah. (2000). Sejarah awal perundangan Islam di Malaysia dlm. Abdul Basir Mohamad (ed.). Isu syariah dan undang-undang Siri 8 (hlm. 67-78). Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021